fuhh!akhirnya tamat sudah sesi menembak petang tadi. memang agak sukar untuk menembak tepat pada sasaran. namun aku gagahi jua diriku yang memang semulajadi gagah ini. aku harap segala tembakan aku tadi menepati sasaran walaupun aku sedar persiapanku tidak sesempurna orang lain.
tapi apakan daya aku terpaksa. terpaksa menghadapinya. terpaksa menempuhinya. seperti orang lain. rakan-rakan seperjuangan yang lain. mereka juga aku lihat sungguh begitu tekun menembak dengan badan yang terketar-ketar. mungkin gementar dan mungkin juga kesejukan disebabkan suhu sekeliling yang hampir menyamai suhu di antartika.
aku tak pasti tentang itu. dan aku tidak mahu tahu tentang itu. tapi aku pasti aku menggeletar kerana gementar. gementar dengan tembakan aku. tak ku yakin boleh mengenai tepat pada semua sasarannya. namun apa boleh buat. semuanya sudah berlalu dan berakhir. aku hanya mampu berdoa dan tawakal. agar tembakan aku itu tidak terlalu sumbang. lantas membolehkan aku lulus dengan cemerlangnya di dalam subjek STATISTICS!!

*ohh aku sangat bencikan statistik, matematik dan segala macam yang ada tik kat belakangnya kecuali stik. hahahah. sebab aku memang dilahirkan bukan dengan otak kalkulator macam orang lain yang terer gile matematik. cemburunya.
1 comment:
hehe..thanks..
tapi lepas ni tak perlu menembak lagi..
kena blaja memantapkan skill menggoreng plak..:P
Post a Comment