sibuk sibuk sibuk. perkataan ni aku paling tak suka sebab perkataan ni buat masa rehat aku berkurang. benci benci benci! *iyelah tu masa rehat padahal masa membuta*. tapi apa boleh buat. tinggal berapa bulan je aku nak rasa sibuknya jadi student. nanti dah kerja barulah kau tahu betapa sibuknya kau nanti. masa tu memang langsung takde masa kau nak berehat rehat. time tu mesti aku teringat betapa tak sibuknya time belajar ni. lepas tu kalau bising, kecoh, merungut dan bersungut memang nak kena hempok lah jawabnya kan. haih.
eh sudah lah asyik bersungut je. boring lah kau ni cik peah. bak kata entri lepas HIDUP KENA BERSYUKUR. nanti satu masa dah kena tarik balik semua yang ada barulah menyesal tak sudah kan. semua orang pon melalui kepayahan yang jauh lagi teruk daripada kau. tapi dorang still boleh tabah. so geng, kita kena ingat bila diri dilanda musibah bermaksud Allah itu sentiasa mengingati hambaNya. Allah tak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tak tertanggung oleh hambaNya. kan Allah itu maha adil. betol tak geng?
amboi, panjang pulak tazkirah aku ni. yela ni untuk memotivasi kan diri sendiri dan orang yang membaca. hehe. okay kembali kepada topik asal. start minggu depan, aku akan sibuk lagi mnyibukkan sebab aku ada 4 test pada 3 hari berturut turut. peh. bayangkan aku tak study apa lagi ni. kiranya bukan start minggu depanlah tapi start dari esok. eh malam ni lah. yela malam ni kena start study. pointer kena naik kan balik. kalau tak kecewa lah mak bapak aku. lepastu nak kena siapkan jugak final year project aku before cuti raya cina ni. tak boleh malas malas. at least lepas habis test terus run fermentation. dah lah lama. harap harap lah sempat nak siapkan.
ayomat get set go! study...study..study..study..
*masuk harini dah 2 kali pergi berenang kat sini. setakat ni dah berjaya mengapungkan badan untuk beberapa saat. ceh. kecoh gila. tapi takpe itu satu peningkatan! saya bangga dengan diri saya!
1 comment:
selamat menyibukkan diri..;p
Post a Comment