entri ini adalah kesinambungan daripada entri lepas. memandangkan selama ini aku tak pernah ada azam untuk memulakan tahun baru, maka dengan ini saya ingin mengumumkan senarai azam saya pada tahun ini. amacam? ada gaya penyimpan mohor besar raja raja bercakap tak? agak agak boleh ganti pakcik mohor tu tak? haa..nilah azam tahun baru aku yang pertama. nak menggantikan tempat pakcik tu. yela aku tengok dia nak cakap pon macam dah tak larat kan. baik aku bantu dengan menggantikan tempat pakcik tu. kesian dia kan.
hahahah. boleh la pulak nak ganti pakcik tu kan. kalau boleh pon aku taknak lah. tak thrill lah kerja macam tu. takde cabaran langsung. eceh. macam lah kau tu seorang yang suka kan cabaran. buat final year project pon dah merungut rungut bersungut sungut. ini kan pulak nak kerja yang lebih mencabar. citt poodah.
eeh dah melencong ke tempat lain pulak aku ni. haih inilah jadinya kalau orang yang banyak cakap. asalnya nak pergi pasar tapi dia melencong pergi makan mcD dulu pastu pergi ngumpat dekat rumah kak senah barulah pergi pasar. paham tak? tak paham pon buat buat paham jelah ye.
okay kembali kepada tujuan asal setelah puas merapu dan mengarut. hm ini adalah azam tahun baru aku:
- mahu bergraduasi dengan pointer yang gemilang terbilang dan cemerlang.
- mahu mengurangkan bercakap supaya tiada lagi orang sakit hati dengan aku. diam itu lebih baik kan.
- mahu mengurangkan berat badan sekurang kurangnya 5kg dan sebanyak banyak nya 10kg. *macam lah boleh. heh*
- mahu mengurangkan waktu tidur @ berjaga selepas subuh. *tidur lepas subuh menutup pintu rezeki. semua orang pon tahu kan*
- mahu belajar masak. *ini sangat penting sebagai persediaan awal untuk berkahwin. ehe*
- mahu mendapatkan pekerjaan yang boleh menjamin masa depan diri sendiri dan keluarga.
- mahu mengumpulkan duit untuk membeli barangan idaman seperti kamera slr *lama dah nak beli tapi duit takde* dan juga kereta *walaupun tak berani lagi drive. heh*
- mahu membuang sifat malas yang teramat sangat supaya kesemua azam di atas dapat dicapai dengan jayanya. yeaaaahhh! *inilah azam terpenting sekali yang perlu dicapai aka main goal*
*macam biasa, kalau agak agak tak rajin nak baca skrol je sampai bawah. hehehe. apa kejadahlah, baik tak payah baca kan. ha, tak payah bacalah kalau camtu. hahaha.
No comments:
Post a Comment