Sunday, January 31, 2010

hari ini dalam sejarah

buat pertama kalinya sepanjang aku mempunyai broadband ini, aku tidak berada di atas garisan (online) selama lebih daripada 24jam. wow! suatu pencapaian yang hebat! *clap! clap! clap!* nampaknya selepas ini bolehlah aku meneruskan misi aku untuk memotong berokband aku memandangkan sekarang ini pon berokband aku dah buat hal. lebih quota pulak dah macam entri yang lepas. sakit hati betul. haih. apa boleh buat. sepatotnya benda ni terjadi masa aku test itu hari. baru lah takde gangguan dan boleh study dengan aman. heh. iyolah labu.

ini pon aku online dengan menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak universiti yang tercinta. oh sebut pasal universiti, rasa macam teruja tiba tiba sebab aku bakal bergelar graduan tak lama lagi. insyaallah. doakan aku berjaya bergraduat dalam tahun ini juga dan mendapat keputusan yang boleh membuatkan hidung ibubapa aku kembang bangga. hahaha. itu pon kalau kembang lah kan.

tapi dalam masa yang sama rasa sedikit sayu untuk meninggalkan rakan rakan yang sentiasa bersusah payah bersam dengan aku sepanjang belajar disini. macam macam benda aku hadapi dan macam macam ragam manusia yang aku jumpa dekat sini. yang baik dan yang kurang baik. tapi semuanya berharga di mata aku. harap lepas habis belajar ni kawan-kawan yang kita suka jangan lupakan aku ek. walaupun kebanyakan dari mereka duduk dekat dekat sini. kalau ada yang jauh pon mungkin mereka akan kerja disini juga. selamat belajar dengan tenang kawan-kawan!

*akhirnya berjaya menonton adnan sempit. kelakar! berbaloi-baloi tengok seorang diri walaupun pergi bertiga. memang sentiasa selling fast. gila mat!

**david teoh, lu dah kaya jangan kasi lupa sama kitorang yang dah mengayakan lu. bagi sini 0.1% dari keuntungan lu. berapa la sangat kan. haha.

2 comments:

Anonymous said...

aah. buang jer ke laut broadband tu
haha

memang sayu ler lepas grad. ada yg x akan jumpa lg lepas tu

cik peah said...

itulah. naseb baik sewa. kalau tak dah campak dalam laut dah. haha.

hmm, tahu xpe. sedih la pulak.