Tuesday, January 26, 2010

pusing pusing pusing kepala ini!

ensem jugak pokcik einstein ni bile dia risau kan

esok last paper untuk test 1. haih. tapi masih rasa tak seronok. sebab plan yang dah rancang beberapa minggu sebelum ini nampaknya terpaksa dibatalkan. tiba tiba ada kerja yang nak kena buat cuti hari minggu ni. kalau bagitahu awal awal kan senang. takdelah nak plan apa apa.

dah lah 2minggu tak balik rumah. oh i miss you katil and bantal rumah. tak dapat nak manja manja. *ceh memang anak manja. baru 2minggu kot.* hari sabtu dan ahad memang tak boleh balik sebab dua dua hari tu pon kena sampling untuk fermentation mini project bukan final year project. tu yang buat aku lagi kecewa tu.

final year project punya fermentation pon tak mula lagi. adoi. lagi lah pusing kepala otak aku ni. nak kena fikir apa yang nak kena buat masa fermentation tu. sampling. dua minggu pulak tu fermentation period dia. adoi lah fungus kenapa lah korang ni lembab sangat nak grow. kalau 24 jam je kan senang sikit kerja aku.

ish ish. apa lah kau cikpeah. itu kan dah kejadian tuhan. growth rate untuk fungus memang dah slow nak mati. apa boleh buat. redha je la. nampak gaya nya cuti mid sem ni macam tak boleh cuti je. yela. nak run fermentation final year project ni. tak kan lah nak ulang alik dari rumah pulak. mahu kena pelangkung dengan bapak aku ada lah. sudah lah pengecut nak drive. dah semestinya lah orang yang ada kat rumah tu yang kena hantar aku kan. adoi lah. takpe takpe. kau boleh cikpeah. sekarang ni tak boleh dah nak tangguh tangguh. due date pulak tak lama lagi. sempat ke tak aku habiskan fyp aku ni?

hm. sudahlah. cakap banyak pon tak guna. bukan boleh ubah apa apa kalau aku sendiri yang tak gerak buat kerja kan. okaylah. nak sambung baca notes yang baru dibaca setengah muka surat.

*tak tahulah macam mana rupanya soalan paper esok. adoilah!

2 comments:

Kapten Luffy said...

mcm best jer apa yg ko belajar ni
bakal saintis ker?

cik peah said...

lebih kurang la.
aku ambik biotech.
so nanti keje maybe duduk dekat lab.
buat keje kat lab. heheh