Thursday, December 31, 2009

azam tahun baru. kau ada?

macam sedap pulak cookie 2010 ni kan. nyumm!!

tahun baru bakal menjelang esok. amacam ngan azam korang tahun lepas dah tercapai belom?kalau belom boleh lah bring forward kan. hahahaha. ayat klise lah pulak. asal tahun baru menjelang mesti orang akan tanya pasal azam yang belom dicapai dan azam yang akan dicapai kan?tapi sepanjang aku hidup aku tak pernah tetapkan azam aku untuk tahun tahun tertentu. padahal semua orang pon ada azam masing masing. aku je takde. just go with the flow je. rasa macam rugi pulak sebab aku macam tak tahu pencapaian aku untuk tahun tu.

hmm takpelah. walaupun aku takde azam untuk tahun tertentu tapi aku selalu aim apa yang aku nak capai dalam masa terdekat. contohnya nak dapatkan pointer yang lagi baik walaupun kebelakangan ini makin teruk. haih. takpon secara tiba tiba akan ada satu masa aku rasa nak berubah perangai. jadi lebih diam, kurangkan kepuakaan molot aku, jadi lebih lemah lembik, eeh lemah lembut gemalai dan yang paling penting nak buang tabiat buruk aku yang kuat tido ni. tapi selalunya tak jadi. mungkinkah aku dilahirkan sejak azali begini?hahaha. takdelah. apa apa pon kan kita yang ubah nasib kita. so kalau kita nak ubah perangai kenalah berusaha kuat kan. bukan aje perangai, segala galanya yang kita nak ubah jadi lebih baik perlukan usaha. mana ada orang yang berjaya tanpa usaha. even kalau orang menang ekor tu pon dorang berusaha jugak nak dapatkan nombor ekor tu kan. tapi usahanya tu tak dikira ibadah lah. dah nama pon haram. mestilah dapat dosa.

ah banyak pulak aku membebel kat sini. mesti penat orang nak baca. takpelah kalau rajin bacalah. kalau tak rajin tak payah baca. skroll je sampai bawah. *macam dah biasa buat je. eheh* so apa azam korang? azam aku tahun ni untuk ada azam. boleh tak? hahahah. tapi benda benda yang aku sebut sebelum ni dikira azam jugaklah kan. cumanya aku tak pernah nak set kan itu sebagai azam tahun baru. cuma sekadar keinginan yang disertai usaha. hahaha. ntah apa apa ayat aku ni.

*sedang berusaha gigih!! walaupun perasaan malas masih bermaharaja lela. malas! nyah kau!!

**malam ni sambut new year ramei ramei!! happy new year everibodi! woottt!



Tuesday, December 29, 2009

sungutan jiwa

resah gelisah..
berlegar legar di ruang hati..
berlari lari di ruang minda..
yang sesak..
yang sempit..
tiada secebis kebebasan disitu..

ruangnya penuh..
ruangnya padat dan tumpat..
hanya tunggu masa dimuntahkan..
entah boleh..
entah tidak..

detik ini..
tiada pernah lekang..
menungan menjadi kawan..
kadang tak perasan..
kerana diam terperuk..
tiada mahu diganggu..

lain yang diminta..
lain yang datang..
puas juga dihalau..
tiada juga mahu pergi..

cuma mengharap yang satu..
walau tiada lama bertandang..
masih setia menanti..
demi diri ini..


aku tahu korang mesti tak paham kan. sebab aku pon tak paham. hahaha. ini semua apa yang yang aku rasa sekarang. macam macam. semuanya bergaul mesra. semesra pasangan raja sehari. semua ni gara gara final semester aku ni. ditambah dengan fyp. tak tahu lah macam mana nanti hasilnya. risau gila dol. makin aku fikir makin aku rasa banyak benda yang aku kena buat sebenarnya.

berbekalkan semangat aku yang hangat hangat tahi kambeng ni, aku kena bekerja keras jugak nak siapkan projek aku before end of this jan. ni paling cepat. paling lambat? tengah bulan feb. pehh gila tak? padahal aku punya projek tak sampai separuh kot progress dia. entah sempat entah tidak. ohhh aku memang kurang motivasi. i need lotsssss of motivation to wake me up!! please lah cik peah wake up from your looooooonnnggg nap. eh nap sekejap je. long sleep. still dreaming kau ye. dah dah bangun bangun! bangkit bangkit!!

okaylah boring siot cerita pasal projek aku kat sini kan?? asyik nak merungut kalau tak buat kerja tak jalan la kan. amende entah si cik peah ni. dahlah makin banyak pulak aku mengarut. hari hujan aku rasa aku nak tido kejap carik ketenangan. heh. iyo lahh!

Monday, December 28, 2009

candid photo contest


ini contest kedua yang aku join. contest senang tak salah kalau nak try kan. mana lah tahu ada rezeki menang hadiah utama ke kan??pehhh kerja nak berangan aje kau ni cikpeah. hehehe. okay, sesiapa yang rasa berminat nak join boleh lah pergi ke BLOG INI ye. tarikh tutup 30hb disember tahun ini ye. 2009. bukan 2010. kang ada yang tersilap tengok tahun pulak. ngehh. cepat cepat join contest ini sementara masih ada...ada..

ini gambar aku masa beriadhah di petang hari untuk menjalani gaya hidup yang sehat!!
*gambar edit takpe kan..heheh*


Sunday, December 27, 2009

congrats sein, good job sazzy

hai uols. i dah balik daripada berdating ngan boifren i yang famos amos fahrin ahmad tu. hmmm. best sangat. untungnya i dapat boifren sehensem fahrin ahmad. kepada yang tak berjaya menekel fahrin harap maaf sebab fahrin i yang punya. hahahaha. *gedebak gedebuk keplang!* adeh, sakitnya kepala aku kena hempuk ngan lesung batu. nasib baik kepala aku lagi keras dari lesung tu. habes pecah lesung mak aku. tu la kau mengarut yang bukan bukan lagi. kan dah kena hentak ngan lesung.

okay tamat sudah sesi karutan. mari kita kembali ke cerita yang asal. tahniah diucapkan kepada pasangan sein dan nana yang telah berjaya menjadi johan sehati berdansa. dan kepada sazzy dan nazril jangan bersedih. walaupun korang tak menang tetapi persembahan korang tetap yang terbaekk wok! dah nama pon undian 100% kan. so paham paham je la . yang lebih berUWANG pastinya menang.

walaupun aku pergi tengok rancangan ni secara live seperti yang telah aku gembar gemburkan di ENTRI ini, tapi aku tak dapat nak tangkap gambar bersama boifren tercinta. sebab dia takut kalau aku publish gambar tu nanti jadi kontroversi. dia nak umumkan terus tarikh perkahwinan kitorang tanpa ada sebarang kontroversi. takut kalau didedahkan awal tak menjadi pulak kan.

acah mak enon. sejak bila pulak lah aku bercinta ngan dia kan. pandang aku pon dia tak lalu. sebenranya nak tangkap gamba kat dalam PICC tu tapi dorang dah warning awal awal tak boleh ambik gambar. nak bergambar ngan artis pulak lagi la tak boleh kan. jadi gambar ni aje lah yang aku boleh hidangkan kat korang. layan jela ek.

kat luar PICC

lif ni kitorang yang punya. hahahah.


jambatan putrajaya yang lengang.

*kali ni aku yang edit sendiri gambar gambar ini. hahaha.

**gambar aku tu ak tahu kenapa jadi macam tu. dah upload banyak kali pon dia nak macam tu jugak. ha gasak lah kau.

***siapa nampak lagi tua aku ke kakak aku?ngehh...


Saturday, December 26, 2009

sazzy vs sein


Sehati berdansa
Seiring bersama
Tarimu dan tariku
Kini menjadi satu

antara sazzy dan sein siapakah yang bakal menjadi juara sehati berdansa musim ketiga ini??jeng..jeng..jeng..sama sama kita saksikan sehati berdansa akhir pada malam ini. *agak agak ada bakat tak nak jadi pengacara sehati berdansa musim keempat disamping abang fahrinku nanti??hahahaha. berangan dohh!*

malam ni aku ngan akak aku nak pergi tengok sehati berdansa live kat PICC. akak aku dapat tiket free. kawan dia kerja astro bagi. hohohoh. first time weh tengok live. tak sabar nak ngedate ngan boifren aku a.k.a fahrin ahmad nanti. haish berdebar ni. yelah ni first date kitorang kan. hahaha. macam lah fahrin ahmad tu pandang kau muka yang tak siap ni cik peah. takpe takpe. berangan tak kena bayar pon kan.

okay lah aku nak siap siap ni nak gi ngedate. ngehh. nanti aku update la gambar gambar aku bersama boifren tersayang fahrin ahmad ek. daaaaa.

Wednesday, December 23, 2009

sampai bila?

masa yang berlalu tanpa disedari


tik tok tik tok..hujan dah turun..eh eh. salah. bukan lagu ni yang aku nak dendangkan. semula. tik tok tik tok detak detiknya waktu. menandakan masa pantas berlalu. sepantas harimau bintang. malah lebih pantas dari itu. bak kata pepatah arab masa itu ibarat pedang. kalau kita leka ia akan memotong kita sehingga menjadi cebisan daging. dimana diri sendiri akan rugi dan sia sia tatkala masa itu berlalu begitu sahaja. sama dengan keadaan aku sekarang ni. terasa seperti masa berlalu bak angin ribut yang kencang serta pantas. dan membawa seluruh isi dunia bersamanya tanpa meninggalkan apa apa. sedar tak sedar semester baru nak bermula. cuti yang macam tak cuti ni tinggal sisa. tahun baru pula bakal menjelma.

tapi aku masih begini. seperti ini. tanpa perubahan apa apa. roh yang sama. jiwa yang sama. semangat yang sama. *kemalasan yang berpanjangan dan kerajinan yang sementara* haih. sampai bila nak mengeluh dengan sikap diri sendiri yang tak nak berubah. usia makin lanjut. *pehh macam tua sangat lah pulak. hehe* perangai masih sama. kebudak budakan, tak serius, malas berfikir, banyak main, dan banyak lagi lah. tak tersenarai kot. banyak yang buruk dari baiknya.

sampai bila aku nak macam ni? sampai bila mahu berlakunya anjakan paradigma di dalam diri? sampai bila? ha, lu pikir la sendiri cik peah. cakap banyak tak guna kalau diri sendiri tu takde kemahuan untuk berubah. nak seribu daya tak nak kau bagi berjuta alasan la ya. semoga motivasi dalam diri ini bertambah tambah agar aku boleh melakukan anjakan paradigma itu yang bakal merubah cara hidupku. amiin. *cepat semua orang yang baca ni pon kena amin kan. heheh*

*mintak mintak lah semester baru ni aku lagi semangat nak belajar memandangkan ni semester akhir aku. aku nak buat yang terbaik. baru ada kenangan manis untuk 2010 kan. sebelum sebelum ni macam takde je. kalau ada pon maybe aku dah lupa. biasalah aku kan ada short term memory lost. hehe.

**projek masih macam tu. cuma ada sedikit penambahan kerja nak dibuat. SEMANGAT!!

Monday, December 21, 2009

kami generasi hebat. anda pula??

kami generasi hebat yang kuat bagaikan harimau walaupun tidak memakan biskuat tiger apabila berjaya beriadhah pada waktu petang. ceh, beriadhah sahaja mahu kecoh satu dunia. biasalah kalau budak budak pemalas nak berexercise di petang hari kan. mana taknya. petang petang biasanya kitorang busy. busy menghasilkan tahi mata. produktif sungguh kan. hahaha.

akhirnya impian aku selama lebih kurang 2tahun lebih tercapai jua. susah tahu nak cop basikal kat kolej aku ni. dorang semua batak basikal. hahahaha. suka hati aku je. mahunye aku kena maki kalau budak kolej aku baca. eceh siapa pon nak baca blog ko ni. bukan femes pon. busuk busuk pon budak course aku je. budak course aku pon bukannya suka beriadhah petang petang kan. dorang pon busy jugak. tapi busy dorang lebih bermanfaat. hehehe.

baru aku tahu betapa best nya naik basikal kat sini dikala universiti lengang bagaikan baring bergolek golek ala hindustan atas jalan pon boleh. nak tidur dari petang sampai besok pagi pon boleh. tapi konfem nanti pak guard pungut bawak pergi bahagian keselamatan. dorang ingat ntah orang gila mana sesat dalam universiti aku ni.

okay lah cakap banyak pon tak guna. ni dia gambar gambar yang berjaya di snap sewaktu aktiviti dijalankan.

ada gaya juara tak?


acara berbasikal berganti ganti


bayang bayang pon mahu interframe juge


kami suka berbasikal dipetang hari



ada gaya pemain basikal profesional tak?


*credit to ain again sebab dia yang tukang edit. bak kata dia; "aku private sector..ko government". hahaha. memang cam siot..

**malas nak update kebelakangan ni sebab malas nak taip. haih tapi memang kau pemalas pon.

Thursday, December 17, 2009

emas di tahun baru hijriah

hasil googlean

first of all aku nak ucapkan salam maal hijrah 1431. semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya dan tahun hadapan lebih baik daripada tahun ini. insyaallah. sekejap je rasa masa berlalu kan. pejam celik pejam celik tup tup dah masuk tahun baru hijrah. ini bermakna usia aku pon semakin meningkat. haih. rasa macam tua je walaupun baru je melangkah ke alam dewasa. hehehe. tua tua aku pon ada je yang ingat aku ni budak sekolah. kembang jap idong aku yang sememangnya kembang ni. dah dah kempiskan balik idong tu. buruk beno ghopenye. hehehe.

kacak tapi dah jadi milik orang. maaf.

sempena maal hijrah ni, Malaysia telah berjaya mengakhiri penantian selama 20tahun untuk memeluk mencium piala bola sepak sukan SEA. tahniah Malaysia. terima kasih kerana tak menghampakan rakyat Malaysia yang dah lama ternanti nanti saat saat macam ni. penantian itu kan satu penyiksaan tapi penantian ni memang berbaloi baloi walaupun 1-0 dan orang cakap macam gol nasib kira okay lah tu kan. ada rezeki di maal hijrah ini. harapnya lepas ni teruskanlah semangat hijrah anda semua untuk mencapai lagi kejayaan demi kejayaan.

*adat bila berjaya di sanjung dan bila jatuh dicaci maki. agak agaknya macam mana lah reaksi penyokong Malaysia kalau kalah ek??hmmm.. bila dah menang ni janganlah lupa diri ye. berlatih lagi bersungguh sungguh untuk perlawanan akan datang

**aku pon kena terapkan semangat hijrah ni dalam diri untuk lebih bersemangat buat projek. fuuh...fuuh..fuuh..(bunyi meniup semangat hijrah dalam diri)



Wednesday, December 16, 2009

encik spy yang bersepai

okay gak bila AC ngn HSB bergabung. meletop!

hmm rasa macam dah basi kot kalau nak buat review pasal cerita my spy ni. yelah dah lama kot keluar kat wayang nun. aku je yang baru tengok tadi. yela tadi pergi alamanda ngan kawan terchenta. temankan dorang pergi kedai kasut nak kembangkan kasut yang dorang beli haritu. tetiba tersempit pulak kan. so sementara nak tunggu dorang selesa pakai kasut tu pergi lah tengok wayang kejap. disebabkan cerita my spy ni je yang ada dalam waktu terdekat tu kitorang pon bantai lah tengok kan. kot kot best ke. yela siapa lagi yang nak support filem tempatan kalau bukan kita sebagai rakyat malaysia ni kan. pehh kau cik peah daripada itu hari tak habis habis nak suruh orang support filem malaysia kan. malaysia boleh kan. hahaha.

okay kembali ke pangkal jalan. cerita ni okay lah. kelakar jugak. dah kata arahan afdhlin shauki. mesti korang tahu lawak dia camne kan. unpredictable. serius memang kelakar. tapi bagi aku cerita afdhlin yang lain ada yang lagi best kot. ain cakap my spy ni much better daripada papadom. bagi aku pulak entah lah. lebih kurang je kot. masing masing ada pendapat sendiri kan.

tapi kan yang peliknya cerita ni sepatutnya 13 PL. kenapa pulak masa aku tengok wayang tadi ada budak kecik yang bawah umur 13. haih macam mana lah orang yang jaga ticket tu. sebab cerita ni ada gak lah adegan adegan suam suam kuku dan dialog dialog yang macam tak sesuai dengan budak kecik. overall cerita ni memang mencuit hati jantung paru paru dan menghiburkan.

*malas nak cerita cinopcis dekat cini. nanti kang terkantoi pulak macam cerita cantau tu. hahaha. eh kenapa aku cakap camni? kalau nak tahu pergi tengok kat wayang ataupun korang tengok kat astro dalam mase beberapa bulan akan datang. kalau takde astro tunggu raya tahun depan ye keluar kat tv3. hehehe.

**ramai jugak perempuan perempuan panas dekat dalam cerita ni. nasib baik i perempuan yang straight. so tak heran pon dengan kepanasan dorang. hahahah.


black white photo contest

saja saja je nak try masuk contest ni. setakat ni tak pernah cuba nasib lagi dalam mana mana contest. mintak mintak ada rezeki. hehe. so siapa siapa yang berminat boleh pergi ke BLOG INI ye.

okay, ini dia gambarnya....
lokasi: bukit ekspo, UPM
model: diri sendiri (faiqah rahim)


sila klik untuk ia membesar

okay itu sahaja untuk entri kali ini. hehe. selamat tinggal. semoga cik ezzan yusop menyukainya. (peh ayat bodek sehh)

*pertandingan ni abes pada 25hb disember ni. so siap siapa yang berminat cepat join. tekan link yang dah aku buat tadi.

Monday, December 14, 2009

santet menyantet amalan syaitonirrajiim


pesanan penaja: santet tu maksudnya santau ye dalam bahasa indonesia. jangan salah paham pulak. kang ada yang fikir lain susah aku.

harini aku and the gedix geng (amy, ain dan aisyah. tapi aisyah tak gedik. dia ayu je. heheh) telah keluar ke alamanda untuk menonton filem tempatan yang bertajuk SANTAU! dengki sampai mati. *sambil membuat suara yang sangat menyeramkan*. yeah marilah sama sama kita menyokong filem tempatan walaupun kadang kadang ada yang kurang berkualiti. kita kan 1Malaysia 1filem. hahahaha. ala filem mat saleh tu pon ada gak yang ntah apa apa walaupun effect je lebih tapi plot hampeh gak. ohh suka hati kau je cik peah nak kritik kritik filem ek. apa kau pandai sangat kah? takde lah pandai tapi sekadar memberi pendapat. ye tak.

okay berbalik kepada topik asal. cerita santau ni mengisahkan sebuah keluarga yang telah di santau oleh jiran dorang yang dengki dengan kejayaan si suami. mula mula ingatkan jiran dia yang pelik tu yang jahat. rupa rupanya jiran yang baik dengan dia tu yang menyantau. oops dah terbagitahu part yang penting pulak. dah tak saspen lah lepas ni bagi siapa siapa yang lom tengok lagi. tapi aku memang dah agak dah jiran yang baik tu sebenarnya yang jahat. yelah nama pon cerita takkan dia nak tunjuk direct kot siapa yang jahat. tak saspen lah macam tu.

tapi kan cerita santau ni memang dia buat berdasarkan cerita betul pon. orang melayu ni kan memang terkenal dengan hasad dengkinya. asal orang tu berjaya je nak dengki. sepatutnya sesama bangsa dan agama saling bantu membantu, sokong mnyokong. ini tidak makin nak dengki dengki. ni semua hasutan syaitan lah ni. mana yang tak kuat gerenti tumpas.

ha, dekat dekat kawasan kejiranan aku ni ada gak kes dengki dengki ni.*peh tak leh blah kawasan kejiranan tu. gila skema lah kau. hahahah* tapi takdelah guna santau. dia pakai toyol je. sorokkan duit. sekarang ni aku tak tahu lah kes tu jadi apa lepas dah berubat. ntah toyol tu mengganas lagi ke tak. tak teringat pulak nak interview bapak aku merangkap orang kuat yang tolong carikkan orang halau toyol tu. ceh ye ye je orang kuat. setakat bantu bantu je kawan dia. okaylah aku dah penat. mata macam dah berat walaupon malam masih muda.

*bila lah projek aku ni nak siap. macam risau pulak. asyik buat benda sama je. orang lain semua dah buat macam macam. haih.

**sok nak teman ain gi carik selendang. hohohoh. syoknya cuci mata tengok tudung dan shawl. weeee..(tak tahu lagi jadi ke tak. excited lebih la lu)

Sunday, December 13, 2009

ini hukum karma

pesanan penaja: entri ni mungkin agak panjang daripada biasa. so kalau ada yang tak rajin nak baca tak payah baca tapi digalakkan untuk baca kerana terdapat sesuatu yang berharga didalamnya.

harini aku balik kampung kemaskan umah arwah moyang aku. dah dekat 2 bulan gak la kitorang tak balik kampung since ada mat mat jawa duduk sewa umah moyang aku tu. sambil sambil tu aku pon ambik kesempatan carik ENCIK CHAE aku. tapi aku ambik kat kawasan umah atok aku la sebab aku tengok kat kebun moyang aku cam takde je. sebenarnya tak jumpa pon tapi tibai saja lah ambik jelah kayu kayu reput asalkan ada sample kan.

tapi..tapi..tapi..bukan ni yang aku nak cerita. aku nak cerita pasal hukum karma. korang pon mesti dah tahu kan karma tu menatang apa kan. apa?? tak tahu gak? kalau tak tahu korang gi google lah sendiri. apa guna ada enjin carian macam google ngan yahoo kan. so gunakanlah ia sebaik mungkin. pehh boleh jadi promoter yang berkaliber lah aku. ni yang terasa nak jadi promoter abes blaja nanti. hahahaha.

okay okay sudah hentikan segala repekan. serius. sebab ini hal yang serius. masing masing sila fokus dengan apa yang aku nak tuliskan ni okay. tadi petang aku ada terbaca satu segmen kat surat khabar ni. tapi aku tak pasti tu segmen apa mungkin luahan hati kot. ceritanya begini....

sarah (bukan nama sebenar) adalah seorang yang berada (kaya) dan merupakan pelajar universiti tempatan. sepanjang pengajiannya, dia menetap di rumah sewa bersama 7 lagi rakan sekursus. pehh skema la pulak. susah aku nak pikirkan ayat nya. hahaha. di pendekkan cerita macam ni la. sarah ni dah mengaibkan 2 orang kawan dia dengan menghebah hebohkan kat seluruh fakulti dia yang 2 orang kawan dia ni kerja part time dekat kedai dobi. siap sekali dengan rakaman dan gambar yang dorang tengah bekerja. pastu budak budak kat fakulti dorang ni pon memulaukan 2 orang kawan sarah tu. lepas sarah grad, dia bekerja dan berkahwin dengan seorang jutawan. hasil perkahwinan dorang, sarah melahirkan 4 orang anak. tapi semuanya cacat tangan dan bisu. pastu keluarga mertua sarah dan kawan kawannya pulak yang memulaukan sarah.

hmmm. nampak tak akibat perbuatan sarah tu? Allah bagi cash je kat dunia. tak perlu dah nak tunggu kat akhirat nanti. disebabkan sarah dah menggunakan tangan dan mulut dia untuk mengaibkan orang, Allah bagi balasan dekat anak anak dia pulak. tapi ada baiknya bila Allah bagi balasan kat dunia sebab Allah nak bagi kesedaran dan peluang kat hambaNya untuk bertaubat. so siapa siapa yang ada aibkan orang tak kisah lah macam mana caranya, gunakan mulut menyampaikan aib ke, tulis dalam blog ke, bawak bawak lah bertaubat. sebab ini hukum karma. buat baik di beri ganjaran buat jahat di beri balasan.

*sebenarnya bukan dosa mengaibkan orang je Allah bagi balasan. segala macam dosa pon Allah bagi balasan. bezanya balasan tu di dunia atau di akhirat nanti. seperti Sabda Rasulullah bermaksud: "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa."(Hadis riwayat at-Tirmizi)

**jomlah ramai ramai kita muhasabah kan diri kita balik lepas ni. mungkin sebenarnya banyak kesilapan yang dah kita lakukan dekat orang sekeliling lebih lebih lagi ibubapa kita. so siapa siapa yang ada terasa hati dengan aku maaf lah ye. aku tak sengaja. yelah kita manusia ni memang banyak celanya. selalu lupa dan alpa kan. maafkanlah aku ye.

***tadi dengar kat radio, Dr Fadzilah Kamsah cakap sentiasa maafkan orang sebelum tidur untuk hidup aman dan tenteram. yela bila kita ada simpan dendam dalam hati hidup mesti tak tenang punya kan.

****entri ni bertujuan untuk mengingatkan kawan kawan dan sound diri sendiri yang selalu tak sedar diri ni.

Saturday, December 12, 2009

nafsu makan yang mengalahkan nafsu kuda

agak2 korang berapalah berat si gedempol kucing ni ek??

asal aku duduk umah je mesti nak makan. asal rasa nak makan je mesti ada kat umah. haih umah aku ni ada hantu jin syaitan makan ke sampai mereka mereka ni menghasut hasut aku untuk bernafsu makan setiap masa. ini tak boleh jadi. kalau nafsu makan aku yang dah serupa nafsu kuda ni tak di halang di peringkat awal mahu nya aku jadi gemok gedempol lagi gemok daripada kevin peserta the biggest loser asia tu. OH MY GOD!! *sambil buat gaya perempuan gedix dengan tangan mengibas ngibas depan mulut yang melopong. boleh bayangkan tak?*

aku pon dah tak tahu macam mana lagi nak bendung nafsu makan aku yang makin mencanak canak dari sehari ke sehari. dah macam macam cara aku laku kan. lompat bintang 10 kali sehari seminggu, tak makan selama 30minit, sit up 20 kali sekali sbulan. dan lain lain. tapi masih begitu juga berat badan aku tak turun turun. apa lagi cara yang patut aku laku kan untuk menurunkan berat badan ku. paling busuk pon mengurangkan nafsu makan aku yang mencanak ni.

siapa siapa ada cadangan yang bernas? bolehlah kita kongsi kan bersama. nanti aku kongsikan pulak lah tips dan cara cara andaman wajah. ceh macam apa je. kalau orang bagi cadangan pon bukan kau nak ikot. tahu sangat cik peah ni gebang lebih, bual lebat tapi hasil habuk pon tadak. hahahaha. sudahlah cik peah bual lebat tapi tak buat pon tak guna kan. baik kau makan je selagi boleh. nanti kalau dah gemok gedempol boleh lah kau masuk rancangan the biggest loser asia. mana tahu ada rezeki menang. dapat duit tu. kurus pon kurus. selim pon selim. model pon boleh kalah tau. hohohohoh. *sambil berangan dilimpahi wang ratusan ribu usd dan badan yang mantop seperti model*

*malam ni cerita semua pasal orang mencurangi isteri dan suami. haih tak sedap betul lah nak ditonton oleh anak dara macam aku walaupun dah tertonton satu cerita.

**rasa macam nak makan nak kunyah kunyah tapi nasib baik kat umah takde mende yang boleh dikunyah dan dimakan. selamat lah lemak lemak aku daripada mendapat kawan baru.




si muda yang nyanyuk

gambar sekadar hiasan yang tentu2nya digoogle

aku tak tahu apa dah jadi dengan diri aku ni. semakin usia aku meningkat semakin cepat aku lupa. ceh cara cakap macam kau dah berumur 61 tahun je padahal baru 21 tahun. itu pasal lah entri aku tertulis SI MUDA YANG NYANYUK.

ye. aku nyanyuk. aku dah jadi seorang yang cepat lupa. si pelupa yang gemok. oh sangat kasihan. dah lah gemok. pelupa pulak tu.

kalau benda yang dah lama berkurun berabad terjadi aku lupa tak apa. masih dapat lagi di maafkan. ni tak. baru lepas 10 minit aku bagi sesuatu statement aku dah lupa apa yang aku cakap. maaf lah aku tak boleh nak bagi contoh situasi sebab aku dah lupa apa situasinya. yang aku ingat aku dah jadi cepat lupa. kalau lupa pastu boleh ingat balik tak pe. ini tak. lupa langsung tak ingat. hampeh la kau cik peah.

ha okay aku dah ingat situasinya. macam ni. aku dengan kawan kawan aku ada borak borak pasal lelaki yang pakai contact lens yang berwarna warni nampak macam gay walaupon tak semuanya. pastu kawan aku ni cakap lah kat aku yang aku ada nampak lelaki pakai contact lens biru. tapi sumpah aku tak ingat kejadian tu. so aku cakap lah aku tak ingat. kawan aku ni pulak dah pelik sebab aku yang beriya cerita kat dia tapi aku tak ingat. nampak tak betapa pelupanya aku ni.

sangat sedih bukan bila kita jadi seorang yang pelupa. lagi lagi bila kita lupa saat saat manis yang terjadi dalam hidup kita. oh tapi itu tak mungkin berlaku melainkan kita hilang ingatan. harapnya aku tak hilang ingatan walaupon kadang kadang aku terasa aku macam menghidap penyakit yang diberi nama SHORT TERM MEMORY LOST. macam cerita finding nemo tu. kawan bapak nemo masa sama sama nak carik si nemo yang hilang tu. apa ke benda ntah nama dia. laura ke hape ntah. tengok. aku lupa lagi. haih.

kalau aku lupakan benda benda yang tak penting contoh macam aku terasa ngan orang ke takpe. ni aku lupa informations yang aku dah baca kat nota. kadang kadang tu rasa macam, "eh asal aku macam tak baca je benda ni tadi?" tak pon "eh aku dah baca ke mukasurat ni??". sedih tahu tak bila kita dah study dah cuba nak hafal tapi semua benda tak masuk dalam kepala otak. tak pon bila benda yang kita dah belajar tiba tiba rasa macam tak pernah belajar. seolah olah ilmu tu tak masuk dalam dada gittew. mungkinkah disebabkan kurangnya keikhlasan masa belajar or otak aku ni je yang lambat nak hadam semua menda alah ni? hmm..sangat misteri bukan?

oh sudah lah tu. cukup lah. sekarang ni apa aku boleh buat supaya aku tak lagi jadi si muda yang nyanyuk a.k.a si pelupa yang gemok? ada tak ubat ke kismis cap badak ke yang mampu mengembalikan kecerdasan otak aku? ke aku kena rajin exercise? sebab orang cakap badan cergas minda cerdas.

*sudah penat menjadi nyanyuk sebelum waktunya.

**sesiapa yang ada jual produk untuk kecerdasan otak bolehlah hubungi aku okay. tapi pastikan produk berkenaan berkesan kalau tak aku jotos kepala korang. hahaha.

***ada satu benda je yang makin aku cuba nak lupa tapi dia jadi makin ingat. oh hate it!

Thursday, December 10, 2009

bila bubur dah masuk perut

baru je lepas check result exam. alhamdulillah. redha jela. dah tu je yang aku mampu nak dapat dengan usaha yang seciput. tapi tipulah kalau aku cakap aku tak sedih ngan result aku yang hampas tu walaupun aku redha. yelah nak nangis sampai keluar bijik mata pon result tu takkan berubah dah. nak menyesal sebab tak belajar rajin rajin pon dah tak guna dah sebab aku memang malas sem ni. ceh bajet sebelum ni rajin lah sangat. sem sem sebelum ni pon sama je. tapi yang buat aku sedih sebab result makin menurun.

bila aku tengok balik result aku setiap sem dah macam bukit pulak bentuknya. walaupun ada peribahasa sikit sikit lama lama jadi bukit. tapi bukit result aku ni tak sama langsung dengan bukit peribahasa tu. bukit peribahasa tu maksudnya makin lama makin banyak tapi dalam keadaan aku makin lama makin menurun setelah berada di puncak bukit.

dah lah membebel banyak banyak pon benda dah lepas. kalau nasi tu dah jadi bubur, bubur tu boleh lagi dimakan. mengenyangkan perut. tapi bila dah masuk perut dah jadi tahi apa lagi yang boleh dibuat ngan tahi tu. disumbat dalam loji jela jawabnya kan. dah tak ada guna.

so tak ada gunanya nak salahkan orang lain kalau bukan diri sendiri yang belajar malas tapi main rajin. memang sepatutnya pon dapat result seciput tu kan. bersyukur jela dengan apa yang dah dapat. jadikan pengajaran yang dah berapa kali dah. tak insaf insaf jugak. tapi merungut, membebel bukan main padahal diri sendiri tak pernah berubah macam mana nak berjaya ye tak?

haih, aku ni kena upah kaunselor kasi kaunseling kaw kaw biar insaf sikit. eh bukan sikit tapi banyak. ha, ada siapa siapa yang pakar kaunseling kat sini? paling busuk pon ambik course kaunseling masa belajar ke? ada? kalau ada calling calling la ye. tapi setakat ni aku takde duit lagi nak bayar. tunggu aku dah kerja nanti la ye. kasi masuk buku dulu boleh?

*sebenarnya frust dengan subjek bioinfo sebab dia tak bagi carry mark langsung so tak boleh nak bajet dapat berapa. selain tu frust jugak dengan statistik. memang sah kau lembab bab bab matematik ni. tak dapek nak nolong la kan.

**mood semakin mengecut. lagi lagi bila fikirkan projek. ohh shut! benci betol bila aku ada perasaan macam ni. semua benda boleh jadi tergendala.


Wednesday, December 9, 2009

tiada perkembangan melainkan pengecutan semata

yang putih2 tu lah encik chae yang perlu saya cari. kamu ada jumpa dia?

kecutnya perkembangan dan kembangnya pengecutan. apa yang kembang apa plak yang kecut? jeng..jeng..jeng.. jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri..misteri..misteri..*baca macam konon konon ada gema dengan menggunakan suara hos misteri nusantara okay*.

dah lah. sila kembali ke pangkal jalan ye cik peah. sebenarnya takde apa pon yang kembang kecut melainkan projek aku yang macam tak berkembang kembang. asyik buat benda yang sama je. subculture, subculture, subculture dan subculture. paling kuat pon aku culture sample baru. tapi kebanyakan sample tu semuanya mengeluarkan aspergillus niger. tapi itu pon aku tak pasti. nak carik phanerochaete ntah kat mana plak aku nak carik pokok separuh reput separuh hidup ni. yang reput pon macam tak jumpa. tapi membe aku suruh amek je kat mana mana kayu yang nampak macam reput. at least ada data yang nak dicerita dalam thesis nanti.

malasnya lah aku nak merayau rayau carik si atok chae nih. dah lah memang susah nak dijumpai. kalau lah boleh jerit jerit panggil "chae..chae..kau dimana? aku disini". tapi itu semua KALAU sahaja yang mustahil terjadi. kenapalah supervisor aku tak sebaik supervisor membe aku yang tolong bawakkan dia pergi bertemu dengan sample yang ada makhluk Allah yang dia nak tu. eh aku tak maksudkan supervisor aku tak baik. dia baik tapi cuma busy sangat nak layan aku.(ayat baik punye nak cover. shhh diam diam je okay?nah ni 10sen pergi beli gula-gula).

hmm..takpelah cik peah kuatkan semangat mu itu untuk menjalani segala projek kamu dan meniti hari-hari dan detik-detik yang begitu berharga di universiti ini. lakukan yang terbaik okay? kamu boleh. yeahhh! cayalah cik peah macam tu lah baru rockk!! ohh tiba-tiba rasa macam cepat je masa berlalu. rasa sedih plak nak tinggalkan universiti dan coursemate yang dicintai dan dikasihi. ceh ayat plastik gila padahal tak sabar nak tinggalkan kehidupan yang menyiksakan ni.

*sila sebut CHAE dengan sebutan KHAI. nampak hensem lagi macho bukan. seperti khai AF laki rosma pulak walaupun dia tak berapa nak macho. oppss. terlebih sudah. hahaha.

**tak tahu bila lah projek ni boleh disiapkan. buku log pon tak tulis lagi. nak kena cek balik tarikh tarikh keramat.


Tuesday, December 8, 2009

kau pergi..........

kau pergi..
pergi meninggalkan diriku sendiri..

kau pergi..
pergi membiarkan ku begini..

kau pergi..
yang entah bila akan kembali..

kembali lah..
berada disisiku semula..

kembali lah..
berdamping dengan ku seperti sediakala..

kembali lah..
agarku mampu menulis seperti hari-hari sebelumnya..

oh mood blogging ku.....

hahaha. bajet pakwe lari pulak. padahal satu pakwe pon taknak sangkut ngan kau cik peah. ada hati nak berangan ala ala ditinggalkan kekasih. tak habis habis nak berdrama. tapi serius beb sejak bermenjak menjak ni gua dah malas nak tulis blog. nak baca blog orang pon dah malas. mana lah mood gua dah lari ni??

encik MOOD oh encik MOOD.... mana u pergi? takkan merajuk ngan i kot. tak rock lah u ni. kata jiwa kental. ni tak sikit sikit nak merajuk. mencilah i! takpelah kalau encik MOOD dah merajuk i carik boifren lain lah. i couple ngan encik MUTHU jiran selang 20 buah rumah dengan i lah. baru padan dengan muka u!!

ah sudah. kemane mane pulak dah kau merepek ni cik peah oi. tak habes habes. penat kawan kawan kau ni nak baca entri ni. mesti dorang dah bajet kau dah ditinggalkan kekasih macam yang kau buat dalam drama *kerajaan kat facebook tu. hahahha. sorilah geng mana mana yang tertipu tu. dah nama malam malam takde keje. so aku pon merepek meraban dan terciptanya drama agung hasil karya ain dan faiqah. eh dahlah aku nak pergi solat. dah maghrib ni. korang pon pergi solat gak. jangan nak tinggal-tinggal solat. berdosa. ceh padahal sendiri pon selalu tinggal. takpe takpe sama sama kita penuhkan solat kita yang rongak ek.

*kawan kawan aku kat sini suka panggil aku kerajaan bila dorang mintak tolong sebab aku lambat macam kerajaan lagi lagi bila dah ngadap laptop. kesian kau kerajaan. tu lah sape suruh servis lambat kan. kan dah disamekan ngan aku. eh patotnye aku yang dipadankan muka. ceh.

**sape sape yang takde facebook aku tu tak dapatlah tengok drama kerajaan yang aku dah link kan. harap maaf lah ye. kesulitan amatlah dikesali. hehe.

Sunday, December 6, 2009

sila jangan meludah merata-rata

hari ni mak ajak aku, kakak ngan adik pergi jakel KL. nak shopping kain baju. almaklumlah sejak mak kena transfer kat kem plkn kat perak dulu mak tak pernah shopping kain baju pon. mana tak nye pergi kerja pakai t-shirt ngan tracksuit je. memang mak borong abeslah satu jakel tu. nampak yang ni cantik. nampak yang tu cantik. nak nak jakel tengah sale sekarang memang murah murah lah kain dia. cun cun plak tu. aku ngan kakak sempat rembat gak lah beberapa pasang kain yang nak dibuat baju kurung and blaus. hahaha. syok gila. ramai tak hengat plak tu. bersesak-sesak kat dalam tu.

okay okay aku tak nak cerita banyak pasal aku shopping ni sebab aku nak cerita sal entri aku kali ni. SILA JANGAN MELUDAH MERATA-RATA. aku tengok orang kita ni ramai betul yang suka meludah merata. tak kira tempat. kat tempat ramai orang lalu lalang pon nak meludah. euuuww..pleaselah jangan meludah merata. mencemarkan alam sekitar juga tahu. nak nak yang ludah kahak likat dan pekat tu. yekk jijik aku. kot ye pon kalau nak buang kahak tu gunalah tisu. ludah atas tisu tu pastu buang dalam tong sampah. so takdelah menjijikkan orang yang lalu lalang tu kan.

dulu masa sekolah cikgu aku pernah cakap kalau kita meludah merata ni boleh menyebarkan penyakit sebab bila air ludah tu kering virus dan segala atok nenek bakteria yang duduk dalam air ludah tu akan berterbangan dengan gembira sekali. kalau nak tahu, mulut kita ni lah yang paling banyak bakteria. berjuta juta tahu. so bayangkan kalau kita meludah. mestilah terkeluar segala atok nenek bakteria tu kan. sedangkan kalau kita bersin dan batuk pon bakteria dah boleh terbang dengan suka hatinya inikan pulak MELUDAH.

tapi aku ada jumpa fakta pelik pasal meludah ni masa aku GOOGLE tadi. "Bagi kebanyakan masyarakat di China, tabiat meludah adalah satu fenomena fizikal bersin yang biasa dan ia menjadi amalan tradisimasyarakat negara itu dan mereka sedikitpun tidak berasa malu atau jijik apabila melakukannya. Merekaberanggapan, seseorang harus meludah apabila terasa suatu yang jengkelmelekat di dalam kerongkong." pelik tak pelik kan .

ni ada lagi SATU aku jumpa. sejauh mana kebenaran nya tu WALLAHUALAM. sekadar nak kongsi apa yang aku jumpa.

Cara meludah

Di dalam islam asal nak meludah pun air liur sekali pun ada cara-caranya.
Kalau nak meludah air liur atau apa-apa didalam mulut janganlah didepan orang ramai atau orang sedang menjamu selera.

Kita sebagai umat islam mesti menjaga kebersihan dan jangan meludah air liur di tempat-tempat yang kotor seperti didalam tandas, longkang dan tempat-tempat kotor yang lain.

Yang amat penting kita perlu tahu ialah:-
1) Jika meludah ke kiri - Kita akan meludah kepada syaitan/Iblis (DIGALAKKAN)
2) Jika meludah ke kanan - Kita seperti telah meludah ke arah Nabi kita iaitu Mohammad SAW ( Nauzubilah)
3) Jika meludah Ke depan - Kita seperti telah meludah kearah ALLAH SWT. (Nauzubilah ) Jadi ingat-ingatlah ketika ingin meludah tu, Meludah lah Selalu ke Sebelah Kiri. itu lah indahnya Islam, nak meludah pun ada caranya.

*dah siap beli baju untuk raya lagi. hahaha. gila semangat. ala lagipon bila lagi nak dapat shopping camni.

**mak aku bila tahu je boleh gune atm card terus je borong lagi padahal sebelum tu dah cakap dah itu aje yang nak di beli. dah nama pon perempuan kan. lumrah kalau shopping sakan. nak nak dah lama dia tak shopping baju. hehehe

Wednesday, December 2, 2009

bermalam di KLCC??

first of all aku nak ucap kan terima kasih berbillion billion lemon kepada amy yang menyumbangkan kereta nya untuk aku, ain dan nurul bermalam di KLCC. ceh bermalam la sangat padahal tengok midnight movie pukul 11.55 malam je. cakap nak lebat je si cik peah ni. macamlah boleh bermalam pon mahunya kena halau ngan pak guard kan.

sementara kitorang nak tunggu movie tu kitorang jenjalan la kat luar klcc tu sambil tangkap tangkap gambar. lepas tu ada la sorang mamat arab ni suruh kitorang amekkan picture dia dengan klcc tu. dah lah masa dia nak mintak tolong kitorang amekkan cara dia cakap macam apa je. "could you take my picture?". slow dan garau. menakutkan. pastu boleh bila aku dah tangkap kan demand plak. suruh amek lagi sekali. kalau boleh nak gak nampak antenna klcc tu. layankan jela...haha.

dah abes bergambar kat luar kitorang berpindah plak bergambar kat dalam klcc tu. best. kosong tak ramai orang. so boleh suka hati kitorang nak bergambar gaya apa pon. macam klcc tu bapak kitorang punya bangunan. hahaha.

posing bukan main. tiada di dalam gambar: amy

lepak kejap

kedai semua dah tutup leh pose suke hati

klcc kami yang punya!!

lepas tu masa kitorang tengok movie cerita CHRISTMAS CAROL ada plak sorang bapak budak ni buat wayang tu macam dia punya. mana taknya siap boleh borak borak dalam phone macam family dia je yang tengok movie tu. pastu dah tengah tengah cerita dia boleh bantai berdengkur plak. sengal betol. kalau dah tahu mengantuk tak payah lah ajak family kau tengok wayang malam malam buta kan. anak anak kau pon bukannya tengok. tido gak. buang duit je. kalau tak berdengkur aku takde hal lah kau nak tido. duit kau pon. tapi dah mengganggu kententeraman awam. ini boleh menimbulkan kemarahan!! hahaha. tapi overall movie ni kira okay lah. banyak terkejut terkejut. dah macam tengok cerita hantu plak padahal kartun 3D je. macam tengok cerita geng upin dan ipin masa dorang kena kejar ngan ular raksasa tu. macam tulah perasaannya.

*credit to ain yang rajin gila bapak nak mengedit gambar gambar kat klcc. aku malas gila nak edit edit ni. perlukan mood yang mencanak canak.

**lepas abes berovernite kat klcc kitorang sleepover plak kat umah amy. amy sangat berjasa ngan kitorang semalam. thanx cayang!! huehuehue!

Saturday, November 28, 2009

hargai sebelum hilang


"MANUSIA AKAN MENGHARGAINYA SELEPAS KEHILANGANNYA"

manusia memang cepat lupa. cepat alpa. cepat leka. cepat hanyut pada mimpi yang hanya illusi sehinggakan apa yang depan mata tak dihargai dan tak disyukuri. bila dah hilang, dah ditarik segala nikmat baru nak menyesal. baru nak menangisi. kalau tak mulut tu asyik nak merungut je dengan apa yang dah ada. asyik mengeluh. takde pon nak ucapkan alhamdulillah dengan nikmat yang diberi. sebab tu Allah tarik balik segala apa yang telah dipinjamkanNya pada kita kat dunia ni untuk beri peringatan tentang kealpaan dan ketidaksyukuran kita tu.

ingatlah apa yang kita ada kat dunia bukan lah hak kita yang hakiki bahkan hanya pinjaman yang diberikan oleh Allah. so hargailah segala apa yang telah dikurniakan seadanya tanpa ada keluhan dan rungutan. kerana apabila kita kehilangannya barulah kita sedar bahawa ia terlalu berguna dan penting di dalam hidup kita. tetapi saat itu segalanya dah terlambat untuk kita tangisi. yang hanya kita boleh buat adalah redha dan tidak lagi mengulangi kesilapan itu dilain hari.

so selagi hayat dikandung badan hargailah dan berbaktilah kepada kedua ibubapa dan keluarga kita selagi mereka di depan mata. syukurilah segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah.

*entri ini aku buat lepas tengok cerita taubat nasuha kat tv3 tadi. pehh ending dia memang gila bapak sedih sampai keluar air mata wanita ku. ecehh... tapi serius aku tak jangka ending dia mati sebab kena bunuh. aku ingat kemalangan macam tu. memang betul kata kata yang akhir sekali tu. terkesan di hati.

**budak kecik dalam cerita tu sangat comel dan sangat pandai berlakon.

***sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan kawan kawan. semoga kita sentiasa belajar daripada kesilapan. EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER.

Thursday, November 26, 2009

lambaian kaabah


selamat menyambut aidiladha kepada semua umat islam di seluruh dunia. eceh. macam satu dunia plak baca blog aku. padahal berapa kerat je pon. okay okay balik semula. SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA 1430H KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN.

marilah sama-sama kita hayati lirik HAJI MENUJU ALLAH ini...

Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka
...(2x)

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

*harini aku berjaya masak sambal kentang tanpa ada pantauan dari sesiapa. boleh tahan gak lah. ada bakat memasak gak aku. ceh puji diri sendiri pulak. tak tahu malu lah kau ni cik peah. padahal sambal kentang je pon. itu pon mahu berlagak. hahahaha.

**penat tolong mak aku masak untuk makanan raya esok. banyak kot. adoi. kena praktis dari sekarang. nanti dah kahwin boleh masak untuk hubby I. ahaks~

kau jahat sendiri

kalau kau buat jahat tolong jangan salahkan orang lain. tolong jangan cakap begini, "aku jadi macam ni sebab kau". hello... Allah dah bagi manusia akal fikiran untuk membezakan mana baik mana buruk. so gunakan akal kau tu dengan sebaiknya. jangan kau tuding jari kepada si polan ni yang buat kau jadi jahat. si polan ni ajak kau buat jahat. si polan ni suruh kau buat jahat. habis tu kalau si polan tu suruh kau makan tahi kau makan lah? kalau si polan tu ajak kau terjun gaung kau terjun lah? kamon, apa guna ada akal yang dikurniakan untuk bezakan kau dengan binatang kalau kau sendiri tak guna dia sehabisnya?

fikir dulu sebelum kau buat. jangan ikutkan hati dan perasaan kau yang selalu dipengaruhi oleh syaitan tu. gunakan akal serta iman kau untuk elakkan kau daripada kejahatan. itulah sebabnya kita kena banyak dekatkan diri kepada Allah. Solat 5 waktu jangan pernah kau ambil mudah. sebab solat itu tiang agama. jika solat kita tak cukup maka tiang agama kita rapuh dan iman kita mudah goyang kalau kita diuji dengan dugaan. kita tak akan kuat untuk hadapi dugaan yang Allah beri. bila dah tak kuat kita mudah termakan dengan hasutan syaitan durjana tu yang akan membawa kita ke arah kejahatan dan kesesatan. (peringatan untuk diri aku jugak yang banyak lalai)

so dalam hidup jangan pernah kau salahkan orang lain atas kejahatan atau kesalahan kau sendiri. sebab semua kejahatan dan keburukan itu datang dari dalam diri manusia. manusia yang ada akal tapi tak digunakan. itu sebab kau jadi macam tu. dan segala kebaikan datangnya daripada Allah S.W.T. sentiasa kembali kepadaNya. bak kata pepatah bukan salah ibu mengandung. adios.


*sentiasa hanyut dan leka di dunia yang sementara. kembali kepadaNya.

**sori kalau entri kali ini agak kasar sikit bunyinya. hanya untuk mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan.

Tuesday, November 24, 2009

tenaga batinku dah berkurangan

haih. aku tak tahu kenapa 3 hari kebelakangan ni aku cepat sangat ngantuk. pukul 12 lebih tengah malam dah rasa ngantuk gila nak tido. selalunya kul 3,4 pagi pon mata aku ni celik takmo pejam-pejam macam musang. mungkin sebab sekarang ni tabiat tido siang aku dah berkurang kot. pagi lepas subuh aku dah rasa takde mood nak tido. aku rasa macam membazir je tido pas subuh tu. rezeki tak masuk. eceh. yela. padahal kena buat kerja rumah. tu pon kalau kat rumah lah. kalau kat upm pulak kena pergi lab. macam mana nak tido pas subuh kan. petang pon kalau aku sempat takde sebarang aktiviti dan rasa sungguh bosan je baru aku tido.

tapi bagoslah macam tu. time time gini lah aku kena biasakan diri aku tak membuta lepas subuh. bagi mata aku yang degil nak pejam ni celik je pagi pagi kan. nanti dah kerja takdelah pagi pagi masuk kerja muka ngantok gila yang macam mintak nak kena tampar bagi segar. pastu tengah tengah buat kerja takdelah rasa ngantok yang amat sangat sampai boleh tersengguk sengguk kan. sebab masa praktikal dulu aku selalu tersengguk sengguk kat tempat kerja. pastu asal free je banyak pulak setan setan bergayutan kat mata aku ni. haih. malu je ngan akak akak yang kerja situ.

kira kebelakangan ni aku dah amalkan salah satu gaya hidup yang sihat la iaitu tidur yang secukupnya. eh betol ke? tapi aku rasa aku tido 6jam lebih je. sepatutnya orang dewasa tido 8jam. hahahaha. pandai pandai je nak ngaku amalkan hidup yang sihat. makan pon sembarang je. sampai naik gemok dah aku ni. semua orang pon cakap aku makin gemok. lagi lagi membe yang dah lama tak jumpa. huh! aku kena diet mulai sekarang dan amalkan hidup yang sihat!! yeahh!!

*tadi pergi keluar ngan amy, ain, nurul, jauhar n kak aisyah pergi alamanda tengok wayang. cerita senario. okay lah. so-so. dah takde cerita lain yang lagi best so terpaksa lah. hehe.

**nak balik rumah besok ke ha??semua orang pon nak balik besok. haih.

Monday, November 23, 2009

cikgu: minat ke terpaksa?

tadi petang aku pergi ikut akak aku interview jadi guru ganti sementara. pastu aku ikut lah dia sampai bilik tempat dia kena interview. malu je. dah la aku pakai tshirt ngan jeans je. mesti dorang dalam hati cakap "ish budak ni interview pakai jeans je??" oh jangan salah sangka ek. aku teman sahaja. yelah akak aku penakut nak duduk situ sorang-sorang. nervous katanya sebab tak kenal siapa siapa kat situ.

lepastu sampai je bilik interview, ramai yang tengah tunggu kat luar bilik tu. aku pon suruh lah akak aku ni pergi borak-borak ngan orang yang duduk sebelah dia tu. so hilang lah sikit malu tu kan. pastu borak punya borak rupanya yang datang interview tu kebanyakannya dah ada pengalaman jadi guru ganti sebelum ni. kiranya dorang datang interview ni sebab nak renew kontrak jadi guru ganti je.

hmm, kiranya dorang yang datang interview ni semuanya disebabkan terpaksa sebab takde kerja dah. termasuklah akak aku. of course lah terpaksa kan. kalau minat dah lama masing-masing jadi guru tetap. takde maknanya nak gi ikut interview-interview ni. buang masa. yela cuba korang bayangkan, jadi guru ganti ni sakit gak tahu walaupun gaji agak masyuk. sebabnya gaji akan dapat 3 bulan selepas bekerja. itu pon kira awal la gak. ada kakak ni 5 bulan baru dapat. aiyoo macam mana nak makan camtu kan. makan pasir kah? itu pasal lah jadi tak ikhlas nak ajar kan. gaji 3 bulan baru dapat. mestilah hangen je manjang. dah lah nak kena layan budak-budak yang nakal kan. haih. tapi kalau nak diikutkan sebanyakan cikgu cikgu sekarang ni bukannya amek bidang perguruan sebab betul betul minat melainkan cikgu senang nak dapat kerja lepas grad. ala, apa apa pon minat tu boleh datang kemudian kan. dah ada pengalaman mengajar barulah datangnya minat tu. so barulah lepas tu datang nya keikhlasan tu. then barulah berjaya anak didik masing masing.

TAPI...kalau aku lah jadi cikgu tak tahulah apa nasib budak-budak ni. agaknya asyik kena marah je manjang kot. aku ni dah lah cepat hilang sabar. nak nak masa ajar adik aku. habes kena tengking. kesian betol dia. hahahaha. aku memang takde bakat lah jadi cikgu.

*tak tahu lah macam mana lepas grad nanti takde kerja. mesti nasib aku sama cam akak aku. dipaksa jadi guru sementara. ohh..

Sunday, November 22, 2009

selamat pengantin baru maslina!!


semalam bersamaan 21hb november telah berlangsungnya majlis perkahwinan rakan sekolah ku yang bernama maslina. beliau telah disatukan bersama seorang pemuda yang bernama khuzori. beliau merupakan orang yang ketiga didalam batch yang berkahwin selepas andie dan kak fie. ohh, kenapa ayat ku seperti ingin membuat karangan pula ni?? dah lah tatabahasa pon salah kot. adoi. hampeh betol lah BM aku ni. BI apa tah lagi. hancur lebur kot. hahahha.

okay-okay kita sambung bercerita mengenai perkahwinan rakan sekolah ku itu. majlis telah berlangsung di kampung bagan tengkorak, tanjung karang. ramai gak budak-budak sekolah aku yang hadir ketika itu. aku pon sangatlah gembira. lagi-lagi dapat bertemu buah hatiku sayang yang lama gila tak jumpa iaitu amey. oh nama sebenar dia adalah amira. jangan kau salah sangka. hahaha. serius lama gila aku tak jumpa dia. sebenarnya takdelah lama mana kalau nak dibandingkan dengan orang lain. tapi disebabkan dia kesayangan aku mestilah rindu gila kan. tapi tak puas lah dapat jumpa kejap je. takpelah jadilah dari tak jumpa kan.

ha inilah benda yang aku excitedkan kat entri hari tu. kenduri kahwin budak sekolah aku. best nya dapat kahwin kan. hahaha. asal kau sangap plak nak kahwin ni? takdela sangap pon tapi macam best. macam je. hakikatnya besar kot tanggungjawab once kita dah masuk alam perkahwinan ni. maslina dah bersedia kot tapi kalau aku jangan haraplah. masak pon tak reti. nak bagi makan apa kat laki aku nanti kan. takkan lah megi je setiap hari. botak kepala laki aku nanti. hahaha.

hmm, apa-apa pon maslina semoga berbahagia disamping suami tercinta hingga ke akhir hayat. jangan gaduh-gaduh okay. jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik. cepat-cepat dapat anak. tak sabar aku. hohohoh.

*lepas abes kenduri pergi singgah rumah yasir ngan manjau. memang berjalan sakanlah kitorang. penat tapi puas!

**sekarang maslina dah jadi puan. aku bila lagi ek? hahaha. gatal giloss.

Friday, November 20, 2009

tebiat yang dibuang

semenjak dua menjak tiga menjak dan bermenjak menjak ni aku kerap membuang. membuang TEBIAT. bukan buang air besar atau kecil ye. harap maklum. bila dah buang tebiat ni mestilah ada sesuatu kan. tapi sesuatu tu bukan membawa maksud seperti orang orang dulukala cakap kalau orang yang buang tebiat ni maksudnya dah tak lama. ha bukan yang itu. no no no. tapi apa-apa pon ajal maut ditangan tuhan ye dak. kita tak mampu untuk menghalangnya.

okay sambung, ia membawa maksud yang aku sangat bosan gila tahap gaban sampai tak tahu nak buat apa yang berfaedah melainkan perkara-perkara yang buang tebiat. kenapa buang tebiat plak? kerana aku jarang-jarang ingin melakukan perkara tersebut. so bila buat perkara yang kita jarang gila buat mesti la buang tebiat namanya kan. akan tetapi perkara ini mampu mengasah bakat ku yang terpendam tiada siapa tahu yang aku sendiri pon baru tahu. ciss ayat macam haram jadah. takdelah bakat pon tapi main tibai dan hentam sahaje. aku dah pernah siarkan perkara ni kat ENTRI INI dan INI.

dan buat julung-julung kalinya aku lakukan perkara ini terhadap diri aku sendiri. ha tu pasal lah aku cakap buang tebiat. salu pon aku buat kat orang lain tapi kali ini kat diri sendiri. nampak sangat teringin walaupon sebelum ni pernah menjadi mangsa kakak aku tapi feel dia lain okay. ceh siap nak feel-feel plak. okay di bawah ini ada dilampirkan gambar-gambar orang buang tebiat. sorilah kalau gambar-gambar ni buat korang muntah darah atau hijau kerana terlalu geli geleman melihat aksi dalam gambar tersebut. ciss macam gambar apa plak.



minah gedik mana ntah yang rasa macam nak bagi penampar je. boleh?


minah gedik bersama rakannya yang tak berapa nak gedik. hahah.


*ain aku ambik je gambar daripada facebook yang kau telah edit sebab aku malas nak edit. hahahah.. ampuni aku ya..ngeh~

**tak tahu lah apa nak jadi ngan aku ni. main suka belajar tak suka. adoi lah..





Thursday, November 19, 2009

lebih bersemangat


hari ni aku lebih bersemangat daripada biasa. pagi-pagi lepas subuh terus mandi. ini satu sejarah! wow! unbelievable?? believe it *pehh nampak sangat kau tu pemalas yang amat cik peah oi*. lepas tu terus pergi breakfast dekat azwath (mamak) bersama ain. yela sebab kitorang berdua je yang tinggal. yang lain semua balik rumah sebab kerja dorang dah siap. ciss! takpe takpe. dah bayar duit kolej untuk seminggu. membazir plak kalau duduk tak cukup seminggu. dah lah berkira pulak tu. stay ke tak stay tetap kira kalau barang ada dalam bilik. hape ntah.

okay-okay sambung balik. dah abes breakfast kitorang terus pergi lab buat kerja. apa yang semangatnya ialah kitorang buat kerja sampai abes okay. takde dah tangguh-tangguh. macam sebelum ni, asal ada barang tak cukup, tak jumpa je mesti tangguh buat lain kali. lepas tu mesti nak cepat-cepat je balik bilik. dalam otak asyik terkenangkan bantal ngan katil kat bilik je. tapi harini semua gangguan dan perasaan perasaab tu semua tak wujud dah. semangat kitorang ulang alik biotech 3, biotech 2 semata-mata nak carik barang yang tak cukup tu. sampai sakit-sakit kaki aku. ni semua gara-gara aku yang nak sangat jalan konon-konon nak exercise padahal ain dah offer nak naik kereta pergi biotech 3 tu. ha, hamek kau cik peah. hahaha.

tapi takpe lah. dah lah selama ni malas nak exercise. kerja nya makan tido makan tido je. so aku ambik lah peluang ini untuk mengecilkan peha aku yang gedabak ni. so besok aku boleh lah nak balik rumah dengan hati yang tenang. sebab apa yang aku nak buat dah dibuat. cuma sekarang ni nak carik lagi sample baaaaanyak banyak. tak cukup ni. buatnya menatang alah tu takmo grow mati aku. semangat cik peah. semangat!!

*harap semangat harini akan berterusan hingga habes projek aku. barulah boleh berpuas hati dengan hasil kerja sendiri.

**tak sabar nak tunggu sabtu. hehehe. aku plak yang over. nak tahu apa yang di'excited'kannya? sama-sama kita nantikan entri akan datang. zaaapppp!


Wednesday, November 18, 2009

sebelum dan sesudah

Sebelum remaja di belai ibubapa
Di beri apa yang minta
Sesudah remaja dia kenal dunia

Tak nak ikut cakap ibubapa

Sebelum dapat kerja

Mahu tekun bekerja

Sudah diterima cuti dan mc saja

Sebelum dapat gaji

Nak jimat tak nak rugi

Sesudah dapat gaji

Duit habis dijoli

Duit habis dijoli

Di sana sini


ha, korang ingat lagi tak dengan lagu senario yang pertama ni?? ni lagu favourite aku masa aku kecik-kecik dulu. memang hari-hari pon nak dengar. tapi entri aku kali ni takde kena mengena pon dengan lagu senario ni. hehehe. entri ni pasal sebelum dan selepas di make over oleh cik peah mak andam terlampau perasan bagus. hahaha. biasalah bila dah duduk dekat dalam blok yang sunyi sepi seperti tiada penghuni mestilah bosan tahap gila gaban kan. so tangan aku ni dengan tak semena-menanya melayang-layang lah dimuka kawan-kawan aku. ni lah dia hasilnya..jeng..jeng..jeng..

mangsa pertama,


sebelum sesudah



dari kerana mata



mangsa kedua,


sebelum

sesudah


mata menggoda..auuww~

*ingin membuat tempahan untu majlis pertunangan dan pernikahan? sila hubungi talian 019-786666 tekan-tekan jahanam. hahahahaha. tak layak pon nak ambik tempahan untuk mekapkan orang. simple je ni. tunggu lah nanti kalau aku dah takde kerja aku ambik kursus kecantikan ha masa tu baru lah boleh ambik tempahan majlis orang. hahaha.

**sebenarnya nak post entri dari malam tadi lagi lepas abes kerjakan diorang berdua ni tapi disebab kan internet aku memang lembab nak mapuh tahap nak kena campak dalam longkang so aku postkan arini je. sorrylah kalau ada sikit bau sebab dah basi sikit. hehehe.

Tuesday, November 17, 2009

berjimba ria tak ingat dunia

tadi lepas abes je culture segala macam sample, aku ngan amy terus pergi ke mines tanpa ada rasa ragu-ragu lagi untuk tujuan melepaskan kesangapan aku. dah lah main culture je tanpa menitikkan prosedur yang betol dan ke'sterile'an barang-barang yang aku guna. hentam keromo saje. ntah apa lah yang bakal tumbuh atas plate aku nanti. tawakkal je le. ni semua disebabkan ketidak tahanan aku nak melepaskan segala sangap yang ada.

haa..jangan korang pikir bukan-bukan plak. macam tak tahu bila umur dah meningkat dewasa ni otak mula lah tukar kaler kuning kan. aku sangap nak karaoke lah. KARAOKE. pehh..memang puaslah weh. sampai serak-serak dah suara aku yang lunak merdu bak buluh perindu ni. haktuiihh lah.

pastu dah puas karok still rasa boring lagi. then amy ajak pergi game arcade. mula-mula aku rasa macam seram lagi menakutkan je nak masuk situ. yela selama ni aku rasa tempat tu macam ramai sangat orang-orang yang jahat dan sangat menakut. lagipon aku ngan amy berdua je. dahlah perempuan takde lelaki. kalau ada lelaki tu rasa macam secure la sikit kan. tapi bila dah masuk..ekeleh..okay je pon. ramai je perempuan. siap ada budak-budak sekolah rendah lagi. game yang paling enjoy kitorang main sampai ulang-ulang 3, 4 kali ialah game gendang cina. ahaha. aku pon tak tahu nak panggil apa sebab dia memang macam main gendang cina pon. memang boleh release tension ah. lagi-lagi aku penah berimpian nak main drum kan. tak dapat main drum main game gendang cina pon jadi lah...

dah puas menghabiskan duit main game kitorang pon pergi makan sampai kenyang pastu barulah sedar kaki dah sakit. bila kaki dah sakit apa lagi. baru ingat nak balik kolej. so kitorang pon teroslah balik kolej dengan menggunakan kaki masing-masing dan kenderaan yang disediakan oleh pihak universiti. oh..selepas ni aku dah tak kan nak meroyan karok sorang-sorang dalam bilik. heeeee..(sambil tersenyum puas)

*peringatan keras: tolong jangan ikut perangai cik peah yang kuat melagha ini. main aje kerja. kerja aje taknak main. ah sudah. mengarut plak. perangai ni pon tak boleh diikuti juge.

Monday, November 16, 2009

karaOK tak OK?

bila blok dah sunyi memang best lah kan kalau buat pertandingan karaoke. tak kan ada orang yang jerit dan nak sound begini; "diamlah woi!", "nak study ni tak reti nak diam ke??", "pe hal memekak plak tuh??" dan sebagainya lah. pastu takdelah nak malu-malu tahi kambeng nak menyumbangkan lagu-lagu yang sedia dah sumbang tu. oppss. lagu tu tak sumbang mambang pon. kalau sumbang tak kan lah dorang jadi penyanyi. suara kau tu je yang sumbang mambang cik peah oi. mambang pon tak sanggup nak dengar suara kau yang sumbang tapi buat-buat tak sumbang tu.

tapi tak pe masa-masa macam ni lah kita nak praktis, latih, asah suara jadi sedap lagi sedap daripada penyanyi-penyanyi yang dah ada kan. malatopz kau. kau mampuu? hahaha. gedik gila la pulak cakap bahasa-bahasa gini. tak kose mak nyah!! oppss terkeluar lagi plak. memang nak kena lempang kot barulah tak kua dah ayat-ayat sedemikian rupa. amy ngan ain cepat nanti datang bilik aku lempang aku laju-laju, nurul cepat balik upm pastu bebel puas-puas, kasi aku normal seperti sediakala. hahaha. tebiat!

eh sudah-sudah! suka sangat kau nak menyimpang dari tajuk asalkan cik peah. tula suka sangat mengarut. kan dah.. okay, sambung. tapi kan karaoke sendiri tanpa ada microphone dan screen sebesar 40 inci dan tanpa minus one tak feel lah beb. tak thrill bak kata omputeh gittew. yelah kita tak dapat nak mengenal pasti kesedapan atau kesumbangan suara kita.

ha, agaknya lah kan tu pasal lah wujudnya orang-orang yang rasa suara dorang sedap gila bak buluh perindu pergi ikut audition nyanyi-nyanyi ni kan. mesti dorang selalu karaoke sendiri tanpa ada minus one semua. kalau nyanyi yang kat karaoke jamban tu pon mesti dorang tak guna minus one gak. guna original song. tu pasal dorang rasa suara dorang sedap je kan. ala-ala ziana zain, ella, siti nurhaliza dan yang sewaktu dengan nya. siap boleh tarik ala-ala jaclyn victor lagi. aiseh. kalau aku dah malu gila kot. dah masukkan kepala ni dalam peti ais kasi orang tak nampak muka.

tapi apa boleh buat kan keyakinan dorang terlalu tinggi. bagos gak tu ada keyakinan yang tinggi tapi berpada-pada lah kot. tu dah over confidence sangat dah. dah macam tahap tak sedar diri. yela cuba bayangkan dah lah suara tak sedap pastu boleh plak maki juri kalau kena reject. adeh. ni lagi aku tak paham orang-orang jenis camni. hahaha. amboi sesedap je bahasa aku ni. tapi betul pe. kita kena sedar diri gak kan. kalau tak sendiri malu beb. hmm, apa-apa jelah kan. kalau orang-orang macam ni tak join audition tak best gak. yela takde lah benda yang melawakkan kalau kita tengok audition kat tv tu kan. mesti lah jadi bosan gila kan. tapi apa-apa pon aku dah sangap nak menyumbangkan lagu orang ni. amy jom cepat tolong aku sumbangkan lagu orang. kau lah rakan menyumbangkan lagu yang best walaupun kau nyanyi jaaaaaaaaaauuuuhh lagi sedap dari aku. hahahah. *ayat bodek nih*

*kalau aku karaoke hanya amy, ain ngan nurul je yang boleh tahan ngan 'kemerduan' suara aku ni.
**dah lama tak asah bakat nyanyian aku ni. haih tak sabar nak gi karok. ehem-ehem (sambil membetulkan kerongkong sebagai persediaan awal untuk karok)

sendiriku sepi

sepi..
ku sendiri..
ditempat yang senyap sunyi..
tanpa ada menemani...

sepi..
ku sendiri..
tiada yang sudi..
untuk hiburkan hati ini..

sepi..
ku sendiri..
mereka semua pergi..
meninggalkan diriku ini..

sepi..
ku sendiri..
kala dinihari..
aku benci perasaan ini..

tuhan..
hilangkanlah sepi ku ini..
perasaan ini..
yang amatku benci..
ku tak mahu sepi sendiri..

tuhan..
kurniakanlah aku kegembiraan..
kurniakanlah aku keceriaan..
untuk mengusir sepi ini..
agar aku bisa mengharungi..
hari-hari ku di tempat yang senyap sunyi ini..


*hahaha. gila bosan dol balik kolej. hampeh! sunyi je kolej. kenapalah kena ada FYP nih. kalau tak aku dah bahagia duduk kat rumah tu. biarlah aku mati kekenyangan duduk rumah dari mati kebosanan duduk kat kolej yang senyap sunyi ni. ohh...

Friday, November 13, 2009

rumah!! aku pulang!!


fewhh..akhirnya tamat dah segala beban yang menyiksa jiwa raga zahir batin aku. takde lagi nota-nota berkeliaran di atas meja dan katil. takde lagi jeritan-jeritan yang menyakitkan telinga gara-gara tertekan. takde lagi perangai yang tiba-tiba menggila tak tentu pasal. takde lagi perasaan yang menyesakkan dada apabila exam dah abes! lega rasanya. rasa macam otak ni ringan gittew..*ughh asal eja macam ni?? tak suka i! hahaha*

so rumah, katil, bantal, tv siaplah korang dengan kepulangan aku sekejap lagi. abes korang aku kerjakan. muahahahahaha. *ces, macam apadaa..macam nak rogol dorang pulak* tapi..tapi..tapi..kepulangan aku sementara je. isk..isk..isk..bencilah macam ni. tak puas lah dorang nanti. mesti dorang nanti rindukan aku. mesti dorang tak puas dengan layanan aku nanti. mesti dorang menangis teresak-esak menghalang pemergianku nanti. yela, balik 2hari je. kejap je. pejam celik pejam celik dah abes 2hari tuh. takpelah rumah, katil, bantal ngan tv. jangan bersedih okay?? nanti aku balik jap lagi kita bermesra lah sepuas-puasnya. hahahahahaha. gila. macam apa pulak. ni mesti korang ingat aku ni gila lagi walaupun dah abes exam. memang gila pon. gila nak pikir pasal projek aku nanti.

ciss! elok-elok boleh membesarkan perut dan menternak lemak kat rumah untuk 7 minggu. melepaslah peluang aku. mesti susut lemak-lemak aku ni. takpelah. nanti duduk upm pon aku bagi kau makan ye. bagi kau membesar dengan sehat nya. okay lemak? jangan risau. hahahahahah. takpelah apa boleh buat. kata final year kan. kau pon tak sabar-sabar nak abes belajar kan. nak grad kan. so redah jela segala macam badai yang melanda. banyak songeh betollah kau ni cikpeah. duduk je kat upm tu diam-diam, buat kerja, belajar, makan , tidur. ha tup tup nanti grad..hohohohoho..syiok syiok!!

*baru balik daripada dusun belakang kolej. borong rambutan ngan pulasan bawak balik kampung kasi mak ayah adik beradik sedara mara makan.