Sunday, January 10, 2010

wajah kesayangan hamba

Ingin ku milik kasih
Ayu jelita
Wajah cantik berseri

Sinar cahaya
Sopan santun berbudi

Bergaya sederhana

Halus tutur bahasa

Sungguh mulia

Rambut panjang terurai

Bagai sutera

Hias bunga sekuntum

Tambah jelita

Bibir merah delima

Merdu alun suara

Penambat jiwa nan lara

Rasa bahagia

Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik

Sekali mataku memandang

Hati tertawan

Wajahnya mempersona

Tiada lagi tandingan

Bagai dewi menjelma

Jadi temanku

Datanglah wahai pujaan

Datang padaku

Lukisan wajah kasih

Di ruangan mata

Kalung dirimu sayang

Dengan cinta nan mesra

Wajah kesayangan hamba
Kini ku jumpa


eeh lirik lagu ni macam untuk perempuan je. aku dah lah perempuan tak kan lah wajah kesayangan aku perempuan jugak. nanti orang cakap aku ni lesbian pulak. aku gay lah. gay. sangat sukakan lelaki. gay lah tu kan. hahaha. merepek pulak. kang ada pulak yang panas dengan statement aku ni. i'm sorry. hehehe.

ha, nak tahu wajah wajah kesayangan hamba? ini lah dia. jeng jeng jeng! (untuk melihat gambar pada skala yang lebih besar boleh klik ye)

  • keluarga terchenta,

ni gambar raya 2009. kakak takde sebab bekerja.

inilah kakak. *ni gambar recycle pada entri yang lalu.*

  • sahabat terchenta,
sayang mereka sampai mati.

sahabat suka-duka diUPM. heart them so much.

love you babe!

kita kawan sampai bila bila kan.

inilah wajah wajah kesayangan aku yang tak kan aku lupakan sepanjang hidup aku. kerana mereka boleh terima aku seadanya. yang baik mahupun buruk. terima kasih atas segalanya. lebih lebih lagi kepada famili aku yang dah banyak berkorban untuk membesarkan dan mendidik aku selama ini. ehe. dah macam ucapan orang menang award pulak. oh malam ni AJL. hmm siapalah yang bakal menjadi juara ye. sama sama kita nantikan. eh dah terlari tajuk pulak.

mungkin akan bertambah lagi wajah kesayangan aku selepas ini. *ehem ehem* tapi belum tahu siapalah yang punya gerangan wajah tersebut. tunggu la nanti dapat kad jemputan kahwin aku ye. *dah start menggatal dah ni*

apa apa pon aku sayang wajah wajah ini teramat sangat. kalau aku ada buat salah tolong maafkan. sebab manusia takkan lari dari kesilapan tapi tak bermaksud boleh membuat kesilapan yang sama kan. LOVE UOLLSS!! muahh!

*kita harus sentiasa menghargai setiap insan yang hadir dalam hidup kita supaya kita tak menyesali pemergiannya satu hari nanti.

**terima kasih juga kepada mereka yang pernah hadir dalam hidup aku tak kira kehadiran itu menyakitkan atau pun membahagiakan kerana mereka telah memberikan aku sesuatu yang sungguh berharga dan tidak boleh dibeli iaitu PENGALAMAN hidup. (peh ayat memang tak boleh blah pulak. tapi ini serius)

2 comments:

Misz SeroJa said...

weh,syng aku x??heee

cik peah said...

of kos lah sayang kamu juge. muahh3~