Wednesday, January 27, 2010

peristiwa berdarah di Sri Serdang

tadi aku dan tiga ahli ruang puaka pergi makan dekat Restoran Rasamas Sri Serdang. korang tahu tak kewujudan Rasamas ni? dulu dulu nama dia Ayamas. sekarang ni dah tukar nama. dulu servis dia kat mana mana franchise okay. tapi sekarang service macam harem pulak. datang datang je dah bikin aku panas. boleh tak kitorang tunggu nak dekat 5 minit tapi takde orang hantar menu.

tup tup ada segerombolan lelaki datang dan si supervisor muka mintak penampau tu terus kasi menu. dengan sopan santunnya pulak tu. memang seksis betol lah kau. agaknya dia fikir jodoh dia dengan salah seorang lelaki lelaki tu kot. aku panggil baru terhegeh hegeh nak kasi menu. kalau kasi dengan muka yang sangat kencing manis takpelah. boleh dimaafkan. ni kasi dengan tak pandang muka. ni bukan takat mintak penampau tapi penerajang pon dia nak sekali kot. belom order lagi dah bikin aku panas. nasib baik nurul ada menenangkan hati aku yang membara. boleh pulak nurul cakap nanti orang kat kitchen tu ludah atas ayam tu pastu sapu. euuuww. terus tak jadi nak marah.

itu baru satu. ni ada lagi satu yang membuatkan kitorang lagi panas hati. dia serve drummet yang tak cukup masak a.k.a drummet berdarah pastu kitorang panggil lah waitress dia. nak mintak tukar ke apa kan. kalau tak dapat ganti pon takpelah kan, kitorang tak kesah walaupun kitorang sangat mengharap. hehehe. ini mintak maaf pon tak, boleh pulak dia dok jerit kat kitchen tu, "ni memang tak masak lagi. siapa yang masak ni??!!!" hello cik kak, kot ye kau nak marah staff kau boleh tak jangan nak jerit jerit. malu la sikit. kasi mati selera orang la bai. nasib baik masa tu kitorang dah habis makan. lepastu boleh tak dia hempas hempas barang. sudu garpu kot. bukan hempas barang je. pintu kitchen tu pon dia boleh hempas gak. haih. sabar je lah.

ish, nama je restoran franchise. tapi service cam haram. baiklah kitorang makan dekat padang tu ha, servis konfem tip top walaupun aircond semulajadi je. murah pon murah. sedap pon sedap. kenyang pon kenyang. takdelah nak mematikan selera makan kitorang. makin bertambah mungkin.

okay, sambung cerita. lepas kitorang habis bayar tu, nurul cakaplah dekat cashier yang merangkap waitress yang serve kitorang tu yang service Rasamas teruk. pastu muka dia dah macam serba salah dan terus mintak maaf. pastu dia boleh pulak sambung cerita yang supervisor ni buang borang feedback yang orang tulis lepas baca. macam siot tak? apa punya supervisor lah dia tu. tak paham betul. kot ye kau penat tak payah lah buat perangai mintak merantau tu kan. sekali aku merantaukan kau betul betul baru tahu. nasib baik ilmu persilatan aku tak sampai tahap merantau warriors tu. konfemlah supervisor tu tak disukai staff dia. kalau tak, takkan lah staff dia boleh cerita macam tu kat kitorang kan. baik lah kau duduk dekat hutan je wahai cik supervisor muka mintak pelempang. kawan dengan haiwan je. sah sah dorang tak sakit hati dengan kau.

sumpah ni kali pertama dan terakhir kitorang makan dekat Rasamas Sri Serdang!

*balik bilik je ada peristiwa sedih berlaku. haih. sangat sedih. tak sangka boleh pulak jadi macam tu. :((

2 comments:

Kapten Luffy said...

aha. supervisor tu memang pekerja bermasalah kot

cik peah said...

itulah. aku pon rasa itu macam juga!