orang selalu kata, dont judge a book by its cover. sebab apa? sebab kulit buku tu tak menggambarkan jalan ceritanya. kadang kadang kita tengok tajuk cerita tu macam best je. lepas tu gambar dan grafik dekat cover buku tu macam menarik je. bila baca sinopsis pon macam best je. ingat ye sinopsis pon kadang kadang tak membantu untuk mengetahui samada keseluruhan cerita tu best ke tak. bila kita dah beli buku tu. balik rumah mesti dah tak sabar nak baca. tapi bila bukak je baca 2, 3 muka surat rupa rupanya tak best pon. macam korang baca blog orang lah. tengok tajuk entri macam best je kan. sekali bila baca, heh tak best pon. lebih lebih lagi blog aku. sebab kebanyakannya rungutan dan bebelan manjang. ehe.
tapi tapi tapi. dalam keadaan tertentu yang dibenarkan, orang akan judge berdasarkan cover. eh, aku maksudkan orang akan judge kita berdasarkan appearance. atau erti kata lain first impression. first impression ni sangat sangat penting. lagi lagi masa interview. itu pasal lah kita di galakkan memakai pakaian yang semenggah cantik cantik. tapi jangan pulak over sampai pakai baju kurung macam nak nikah pulak. berlabuci sequin bagai. dan jangan terlalu selekeh. pakai baju kurung dah lusuh dan pakai selipar tandas. konfem reject weh. peh, bila sebut pasal interview kepala lutut aku ni menggigil. sebab aku akan lalui saat saat yang mendebarkan itu tak lama lagi. oh. macam mana ni. rasa macam tak prepare pulak nak kerja. adeh.
dalam banyak banyak keadaan ini, aku paling tak suka bila orang judge aku macam dia dah lama kenal aku padahal tak pernah pon lepak sama sama berborak. aku tak kesah kau nak judge aku kalau kau memang kenal aku siapa. aku tak kesah kau nak cakap aku dah berubah ke apa kalau kau memang tahu perangai aku dulu macam mana. ni baru tengok profile picture aku dah cakap aku berubah. dulu lain. sekarang dah lain. ye, memang pemakaian aku dulu agak lain dari sekarang. tapi yang lain tu bila aku dekat sekolah. dekat luar aku still macam sekarang ni. hm, manusia kadang kadang cakap ikut sedap gigi je. padahal tak kenal hati budi aku lagi dah kata macam macam. lantak lah. yang penting aku tahu siapa aku. keluarga aku tahu perangai aku. member kenal aku macam mana. thats it. itu sahaja.
*tak mahu emo emo walaupun hati sedang runsing dan gelisah.
**mintak mintak lah buku nota aku yang hilang tu jumpa balik. kawan kawan tolonglah doakan saya jumpa balik buku nota tu. penting sangat. T.T
2 comments:
ade ak kesah??
ahaha~
rilex sudey fa..
beselaa..org bole ckp mcm2..
ak sokong ko dri tpi dpn blkg n dpn!!
haa~boleh??
boleh jewp. kalau u semuanyew bolerh. takdew yunk tak bolerh. hahahaha. gila tergeliat lidah aku nak nyebot nyewwwww.
Post a Comment