Tuesday, January 5, 2010

potong! potong!

sah cukup bulan ni je aku potong kau maxis berokband. aku nak carik berok peliharaan baru pulak yang mungkin jauh lebih baik dari kau ataupun lebih kurang hampeh je ngan kau. harapnya better la kan. aku mungkin nak beralih arah pada beruk kepunyaan celcom itu. itu pon mungkin setelah berfikir sebanyak 1o, 20 kali. sebab beroknya wajib dibeli. tak seperti kau yang hanya di sewa.

haih. memang teruk betul lah dorang ni. elok elok sebelum ni kalau lebih limit pon dia slow down je speed. ni sekarang dia dah stop kan terus. kalau nak gak kena beli 1GB for rm 28. pehh gila lah kau kan maxis. nak buat untung lebih je kan. mentang mentang lah kau punye package yang 6GB tu tak laku, kau buat strategi macam ni pulak. kau memang pandai lah ananda krishnan. wa tabik spring lah! heh. hampeh!

so, buat sementara ni aku tak dapat nak online seperti sediakala. ohh. sangat menyedihkan kerana aku tak dapat nak carik information untuk thesis aku ni. ceh, time time ni baru terhegeh hegeh nak buat kan. sebelum ni kau punye berpoye poye main facebook je. hahaha. sebenarnya sedih sebab tak dapat bercinta kat ym ngn facebook. padan muka kau cik peah. tu lah main je kerja. kan dah. kawos! *kawos = padan muka*

hm, lepas ni aku tak tahu lah nak pakai berok apa. siapa siapa boleh bagi cadangan tak? tak kesah lah speed dia tak laju asalkan boleh access internet dengan harga yang sangat berpatutan. heh. ada ke berok macam tu? kalau ada boleh lag promote kat aku kan. mana tahu korang boleh di ambil bekerja sebagai ketua promoter untuk berok itu kan? hahaha. adalah pulak jawatan ketua promoter. entah aku tak tahu.

eeh. sudah lah. banyak pulak aku membebel kat sini. itulah. ini semuanya si berok tu punya pasal. tak pasal pasal aku dah terbebel. okaylah baik aku stop sekarang daripada tak berhenti henti nanti. okay. see ya!

3 comments:

Misz SeroJa said...

ko mmg suka ckp pon..
so jgn stop..heeeeee

i'msosupernotcool said...

name pon berok kan?
haha

cik peah said...

misz seroja: hahaha...terima kasih kerana mensupport saya..:P

i'msosupernotcool: itula pasal. lain kali nak bela binatang lain la. haha.