ini adalah hasil google dengan menggunakan keyword entri aku. ish ish ish. apalah nak jadi dengan depa ni.
hai semua! oh. sejak dua menjak ni aku rasa kemalasan aku terhadap blogging makin menjadi jadi. kalau dulu sesibuk mana pon, aku masih nak update blog ni. yela. masa tu blogging sebulan pon tak sampai. tu yang macam teruja sampai hari hari pon nak blogging. tapi bila dah nak masuk bulan keempat ni mood tu tak mari lah. kadang kadang tu dah tulis sikit tapi padam balik dan langsung tak jadi nak tulis.
haih. entah apa apa je. nampak sangatlah aku ni memang hangat hangat tahi ayam punya orang. siap ada yang unfollow aku sebab seminggu tak berupdate. haha. tak apelah. nak follow boleh tak mahu pon tak apa. akak tak paksa dik nun. ceh dah macam azwan ali pulak.
takpe takpe itu semua tak penting. yang penting sekarang dah masuk bulan 3. bila dah bulan 3 menandakan keberadaan aku di sini pon sudah tak lama. tinggal beberapa minggu sahaja. tapi aku macam tak ada perasaan sangat. mungkin perasaan terlalu gembira dah nak habis belajar bercampur gaul sebati dengan kecuakan untuk mendapatkan pekerjaan kelak. ditambah dengan cerita cerita pensyarah aku yang konon nya sekarang ni susah untuk mendapatkan pekerjaan di dalam bidang yang aku ambil ni kalau tak PROAKTIF. U MUST UPGRADE YOURSELF! bla. bla. bla. bla.
huh. serius letih aku nak mendengarnya. tak apa lah. kalau ada rezeki kerja apa apa pon boleh. asal kan halal. eh bunyi macam tak ada cita cita je kan. memang pon. aku pon tak tahu apa cita cita aku sebenarnya. haih. kawan kawan tolong jangan ikot perangai buruk aku ni okay! apa nak jadi entah dengan aku ni. lawyer? doktor? ahli musik? oh no no no. aku cuma nak jadi hamba Allah yang taat dan bertaqwa serta anak dan isteri yang solehah. cit.
hm. macam biasa entri aku mesti entri bebelan dan rungutan yang tak de kena mengena ngan korang pon. tapi takpelah sekadar nak membersihkan habuk habuk dan sawang sawang di blog aku ni aje. nak buat entri berinformasi, malas nak fikir walaupun ada. hahaha. aku memang seorang yang pemalas. harap maklum.
*okay mahu sambung buat kerja yang tertangguh. esok nak hantar malam ni baru nak siapkan semua. itu lah dia cik peah.
2 comments:
eh. yang unfollow ko tu aku kot
aku nak buang semua blog yang aku follow
hehe
hahaha. memang pon. tapi gua takde hal orang nak follow ke unfollow. ingat dah xsinggah. yela. sekarang ni gila malas nak blogging.
Post a Comment