alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah broadband saya berfungsi seperti sediakala tanpa ada sebarang masalah yang dihadapi untuk setakat ini. diharapkan agar keadaan ini akan berterusan sehingga saya menamatkan kontrak dengan maxis bagi membolehkan saya menggunakan broadband lain yang jauh lebih murah.
ini kerana saya sudah tidak tahan untuk membayar bil maxis yang cekik darah. maaf kepada encik ananda krishnan. saya harus berbuat begini demi masa depan. peh. ayat memang tak boleh belah. sangat bersopan santun. ehem ehem. saya memang seorang yang bersopan santun okay. cuma kadang kadang je macam lupa diri. hahahha.
okay, dengan kesihatan berokband aku yang dah pulih seperti sediakala dapat lah aku memulakan penulisan thesis aku yang telah tertangguh. harap harapnya takdelah asyik nak buat benda lagha je kan. fokus, fokus dan fokus untuk mencari segala macam maklumat yang diperlukan. *jangan cakap lebat je bai!*
sekian sahaja entri aku yang merepek lagi meraban ini. maaf kalau aku dah buang masa korang untuk baca entri ini. segala kesulitan amatlah disesali. salam sejahtera dan selamat petang.
*tak sabar nak tunggu P1 wimax cover serdang ngan sg buloh. adeh, gila lambat lah dorang ni.
No comments:
Post a Comment