Friday, March 5, 2010

haiwan peliharaan

tadi petang pergi jalan jalan menghilangkan segala tekanan dengan menyumbangkan suara di dalam bilik yang memuatkan seramai 8 orang selama 3 jam lamanya dengan 3 orang kawan yang lain. hm, puas hati kerana berjaya mengeluarkan sedikit tekanan tadi. sedikit sahaja? takpelah baik ada daripada tak ada kan.

kebelakangan ni memang macam macam benda yang aku fikirkan. yang penting ada yang tak penting pon ada. tapi macam lebih kepada tak penting. memang tak berbaloi stress sebab benda tak penting kan? tapi apa daya aku tak boleh nak kawal. dah banyak kali aku cuba tak fikirkan. tapi tak boleh. haish.

demi untuk menghilangkan lagi stress, aku dah beli sejenis haiwan yang boleh di pelihara di dalam bilik. sekarang ni dia masih comel dan kecik je. tak sabar nak tunggu dia membesar dengan sihat. aku dah sediakan dia makanan yang lebih dari cukup. harap harap nya membesar bagaikan juara lah hendaknya.

aku dah bagi nama dekat dia. nama dia lulu. hm, okay tak? ke macam gedik sangat? takpelah dia yang gedik bukan aku pon. hahaha. semoga lulu berjaya menghiburkan diri ini walaupun dia tak boleh bercakap tapi aku boleh lihat dia hari hari. mungkin kecomelannya akan menawan hati ku dan membuatkan aku lupa dengan segala perkara yang tak penting tu kan. harapnya begitulah.

*nanti lulu dah membesar bagaikan juara aku upload gambar dia okay. mesti korang pon akan tertawan dengan ke'cute'an dia. auw~

1 comment:

Misz SeroJa said...

wah3..
dah ada binatang peliharaan nampak..=)