Saturday, November 28, 2009

hargai sebelum hilang


"MANUSIA AKAN MENGHARGAINYA SELEPAS KEHILANGANNYA"

manusia memang cepat lupa. cepat alpa. cepat leka. cepat hanyut pada mimpi yang hanya illusi sehinggakan apa yang depan mata tak dihargai dan tak disyukuri. bila dah hilang, dah ditarik segala nikmat baru nak menyesal. baru nak menangisi. kalau tak mulut tu asyik nak merungut je dengan apa yang dah ada. asyik mengeluh. takde pon nak ucapkan alhamdulillah dengan nikmat yang diberi. sebab tu Allah tarik balik segala apa yang telah dipinjamkanNya pada kita kat dunia ni untuk beri peringatan tentang kealpaan dan ketidaksyukuran kita tu.

ingatlah apa yang kita ada kat dunia bukan lah hak kita yang hakiki bahkan hanya pinjaman yang diberikan oleh Allah. so hargailah segala apa yang telah dikurniakan seadanya tanpa ada keluhan dan rungutan. kerana apabila kita kehilangannya barulah kita sedar bahawa ia terlalu berguna dan penting di dalam hidup kita. tetapi saat itu segalanya dah terlambat untuk kita tangisi. yang hanya kita boleh buat adalah redha dan tidak lagi mengulangi kesilapan itu dilain hari.

so selagi hayat dikandung badan hargailah dan berbaktilah kepada kedua ibubapa dan keluarga kita selagi mereka di depan mata. syukurilah segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah.

*entri ini aku buat lepas tengok cerita taubat nasuha kat tv3 tadi. pehh ending dia memang gila bapak sedih sampai keluar air mata wanita ku. ecehh... tapi serius aku tak jangka ending dia mati sebab kena bunuh. aku ingat kemalangan macam tu. memang betul kata kata yang akhir sekali tu. terkesan di hati.

**budak kecik dalam cerita tu sangat comel dan sangat pandai berlakon.

***sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan kawan kawan. semoga kita sentiasa belajar daripada kesilapan. EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER.

Thursday, November 26, 2009

lambaian kaabah


selamat menyambut aidiladha kepada semua umat islam di seluruh dunia. eceh. macam satu dunia plak baca blog aku. padahal berapa kerat je pon. okay okay balik semula. SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA 1430H KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN.

marilah sama-sama kita hayati lirik HAJI MENUJU ALLAH ini...

Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka
...(2x)

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

*harini aku berjaya masak sambal kentang tanpa ada pantauan dari sesiapa. boleh tahan gak lah. ada bakat memasak gak aku. ceh puji diri sendiri pulak. tak tahu malu lah kau ni cik peah. padahal sambal kentang je pon. itu pon mahu berlagak. hahahaha.

**penat tolong mak aku masak untuk makanan raya esok. banyak kot. adoi. kena praktis dari sekarang. nanti dah kahwin boleh masak untuk hubby I. ahaks~

kau jahat sendiri

kalau kau buat jahat tolong jangan salahkan orang lain. tolong jangan cakap begini, "aku jadi macam ni sebab kau". hello... Allah dah bagi manusia akal fikiran untuk membezakan mana baik mana buruk. so gunakan akal kau tu dengan sebaiknya. jangan kau tuding jari kepada si polan ni yang buat kau jadi jahat. si polan ni ajak kau buat jahat. si polan ni suruh kau buat jahat. habis tu kalau si polan tu suruh kau makan tahi kau makan lah? kalau si polan tu ajak kau terjun gaung kau terjun lah? kamon, apa guna ada akal yang dikurniakan untuk bezakan kau dengan binatang kalau kau sendiri tak guna dia sehabisnya?

fikir dulu sebelum kau buat. jangan ikutkan hati dan perasaan kau yang selalu dipengaruhi oleh syaitan tu. gunakan akal serta iman kau untuk elakkan kau daripada kejahatan. itulah sebabnya kita kena banyak dekatkan diri kepada Allah. Solat 5 waktu jangan pernah kau ambil mudah. sebab solat itu tiang agama. jika solat kita tak cukup maka tiang agama kita rapuh dan iman kita mudah goyang kalau kita diuji dengan dugaan. kita tak akan kuat untuk hadapi dugaan yang Allah beri. bila dah tak kuat kita mudah termakan dengan hasutan syaitan durjana tu yang akan membawa kita ke arah kejahatan dan kesesatan. (peringatan untuk diri aku jugak yang banyak lalai)

so dalam hidup jangan pernah kau salahkan orang lain atas kejahatan atau kesalahan kau sendiri. sebab semua kejahatan dan keburukan itu datang dari dalam diri manusia. manusia yang ada akal tapi tak digunakan. itu sebab kau jadi macam tu. dan segala kebaikan datangnya daripada Allah S.W.T. sentiasa kembali kepadaNya. bak kata pepatah bukan salah ibu mengandung. adios.


*sentiasa hanyut dan leka di dunia yang sementara. kembali kepadaNya.

**sori kalau entri kali ini agak kasar sikit bunyinya. hanya untuk mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan.

Tuesday, November 24, 2009

tenaga batinku dah berkurangan

haih. aku tak tahu kenapa 3 hari kebelakangan ni aku cepat sangat ngantuk. pukul 12 lebih tengah malam dah rasa ngantuk gila nak tido. selalunya kul 3,4 pagi pon mata aku ni celik takmo pejam-pejam macam musang. mungkin sebab sekarang ni tabiat tido siang aku dah berkurang kot. pagi lepas subuh aku dah rasa takde mood nak tido. aku rasa macam membazir je tido pas subuh tu. rezeki tak masuk. eceh. yela. padahal kena buat kerja rumah. tu pon kalau kat rumah lah. kalau kat upm pulak kena pergi lab. macam mana nak tido pas subuh kan. petang pon kalau aku sempat takde sebarang aktiviti dan rasa sungguh bosan je baru aku tido.

tapi bagoslah macam tu. time time gini lah aku kena biasakan diri aku tak membuta lepas subuh. bagi mata aku yang degil nak pejam ni celik je pagi pagi kan. nanti dah kerja takdelah pagi pagi masuk kerja muka ngantok gila yang macam mintak nak kena tampar bagi segar. pastu tengah tengah buat kerja takdelah rasa ngantok yang amat sangat sampai boleh tersengguk sengguk kan. sebab masa praktikal dulu aku selalu tersengguk sengguk kat tempat kerja. pastu asal free je banyak pulak setan setan bergayutan kat mata aku ni. haih. malu je ngan akak akak yang kerja situ.

kira kebelakangan ni aku dah amalkan salah satu gaya hidup yang sihat la iaitu tidur yang secukupnya. eh betol ke? tapi aku rasa aku tido 6jam lebih je. sepatutnya orang dewasa tido 8jam. hahahaha. pandai pandai je nak ngaku amalkan hidup yang sihat. makan pon sembarang je. sampai naik gemok dah aku ni. semua orang pon cakap aku makin gemok. lagi lagi membe yang dah lama tak jumpa. huh! aku kena diet mulai sekarang dan amalkan hidup yang sihat!! yeahh!!

*tadi pergi keluar ngan amy, ain, nurul, jauhar n kak aisyah pergi alamanda tengok wayang. cerita senario. okay lah. so-so. dah takde cerita lain yang lagi best so terpaksa lah. hehe.

**nak balik rumah besok ke ha??semua orang pon nak balik besok. haih.

Monday, November 23, 2009

cikgu: minat ke terpaksa?

tadi petang aku pergi ikut akak aku interview jadi guru ganti sementara. pastu aku ikut lah dia sampai bilik tempat dia kena interview. malu je. dah la aku pakai tshirt ngan jeans je. mesti dorang dalam hati cakap "ish budak ni interview pakai jeans je??" oh jangan salah sangka ek. aku teman sahaja. yelah akak aku penakut nak duduk situ sorang-sorang. nervous katanya sebab tak kenal siapa siapa kat situ.

lepastu sampai je bilik interview, ramai yang tengah tunggu kat luar bilik tu. aku pon suruh lah akak aku ni pergi borak-borak ngan orang yang duduk sebelah dia tu. so hilang lah sikit malu tu kan. pastu borak punya borak rupanya yang datang interview tu kebanyakannya dah ada pengalaman jadi guru ganti sebelum ni. kiranya dorang datang interview ni sebab nak renew kontrak jadi guru ganti je.

hmm, kiranya dorang yang datang interview ni semuanya disebabkan terpaksa sebab takde kerja dah. termasuklah akak aku. of course lah terpaksa kan. kalau minat dah lama masing-masing jadi guru tetap. takde maknanya nak gi ikut interview-interview ni. buang masa. yela cuba korang bayangkan, jadi guru ganti ni sakit gak tahu walaupun gaji agak masyuk. sebabnya gaji akan dapat 3 bulan selepas bekerja. itu pon kira awal la gak. ada kakak ni 5 bulan baru dapat. aiyoo macam mana nak makan camtu kan. makan pasir kah? itu pasal lah jadi tak ikhlas nak ajar kan. gaji 3 bulan baru dapat. mestilah hangen je manjang. dah lah nak kena layan budak-budak yang nakal kan. haih. tapi kalau nak diikutkan sebanyakan cikgu cikgu sekarang ni bukannya amek bidang perguruan sebab betul betul minat melainkan cikgu senang nak dapat kerja lepas grad. ala, apa apa pon minat tu boleh datang kemudian kan. dah ada pengalaman mengajar barulah datangnya minat tu. so barulah lepas tu datang nya keikhlasan tu. then barulah berjaya anak didik masing masing.

TAPI...kalau aku lah jadi cikgu tak tahulah apa nasib budak-budak ni. agaknya asyik kena marah je manjang kot. aku ni dah lah cepat hilang sabar. nak nak masa ajar adik aku. habes kena tengking. kesian betol dia. hahahaha. aku memang takde bakat lah jadi cikgu.

*tak tahu lah macam mana lepas grad nanti takde kerja. mesti nasib aku sama cam akak aku. dipaksa jadi guru sementara. ohh..

Sunday, November 22, 2009

selamat pengantin baru maslina!!


semalam bersamaan 21hb november telah berlangsungnya majlis perkahwinan rakan sekolah ku yang bernama maslina. beliau telah disatukan bersama seorang pemuda yang bernama khuzori. beliau merupakan orang yang ketiga didalam batch yang berkahwin selepas andie dan kak fie. ohh, kenapa ayat ku seperti ingin membuat karangan pula ni?? dah lah tatabahasa pon salah kot. adoi. hampeh betol lah BM aku ni. BI apa tah lagi. hancur lebur kot. hahahha.

okay-okay kita sambung bercerita mengenai perkahwinan rakan sekolah ku itu. majlis telah berlangsung di kampung bagan tengkorak, tanjung karang. ramai gak budak-budak sekolah aku yang hadir ketika itu. aku pon sangatlah gembira. lagi-lagi dapat bertemu buah hatiku sayang yang lama gila tak jumpa iaitu amey. oh nama sebenar dia adalah amira. jangan kau salah sangka. hahaha. serius lama gila aku tak jumpa dia. sebenarnya takdelah lama mana kalau nak dibandingkan dengan orang lain. tapi disebabkan dia kesayangan aku mestilah rindu gila kan. tapi tak puas lah dapat jumpa kejap je. takpelah jadilah dari tak jumpa kan.

ha inilah benda yang aku excitedkan kat entri hari tu. kenduri kahwin budak sekolah aku. best nya dapat kahwin kan. hahaha. asal kau sangap plak nak kahwin ni? takdela sangap pon tapi macam best. macam je. hakikatnya besar kot tanggungjawab once kita dah masuk alam perkahwinan ni. maslina dah bersedia kot tapi kalau aku jangan haraplah. masak pon tak reti. nak bagi makan apa kat laki aku nanti kan. takkan lah megi je setiap hari. botak kepala laki aku nanti. hahaha.

hmm, apa-apa pon maslina semoga berbahagia disamping suami tercinta hingga ke akhir hayat. jangan gaduh-gaduh okay. jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik. cepat-cepat dapat anak. tak sabar aku. hohohoh.

*lepas abes kenduri pergi singgah rumah yasir ngan manjau. memang berjalan sakanlah kitorang. penat tapi puas!

**sekarang maslina dah jadi puan. aku bila lagi ek? hahaha. gatal giloss.

Friday, November 20, 2009

tebiat yang dibuang

semenjak dua menjak tiga menjak dan bermenjak menjak ni aku kerap membuang. membuang TEBIAT. bukan buang air besar atau kecil ye. harap maklum. bila dah buang tebiat ni mestilah ada sesuatu kan. tapi sesuatu tu bukan membawa maksud seperti orang orang dulukala cakap kalau orang yang buang tebiat ni maksudnya dah tak lama. ha bukan yang itu. no no no. tapi apa-apa pon ajal maut ditangan tuhan ye dak. kita tak mampu untuk menghalangnya.

okay sambung, ia membawa maksud yang aku sangat bosan gila tahap gaban sampai tak tahu nak buat apa yang berfaedah melainkan perkara-perkara yang buang tebiat. kenapa buang tebiat plak? kerana aku jarang-jarang ingin melakukan perkara tersebut. so bila buat perkara yang kita jarang gila buat mesti la buang tebiat namanya kan. akan tetapi perkara ini mampu mengasah bakat ku yang terpendam tiada siapa tahu yang aku sendiri pon baru tahu. ciss ayat macam haram jadah. takdelah bakat pon tapi main tibai dan hentam sahaje. aku dah pernah siarkan perkara ni kat ENTRI INI dan INI.

dan buat julung-julung kalinya aku lakukan perkara ini terhadap diri aku sendiri. ha tu pasal lah aku cakap buang tebiat. salu pon aku buat kat orang lain tapi kali ini kat diri sendiri. nampak sangat teringin walaupon sebelum ni pernah menjadi mangsa kakak aku tapi feel dia lain okay. ceh siap nak feel-feel plak. okay di bawah ini ada dilampirkan gambar-gambar orang buang tebiat. sorilah kalau gambar-gambar ni buat korang muntah darah atau hijau kerana terlalu geli geleman melihat aksi dalam gambar tersebut. ciss macam gambar apa plak.



minah gedik mana ntah yang rasa macam nak bagi penampar je. boleh?


minah gedik bersama rakannya yang tak berapa nak gedik. hahah.


*ain aku ambik je gambar daripada facebook yang kau telah edit sebab aku malas nak edit. hahahah.. ampuni aku ya..ngeh~

**tak tahu lah apa nak jadi ngan aku ni. main suka belajar tak suka. adoi lah..





Thursday, November 19, 2009

lebih bersemangat


hari ni aku lebih bersemangat daripada biasa. pagi-pagi lepas subuh terus mandi. ini satu sejarah! wow! unbelievable?? believe it *pehh nampak sangat kau tu pemalas yang amat cik peah oi*. lepas tu terus pergi breakfast dekat azwath (mamak) bersama ain. yela sebab kitorang berdua je yang tinggal. yang lain semua balik rumah sebab kerja dorang dah siap. ciss! takpe takpe. dah bayar duit kolej untuk seminggu. membazir plak kalau duduk tak cukup seminggu. dah lah berkira pulak tu. stay ke tak stay tetap kira kalau barang ada dalam bilik. hape ntah.

okay-okay sambung balik. dah abes breakfast kitorang terus pergi lab buat kerja. apa yang semangatnya ialah kitorang buat kerja sampai abes okay. takde dah tangguh-tangguh. macam sebelum ni, asal ada barang tak cukup, tak jumpa je mesti tangguh buat lain kali. lepas tu mesti nak cepat-cepat je balik bilik. dalam otak asyik terkenangkan bantal ngan katil kat bilik je. tapi harini semua gangguan dan perasaan perasaab tu semua tak wujud dah. semangat kitorang ulang alik biotech 3, biotech 2 semata-mata nak carik barang yang tak cukup tu. sampai sakit-sakit kaki aku. ni semua gara-gara aku yang nak sangat jalan konon-konon nak exercise padahal ain dah offer nak naik kereta pergi biotech 3 tu. ha, hamek kau cik peah. hahaha.

tapi takpe lah. dah lah selama ni malas nak exercise. kerja nya makan tido makan tido je. so aku ambik lah peluang ini untuk mengecilkan peha aku yang gedabak ni. so besok aku boleh lah nak balik rumah dengan hati yang tenang. sebab apa yang aku nak buat dah dibuat. cuma sekarang ni nak carik lagi sample baaaaanyak banyak. tak cukup ni. buatnya menatang alah tu takmo grow mati aku. semangat cik peah. semangat!!

*harap semangat harini akan berterusan hingga habes projek aku. barulah boleh berpuas hati dengan hasil kerja sendiri.

**tak sabar nak tunggu sabtu. hehehe. aku plak yang over. nak tahu apa yang di'excited'kannya? sama-sama kita nantikan entri akan datang. zaaapppp!


Wednesday, November 18, 2009

sebelum dan sesudah

Sebelum remaja di belai ibubapa
Di beri apa yang minta
Sesudah remaja dia kenal dunia

Tak nak ikut cakap ibubapa

Sebelum dapat kerja

Mahu tekun bekerja

Sudah diterima cuti dan mc saja

Sebelum dapat gaji

Nak jimat tak nak rugi

Sesudah dapat gaji

Duit habis dijoli

Duit habis dijoli

Di sana sini


ha, korang ingat lagi tak dengan lagu senario yang pertama ni?? ni lagu favourite aku masa aku kecik-kecik dulu. memang hari-hari pon nak dengar. tapi entri aku kali ni takde kena mengena pon dengan lagu senario ni. hehehe. entri ni pasal sebelum dan selepas di make over oleh cik peah mak andam terlampau perasan bagus. hahaha. biasalah bila dah duduk dekat dalam blok yang sunyi sepi seperti tiada penghuni mestilah bosan tahap gila gaban kan. so tangan aku ni dengan tak semena-menanya melayang-layang lah dimuka kawan-kawan aku. ni lah dia hasilnya..jeng..jeng..jeng..

mangsa pertama,


sebelum sesudah



dari kerana mata



mangsa kedua,


sebelum

sesudah


mata menggoda..auuww~

*ingin membuat tempahan untu majlis pertunangan dan pernikahan? sila hubungi talian 019-786666 tekan-tekan jahanam. hahahahaha. tak layak pon nak ambik tempahan untuk mekapkan orang. simple je ni. tunggu lah nanti kalau aku dah takde kerja aku ambik kursus kecantikan ha masa tu baru lah boleh ambik tempahan majlis orang. hahaha.

**sebenarnya nak post entri dari malam tadi lagi lepas abes kerjakan diorang berdua ni tapi disebab kan internet aku memang lembab nak mapuh tahap nak kena campak dalam longkang so aku postkan arini je. sorrylah kalau ada sikit bau sebab dah basi sikit. hehehe.

Tuesday, November 17, 2009

berjimba ria tak ingat dunia

tadi lepas abes je culture segala macam sample, aku ngan amy terus pergi ke mines tanpa ada rasa ragu-ragu lagi untuk tujuan melepaskan kesangapan aku. dah lah main culture je tanpa menitikkan prosedur yang betol dan ke'sterile'an barang-barang yang aku guna. hentam keromo saje. ntah apa lah yang bakal tumbuh atas plate aku nanti. tawakkal je le. ni semua disebabkan ketidak tahanan aku nak melepaskan segala sangap yang ada.

haa..jangan korang pikir bukan-bukan plak. macam tak tahu bila umur dah meningkat dewasa ni otak mula lah tukar kaler kuning kan. aku sangap nak karaoke lah. KARAOKE. pehh..memang puaslah weh. sampai serak-serak dah suara aku yang lunak merdu bak buluh perindu ni. haktuiihh lah.

pastu dah puas karok still rasa boring lagi. then amy ajak pergi game arcade. mula-mula aku rasa macam seram lagi menakutkan je nak masuk situ. yela selama ni aku rasa tempat tu macam ramai sangat orang-orang yang jahat dan sangat menakut. lagipon aku ngan amy berdua je. dahlah perempuan takde lelaki. kalau ada lelaki tu rasa macam secure la sikit kan. tapi bila dah masuk..ekeleh..okay je pon. ramai je perempuan. siap ada budak-budak sekolah rendah lagi. game yang paling enjoy kitorang main sampai ulang-ulang 3, 4 kali ialah game gendang cina. ahaha. aku pon tak tahu nak panggil apa sebab dia memang macam main gendang cina pon. memang boleh release tension ah. lagi-lagi aku penah berimpian nak main drum kan. tak dapat main drum main game gendang cina pon jadi lah...

dah puas menghabiskan duit main game kitorang pon pergi makan sampai kenyang pastu barulah sedar kaki dah sakit. bila kaki dah sakit apa lagi. baru ingat nak balik kolej. so kitorang pon teroslah balik kolej dengan menggunakan kaki masing-masing dan kenderaan yang disediakan oleh pihak universiti. oh..selepas ni aku dah tak kan nak meroyan karok sorang-sorang dalam bilik. heeeee..(sambil tersenyum puas)

*peringatan keras: tolong jangan ikut perangai cik peah yang kuat melagha ini. main aje kerja. kerja aje taknak main. ah sudah. mengarut plak. perangai ni pon tak boleh diikuti juge.

Monday, November 16, 2009

karaOK tak OK?

bila blok dah sunyi memang best lah kan kalau buat pertandingan karaoke. tak kan ada orang yang jerit dan nak sound begini; "diamlah woi!", "nak study ni tak reti nak diam ke??", "pe hal memekak plak tuh??" dan sebagainya lah. pastu takdelah nak malu-malu tahi kambeng nak menyumbangkan lagu-lagu yang sedia dah sumbang tu. oppss. lagu tu tak sumbang mambang pon. kalau sumbang tak kan lah dorang jadi penyanyi. suara kau tu je yang sumbang mambang cik peah oi. mambang pon tak sanggup nak dengar suara kau yang sumbang tapi buat-buat tak sumbang tu.

tapi tak pe masa-masa macam ni lah kita nak praktis, latih, asah suara jadi sedap lagi sedap daripada penyanyi-penyanyi yang dah ada kan. malatopz kau. kau mampuu? hahaha. gedik gila la pulak cakap bahasa-bahasa gini. tak kose mak nyah!! oppss terkeluar lagi plak. memang nak kena lempang kot barulah tak kua dah ayat-ayat sedemikian rupa. amy ngan ain cepat nanti datang bilik aku lempang aku laju-laju, nurul cepat balik upm pastu bebel puas-puas, kasi aku normal seperti sediakala. hahaha. tebiat!

eh sudah-sudah! suka sangat kau nak menyimpang dari tajuk asalkan cik peah. tula suka sangat mengarut. kan dah.. okay, sambung. tapi kan karaoke sendiri tanpa ada microphone dan screen sebesar 40 inci dan tanpa minus one tak feel lah beb. tak thrill bak kata omputeh gittew. yelah kita tak dapat nak mengenal pasti kesedapan atau kesumbangan suara kita.

ha, agaknya lah kan tu pasal lah wujudnya orang-orang yang rasa suara dorang sedap gila bak buluh perindu pergi ikut audition nyanyi-nyanyi ni kan. mesti dorang selalu karaoke sendiri tanpa ada minus one semua. kalau nyanyi yang kat karaoke jamban tu pon mesti dorang tak guna minus one gak. guna original song. tu pasal dorang rasa suara dorang sedap je kan. ala-ala ziana zain, ella, siti nurhaliza dan yang sewaktu dengan nya. siap boleh tarik ala-ala jaclyn victor lagi. aiseh. kalau aku dah malu gila kot. dah masukkan kepala ni dalam peti ais kasi orang tak nampak muka.

tapi apa boleh buat kan keyakinan dorang terlalu tinggi. bagos gak tu ada keyakinan yang tinggi tapi berpada-pada lah kot. tu dah over confidence sangat dah. dah macam tahap tak sedar diri. yela cuba bayangkan dah lah suara tak sedap pastu boleh plak maki juri kalau kena reject. adeh. ni lagi aku tak paham orang-orang jenis camni. hahaha. amboi sesedap je bahasa aku ni. tapi betul pe. kita kena sedar diri gak kan. kalau tak sendiri malu beb. hmm, apa-apa jelah kan. kalau orang-orang macam ni tak join audition tak best gak. yela takde lah benda yang melawakkan kalau kita tengok audition kat tv tu kan. mesti lah jadi bosan gila kan. tapi apa-apa pon aku dah sangap nak menyumbangkan lagu orang ni. amy jom cepat tolong aku sumbangkan lagu orang. kau lah rakan menyumbangkan lagu yang best walaupun kau nyanyi jaaaaaaaaaauuuuhh lagi sedap dari aku. hahahah. *ayat bodek nih*

*kalau aku karaoke hanya amy, ain ngan nurul je yang boleh tahan ngan 'kemerduan' suara aku ni.
**dah lama tak asah bakat nyanyian aku ni. haih tak sabar nak gi karok. ehem-ehem (sambil membetulkan kerongkong sebagai persediaan awal untuk karok)

sendiriku sepi

sepi..
ku sendiri..
ditempat yang senyap sunyi..
tanpa ada menemani...

sepi..
ku sendiri..
tiada yang sudi..
untuk hiburkan hati ini..

sepi..
ku sendiri..
mereka semua pergi..
meninggalkan diriku ini..

sepi..
ku sendiri..
kala dinihari..
aku benci perasaan ini..

tuhan..
hilangkanlah sepi ku ini..
perasaan ini..
yang amatku benci..
ku tak mahu sepi sendiri..

tuhan..
kurniakanlah aku kegembiraan..
kurniakanlah aku keceriaan..
untuk mengusir sepi ini..
agar aku bisa mengharungi..
hari-hari ku di tempat yang senyap sunyi ini..


*hahaha. gila bosan dol balik kolej. hampeh! sunyi je kolej. kenapalah kena ada FYP nih. kalau tak aku dah bahagia duduk kat rumah tu. biarlah aku mati kekenyangan duduk rumah dari mati kebosanan duduk kat kolej yang senyap sunyi ni. ohh...

Friday, November 13, 2009

rumah!! aku pulang!!


fewhh..akhirnya tamat dah segala beban yang menyiksa jiwa raga zahir batin aku. takde lagi nota-nota berkeliaran di atas meja dan katil. takde lagi jeritan-jeritan yang menyakitkan telinga gara-gara tertekan. takde lagi perangai yang tiba-tiba menggila tak tentu pasal. takde lagi perasaan yang menyesakkan dada apabila exam dah abes! lega rasanya. rasa macam otak ni ringan gittew..*ughh asal eja macam ni?? tak suka i! hahaha*

so rumah, katil, bantal, tv siaplah korang dengan kepulangan aku sekejap lagi. abes korang aku kerjakan. muahahahahaha. *ces, macam apadaa..macam nak rogol dorang pulak* tapi..tapi..tapi..kepulangan aku sementara je. isk..isk..isk..bencilah macam ni. tak puas lah dorang nanti. mesti dorang nanti rindukan aku. mesti dorang tak puas dengan layanan aku nanti. mesti dorang menangis teresak-esak menghalang pemergianku nanti. yela, balik 2hari je. kejap je. pejam celik pejam celik dah abes 2hari tuh. takpelah rumah, katil, bantal ngan tv. jangan bersedih okay?? nanti aku balik jap lagi kita bermesra lah sepuas-puasnya. hahahahahaha. gila. macam apa pulak. ni mesti korang ingat aku ni gila lagi walaupun dah abes exam. memang gila pon. gila nak pikir pasal projek aku nanti.

ciss! elok-elok boleh membesarkan perut dan menternak lemak kat rumah untuk 7 minggu. melepaslah peluang aku. mesti susut lemak-lemak aku ni. takpelah. nanti duduk upm pon aku bagi kau makan ye. bagi kau membesar dengan sehat nya. okay lemak? jangan risau. hahahahahah. takpelah apa boleh buat. kata final year kan. kau pon tak sabar-sabar nak abes belajar kan. nak grad kan. so redah jela segala macam badai yang melanda. banyak songeh betollah kau ni cikpeah. duduk je kat upm tu diam-diam, buat kerja, belajar, makan , tidur. ha tup tup nanti grad..hohohohoho..syiok syiok!!

*baru balik daripada dusun belakang kolej. borong rambutan ngan pulasan bawak balik kampung kasi mak ayah adik beradik sedara mara makan.

Thursday, November 12, 2009

cepatlah weh..cepat!!


sebelum tu bagi aku gelak jap ek. HAHAHAHAHAHAHAHAHAH!! macam orang gila tak gelak tak tentu hala? gila tak gila aku peduli apa. yang penting besok paper aku yang terakhir. gila tak sabar aku.

fuhh fuhh fuhh. cepatlah abes weh. aku dah tak sabar nak freekan otak aku daripada nota-nota nih. adeh. walaupun lepas abes exam ni aku terpaksa lagi bebankan otak aku dengan memikirkan macam mana aku nak siap kan FYP aku sebelum naik sem depan. adoi.

ahh tapi tu belakang kira. yang penting untuk tempoh 7 minggu (cuti semester yang macam tak cuti) ni aku takde dah nak hadap lagi nota-nota yang boleh buat aku jadi gila secara tiba-tiba sampai kan nurul pon takut nak duduk sebilik ngan aku walaupon hakikatnya aku menumpang bilik dia. hahahah. tapi apa boleh buat dia yang merayu-rayu suruh aku duduk bilik ngan dia. dia cakap kalau aku takde hidup dia tak bermakna. kosong. kelam. muram. suram. okay, aku tipu je.

hm, okaylah nak tido! (ceh bukan nak study. aparaa!)

Wednesday, November 11, 2009

kekuatan tak terduga!

petang-petang macam ni mata memang akan kuyu dan terus layu bila study. kalau baca apa pun tak masuk. tak ingat. nak tidur macam best tapi kan tak elok tidur lepas asar. nanti mewarisi kegilaan. eceh. macam lah tak biasa tidur petang kan. boleh dikatakan hari-hari kot. poyo je cikpeah ni. hahaha.

oleh kerana kebohsanan tahap melampau, aku pon godek-godek lah gambar-gambar lama dalam laptop ni. sekali jumpalah gambar-gambar masa aku jadi sukarelawan untuk paralimpiad tahun lepas. best wooh. enjoy gila. aku dapat jadi sukarelawan bahagian komunikasi. kitorang kena buat buletin untuk event tu. setiap hari weh kena update. kira kitorang ni ala-ala wartawan tak bertauliah gitu. hahaha. bangga weh nama masing-masing ada dalam buletin tuh. korang mampoo? wakakaka. dahla budak-budak sekretariat aku gila-gila. rindu pulak nak jadi sukarelawan. hmm..

ha korang tahu tak paralimpiad tu apa?? meh sini aku bagitahu. paralimpiad tu sukan untuk orang yang kurang upaya. dia ala-ala sukma gak. tapi untuk OKU lah. kalau korang join jadi sukarelawan untuk event ni korang sendiri akan kagum tengok kebolehan diorang. serius beb. keupayaan diorang tu mengalahkan kita yang berupaya ni. walaupun diorang ada kekurangan tapi diorang tak menjadikan kekurangan tu sebagai alasan untuk diorang mengalah tapi diorang jadikan semangat untuk diorang berjaya dalam hidup. tu pasal motto dorang kekuatan tak terduga. memang kita tak sangka kekuatan diorang tu melampaui keupayaan. memang kita tak boleh pandang rendah kat diorang lah sebab semangat dan kekuatan diorang tu lagi berganda-ganda tinggi daripada kita yang sempurna ni. so kita yang sempurna ni kenalah selalu bersyukur dengan apa yang kita dah ada kan. alhamdulillah.

ni ada lah sikit gambar-gambar masa paralimpiad dulu. mesti korang tak pernah tengok orang buta main chess, orang yang dok kat wheelchair main basketball ngan berenang kan?? ha ni dia.. gambar orang-orang yang tiga suku pon ada. hahahahah.


chess untuk orang yang buta lain dari yang lain


hebat wooh dorang main..


acara renang orang wheelchair..hebat bukan?


menyebok interview the lima. hehehe..


saya juara! erk..acara ape ek?hehe


bebudak sekretariat komunikasi dan media yang gila-gila. bukan gila ek. haha

*huh, susah betol nak upload gambar..ni semua broadband yang lembab punya pasal lah. tapi aku tetap tak putus asa!hahahahaha..

Monday, November 9, 2009

kelas bahasa jawa (2)

okay murid-murid, harini kita akan adakan kelas jawa buat kali kedua ye. ha, perkataan yang haritu dah hafal belom??dah??bagus betol korang ni ye. ni yang cikgu sayang ni. muahh! hahaha. ha kepada yang baru ikut kelas ni untuk harini boleh rujuk di entri ini ye. okay-okay, kita teruskan ke perkataan yang berikutnya ye.

panggilan dalam keluarga

moyang: buyut
datuk: embah lanang
nenek: embah wedok
cucu: putu

ayah: bapak
ibu: mbok

abang: kakang
kakak: mbakyu
adik/anak bongsu: ragil, tole

pakcik: pakdeh, paman
makcik: mbokdeh, bibik

*lanang = lelaki
wedok = perempuan

okay itu sahaja untuk harini ye. sila hafal. kalau tak hafal next kelas jangan datang. duduk dekat luar je. paham semua?? hahahah..kalau gini caranya jadi cikgu konfem next class kosong.
hmm..tu je untuk arini. daa.. selamat belajar!

happy belated birthday mak!


hehehe. semalam 8 oktober birthday mak aku. sebenarnya dah wish dah tapi saje je nak buat entri khas untuk birthday mak aku. eceh. poyo je kan. sempena birthday mak aku ni, abang aku belanja kitorang dinner makan steambot kat restoran nelayan. sedap woo. kembong gila perut masing-masing. yela makan buffet kenalah balun habis-habis kan. bayar mahal pulak. rm25 sekepala. kalau dulu aku pergi murah lagi. rm15. haih, tak tahulah kenapa makin mahal pulak. macam makan kat hotel pulak. tapi kalau kat hotel lagi berbaloi kot. makanan lagi banyak. ni steambot je pon. air buah dia pon mahal gila. rm3.50. pehh..gila cekik darah kan. tapi nasib baik bukan aku yang bayar. so bedal jela tanpa fikirkan berapa pon nak kena bayar. hahahaha.

hmm. tu je untuk kali ini. kepada mak, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. ala kliche la ucapan macam ni kan. okaylah tukar lain. semoga mak bertambah-tambah cun walaupun umur dah meningkat dan semoga boleh tambah adik lagi sorang. hahaha. gila apa. mak aku dah masok umur 50 la weh. mana boleh. kalau adik angkat boleh la. heheheh.
SAYANG MAK! MUAHHHHHHHHH!!

Sunday, November 8, 2009

hobin jang hobin!

piala malaysia 2009 milik negeri sembilan. cayalah!

piala Malaysia pada tahun ini menjadi milik Negeri Sembilan. cayalah jang! buat pemain dan peminat kelantan jangan hampa. jangan sedih. jangan kecewa. kalah menang adat bertanding kan. uiks. cop cop. ni faiqah ke yang menaip ni??sejak bila pulak lah kau minat nak tengok bola ni?siap buat post pulak. hahahaha.

sebenarnya post ni bukan nak mengulas permainan bola sepak tadi pon. cuma nak meluahkan sedikit rasa kecewa bila tengok gelagat dan reaksi peminat kelantan. bukan bermaksud nak kecik kan hati sesiapa. tapi siapa yang tengok bola tadi boleh tengok macam mana gelagat diorang. memalukan betol. baling botol, baling mercun kat tengah padang. lepas tu boleh pulak bakar kerusi dekat stadium tu. bila ada orang padamkan api dorang baling dengan botol. boleh pulak dorang bakar bendera dorang sendiri.

tahu tak bendera tu lah yang melambangkan maruah kita. kalau zaman nabi dulu pon masa berperang dorang tak kan sekali-kali biarkan bendera tu jatuh ke tanah. nampak tak betapa martabatnya bendera tu. haih aku memang tak paham dengan sikap orang orang ni. kot ye pon kalah tak yah la kau nak emo sampai macam tu sekali kan.

macam ni ke sifat orang melayu yang kononnya selalu dikatakan sopan, berbudi bahasa semua. aku tahu bukan semua orang kelantan macam tu. hanya segelintir je. dan bukan orang kelantan je macam tu. orang dari negeri lain pon ada yang teruk gak. tapi disebabkan yang segelintir ni lah yang boleh menyebabkan orang akan mendiskriminasi orang kelantan. macam peribahasa dolu dolu; kerana sirap setitik abes susu jadi sirap bandung. hahaha. ada pulak peribahasa dolu dolu macam ni. ni peribahasa aku sendiri lah. tapi betol lah kan. disebabkan sekumpulan orang yang macam ni wujud abes semua sekali jadi busuk.

ntah lah. aku pon tak tahu apa nak jadi dengan dorang ni. harapnya lepas ni perkara perkara macam ni tak jadi lagi dah. aku rasa sebelum dorang tengok bola dorang kena pergi bertapa dulu kat gua kasi kuatkan mental dorang. so kalau kalah ke boleh la terima ngan hati yang tenang kan. heheheh. jangan marah ha orang kelantan. ni tak de tujukan khas untuk sesiapa pon. ni umum untuk semua orang. jangan biarkan kemarahan menguasai diri sebab marah tu datangnya dari syaitan. bila dah dari syaitan tu paham paham jela kan nanti kesan dia macam mana kalau kita ikot cakap si merah tanduk dua tu kan. haish. syoooh syaitan. syooh. syooh.

*ha ni nak ulas sikit la sal cara kelantan main tadi. macam tak sungguh sungguh je aku tengok. aku rasa dah banyak kot peluang dorang nak jaringkan gol. tapi lepas camtu je. bapak aku cakap ntah ntah dorang dah kena beli kot. ni bapak aku cakap ye. bukan aku. hehehe. pe pe pon suka tengok indraputra jaringkan gol. pehh cantek siot. syabas la. at least takde lah dapat telur ayam kan. hehehe.

**oh tiba-tiba aku terlayan bola harini. ni semua gara-gara abah yang tukar tv1 masa aku tengok tv tadi. tapi macam syok gak layan bola sekali sekala. hehehehe.

Saturday, November 7, 2009

adik sayang mak!


aku, mak ngan kakak

mak adalah segalanya dalam hidup aku. kadang-kadang apa yang aku buat semuanya untuk gembira kan mak. aku tak nak mak bersedih tapi kadang-kadang aku buat jugak mak sedih. aku tak dengar cakap mak. aku degil. aku lawan cakap mak. maafkan adik mak. adik memang banyak buat salah dengan mak tapi adik nak mak tahu yang adik sayang sangat dengan mak. tapi aku tak pernah cakap macam ni depan-depan mak kecuali masa balalan. bagi aku bila aku buat apa yang mak nak. buat apa yang boleh gembirakan mak dah cukup untuk aku tunjukkan sayang aku kat mak. tapi aku tahu itu semuanya tak cukup nak tunjukkan kasih sayang aku dekat mak kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan yang mak dah buat untuk membesarkan aku.

mak dah banyak berkorban. bukan untuk besarkan aku je tapi untuk sara hidup keluarga aku gak. dia sanggup kerja jauh-jauh dekat perak sana semata-mata nak naik pangkat. nak tingkatkan taraf hidup keluarga. drive sorang-sorang. balik rumah, gerak petang sampai malam. balik lumut, kena gerak subuh-subuh. ulang-alik lumut-sg buloh tiap-tiap minggu selama 2tahun gak la. alhamdulillah sekarang ni mak dapat balik kerja kat kem sg buloh ni. tapi hari-hari mak kerja. balik pon lambat. kadang-kadang nak dekat pukul 7. sabtu ahad pon mak kerja ambik OT. tapi aku tak pernah dengar mak mengeluh. kuatnya mak walaupun umur mak nak masuk 50.

kagum aku dengan semangat mak. mak pernah cakap mak tak kesah kerja jauh-jauh asalkan dapat tolong abah sara keluarga. tapi anak -anak mak selalu susahkan hati mak. selalu melawan cakap mak. selalu tak dengar nasihat mak. bila mak nasihat, kitorang selalu cakap mak membebel. cakap mak bising. tapi hakikatnya mak sangat sayangkan kitorang. cuma kitorang je tak pandai nak hargai kasih sayang mak. maafkan kitorang mak. kitorang sayangkan mak cuma kadang-kadang tu kitorang tak terfikir kata-kata yang keluar dari mulut kitorang menyakitkan hati mak. maaf mak.

kenapa kita tak pernah nak paham hati seorang ibu yang selalu risau, ambik berat tentang anak-anak dia walaupun semuanya dah besar panjang? kenapa kita selalu melawan apa yang ibu kita nasihat? kenapa kita selalu rasa yang ibu kita bising, membebel bila tegur kita? mungkin bila kita dah jadi ibu kita akan paham perasaan yang ibu kita alami sekarang.
ya Allah, Engkau berikanlah rahmatMu kepada kedua ibu bapaku yang telah banyak berkorban untuk membesarkanku. sesungguhnya jasa mereka terhadapku tidak ternilai. Engkau letakkanlah mereka di kalangan orang yang beriman di akhirat kelak. amiin.

mak adik sayang sangat-sangat dekat mak!

*balalan tu maksudnya sesi mintak maaf masa hari raya.
**besok hari jadi mak. tak tahu nak belikan apa. duit dah sengkek.

pelik tapi benar

whoa!! akhirnya lepas sudah satu paper yang sangat azab untuk ditelaah. one more to go! woot! woot! tapi yang tak syiok nya paper yang last lama lagi pulak. seminggu lagi. hoh! takpe-takpe. sabar-sabar. boleh honeymoon kejap untuk 2-3 hari ni. amboih honeymoon aje yang kau ingat ye. keh keh keh.

lepas je abes paper tadi aku pon ape lagi kan teros la blah balik umah. dah la aku antara orang yang terawal keluar sebelum waktunya. haih. biasalah dah tak tahu nak goreng apa lagi. idea takde. tula orang lain semua hafal kau baca je. mana nak ingat. adeh. eh sudah sudah. taknak cerita lagi sal paper yang sangat menghampakan hatiku ini. straight to the point pelizz...

ha sambung. aku balik umah naik komuter okay. sorang-sorang je. isk..isk..isk.. kesian aku. ayah aku dah taknak ambik aku lagi dah macam biasa sebab aku baru je balik upm ari selasa aritu. ceh. berdrama pulak! padahal aku yang offer nak balik sendiri. biasalah ada plan tersembunyi. singgah mid valley jalan-jalan tenangkan otak kejap. ngeh ngeh ngeh. shhh..jangan bagitau siapa-siapa tau..lagi-lagi bapak aku. heh.

aku sampai kat mid valley dalam pukul 11 lebih nak pukul 12 gitu. pastu pegi bayar bil telefon ngan lepak kat mph. teringin pulak nak beli novel. yela kan nak berhoneymoon kejap sebelum last paper. hehehe. lepak punya lepak, pusing punya pusing mph tu tengok-tengok dah pukul 1 lebih. aku pon terus pegi kaunter bayar segala apa yang aku nak beli tu. bila keluar je mph aku tengok ramai gak makhluk-makhluk free hair berpakaian lelaki. eh memang lelaki pon. yang menyedihkan lelaki melayu. bila dah melayu tu konfemlah majoritinya islam kan. tapi bagi aku yang selalu keluar ari jumaat bende ni memang dah biasa tengok pon. kira aku dah tak pelik dah. tapi still la rasa macam nak pegi kat diorang pastu sekeh kepala sekor sekor pastu tanya tak jumpa masjid nak solat jumaat ke?

haih. apa nak jadi la diorang ni kan. langsung takde perasaan malu bila berjalan-jalan time orang lelaki lain solat jumaat kat masjid. yang lagi aku tak boleh blah bila girlfriend dia pon ada kat sebelah dia. kalau aku la mahu nya aku sepak boyfriend aku yang tak reti nak solat jumaat tu. macam takde masa lain pulak nak berdating kan.

bila aku fikirkan balik apa la nak jadi ngan lelaki lelaki ni kan. sepatotnya diorang ni la yang membimbing wanita. kalau lelaki pon dah tak betol macam mana diorang nak pimpin kita ke jalan yang diredhai. betol tak? sampai bila lah diorang nak sedar kan. tapi selalunya yang aku tengok lelaki lelaki jenis macam ni selalu solat 5 waktu pon rajin tinggal. bukan rajin buat ye. itu pasal diorang tak kesah kalau tak solat jumaat.

berdasarkan apa yang aku tahu solat jumaat tu adalah fardhu ain. kira wajiblah seorang lelaki untuk mendirikannya. kalau tak buat berdosa besar melainkan dengan sebab-sebab berikut; musafir, sakit atau jaga orang sakit tenat dan jika terdapat ribut taufan yang menghalang kita keluar untuk menunaikan solat jumaat. tapi still kena ganti ngan solat zohor. kalau korang nak tahu, solat jumaat ni lebih ditekan kan berbanding solat fardhu sebab Rasulullah S.A.W telah bersabda sesiapa yang meninggalkan solat jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. ha nampak tak betapa pentingnya solat jumaat ni. harap-harap diorang yang rajin tinggalkan and pandang remeh dekat solat jumaat ni berubah lah suatu hari nanti ye. amiin.. kalau korang ada kenal mana-mana lelaki yang rajin tinggalkan solat jumaat korang tegur-tegur la ye. seperti sabda Rasulullah S.A.W; sampaikanlah walau satu ayat. wallahua'lam.

*oh panjang pulak post aku kali ni. ni semua gara-gara kegeraman yang terpendam sekian lamanya. hihihihi. tak lupa gak nak ingatkan diri sendiri supaya lebih menjaga solat fardhu. yelah aku pon manusia biasa yang memang selalu buat kesalahan dan selalu leka. sama-samalah kita saling ingat mengingati ye.

**oh lupa nak cakap aku pegi mid valley sorang-sorang ek. macam best gak. tapi kalau jalan-jalan gitu boleh lah. kalau makan sorang-sorang tak mahulah. segan weh. nanti orang cakap kita lonely. padahal memang pon. hehehehe.

Wednesday, November 4, 2009

buang masa untuk mencuba


tadi pagi lepas subuh konon konon nak study tapi tangan ni gatal pulak pergi bukak laptop. pastu apa lagi konfem lah aku online. mula-mula ingat nak main facebook je. sekali tu tiba-tiba kepala otak aku ni dok ingat nak download photoshop brushes. download punya download sekali jumpa la website tutorial untuk photoshop. aku pon klik lah. sekali best daa dia punya website. macam-macam korang boleh belajar. betul gua cakap. tak tipu punya lah! effect canggih manggih woo.. tekan sini kalau nak pegi kat tutorial tu.

ni lah dua gambar yang aku dah edit hasil dari tutorial tu..





okay, link dah bagi. lepas ni boleh lah korang cuba sendiri.
selamat mencuba!!

*aku ni macam dah takde exam pulak lepas ni..buang masa lagi.heh!

lagu yang sering berkumandang suatu ketika dulu


masa korang kecik-kecik dulu mesti ada lagu kesukaan, kegemaran yang selalu korang dendangkan masa main sep-sep tom-tom ngan main getah. tapi kalau korang kecik-kecik dah canggih main game playstation, xbox, nintendo semua ni dan tak main sep-sep tom-tom, main getah mesti korang tak tahu pon lagu-lagu ni.

tapi takpe kalau korang tak tahu. mana tahu kot-kot lepas baca post aku ni korang pulak yang jadi ketagih nak nyanyi hari-hari lagu-lagu ni dalam toilet masa mandi. pastu orang yang mandi sebelah korang tu pulak tahu lagu yang korang nyanyi tu. boleh lah buat duo-dalam shower. wakakaka!

ah sudah. aku mengarut apa pulak ni. ha, straight to the point. ni dia antara lagu lagu yang aku pernah dendangkan suata masa dolu. hahaha. bajet dah tua sangat la kot. tapi 5 jela ek. malas nak perah otak ni ingat balik semua lagu lagu tu. banyak kot.

#1
ola oli ku beri nama saudara saudari cikebum cikebum. malam malam minggu siang siang hari. disko disko. putih putih melati ali baba.. merah merah jelita meow meow..............


#2
malam yang sepi pi pi pak mat jual roti ti ti roti nya enak nak nak pak mat jual anak nak nak nak anak nya hilang lang lang pak mat jual gelang lang lang..........

#3
air pasang malam surut pukul 5 nona bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam menetas cik baba jatuh dalam parit.............

#4
rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba, anak kambing patah kaki, anak kambing pandai menari.......

#5
askar-askar berperang, mencari minuman, A air, B batu, C campur, air batu campur.

mana yang aku tulis ........ kat belakang dia tu samada aku malas nak taip panjang-panjang atau aku lupa lirik dia. al maklumlah. bila usia dah meningkat ni ingatan pon dah luput. hahaha!

ha antara 5 yang penat-penat aku ingat ngan taip ni ada yang korang tahu tak? tak pon korang ada lagu yang lagi best punya ke?tak pon lagu yang sama tapi versi lain. yelah kan tempat lain nyanyi pon lain. ye dak?lagipon banyak lagu yang aku dah tak berapa nak ingat.

bila kita teringat masa kecik-kecik dulu best kan. permainan dah tak sama cam budak-budak sekarang. dorang mana main lagi dah sep-sep tom-tom. mana tahu dah lagu-lagu ni kan. yang dorang tahu game playstation, xbox, PSP. tak syiok dah la kan. macam mana lah anak-anak kita nanti kan. ntah dorang tahu ke tak lagu-lagu ni ngan permainan ni kan. hmmm..so apa lagi nanti dah jadi mak orang kita ajar lah dorang nyanyi lagu-lagu ni. hahaha! takde kerja!

*hmm..agak-agak kan siapa lah yang cipta lagu-lagu ni semua kan. korang pernah terfikir tak?

Tuesday, November 3, 2009

gagal lagi niat (angan-angan) aku


oh tidak!!aku memang tak boleh duduk rumah lah. jadi leka. lagha. adeh. dari semalam berniat untuk study. bila dah berniat tapi notanya langsung tak di bawak keluar daripada beg tu konfemlah takkan terjadinya study itu. tapi yang lebih malang lagi ialah bila nota dah di bawak keluar dan di pegang sahaja TANPA membelek isi di dalamnya.


haih la.. kesian kat nota-nota ni. tak dibaca pon. aku dapat dengar rintihan kalbu korang tu. tapi apa kan daya suara bantal, tv dan laptop lebih kuat dan nyaring memanggil nama ku. maaf kan aku wahai nota-nota. isk..isk..isk.. ah sudah buat drama pulak kau ye. alasan sahaja semua itu. padahal malas nak study kan. ye MALAS. kau memang MALAS. adeh. dah la senang cerita bila aku berniat untuk study di rumah mesti GAGAL. patotnya tak boleh dipanggil niat tetapi yang lebih tepat adalah ANGAN-ANGAN SI MINAH JENIN. betol tak? betol lah jawapannya. tak payah dah ragu-ragu.

oklah nak study!
*ceh padahal nak online lagi. citt pooodaah!*

Monday, November 2, 2009

serius hampeh!


sebenarnya tadi dalam kepala otak aku ni macam banyak benda nak cerita. nak mengarut. nak menaip. tapi bila bukak laptop. dah online. internet jadi selow melow nak mamp! bukan main lama nak loading bukak blog aku. bukan main lama lagi nak loading new post. aku sakit hati. geram. bengang.


lepastu aku disconnect and connect balik. internet jadi laju. aku pon bukak blog sekelip mata. tekan new post. terus keluar. taip sikit pastu rasa bosan. idea tiba-tiba bantut. pastu bukak new tab pulak. tengok you tube kejap. carik video yang best. pastu sambung taip balik. pastu rasa macam ntah hape-hape ntah. bukak you tube balik. tengok lagi video. pastu sambung menaip.

tiba-tiba rasa macam tak best pulak sebab semuanya yang berlegar-legar dalam otak aku masa awal-awal aku nak memblog dah hilang. ciss! hampeh betol. ni semua gara-gara internet yang super duper lembab. kalau aku nak tulis pasal connection broadband maxis ni sampai ke sudah pon tak kan habis. lagi tambah sakit hati. makanya post ini lah yang terhasil untuk harini . ciss. memang hampeh! sangat hampeh! serius hampeh! adeh!

dah aku nak tido. itu aje!