sebenarnya aku nak post entri ni semalam tapi tak sempat sebab aku tak jumpa lirik lagu ni ngan terpaksa study maut untuk paper harini. lagu ni aku jumpa kelmarin masa nga godek-godek you tube. ingat nak upload video dia tapi tak kan dapat punye sebab tahap kelajuan broadband aku kat upm ni lebih slow dari siput H1N1. HOH! bile la maxis ni nak upgrade service dia. bayar sikit punya mahal. tapi lembab tak hengat.
oh sudah-sudah mari sama-sama kita menghayati lirik lagu terima kasih tuhan dari mawaddah. lirik ni memang menyentuh hati. ditambah pula ngan muzik dia yang meruntun jiwa. rasa diri ini terhina kerana selalu lupakanNya. Astaghfirullahala'zim...

Terima kasih wahai Tuhanku
yang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya
membenarkan aku menghadap-Mu
Tuhan yang Maha Pengasih
dan Maha Penyayang
Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
mengizinkan ku minta pada-Mu
memuja memuji sepenuh hatiku
memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi
Tapi aku khuatir ketika menghadap-Mu
tidak pula pandai beradab dengan-Mu
aku mula bimbang
kalau aku derhaka dalam ketaatan
bukan rahmat dari-Mu yang ku dapat
tapi ku kan dapat kemarahan-Mu
Ya Rabbal 'Aalamin
Maafkanlah aku.
No comments:
Post a Comment