dua kertas peperiksaan untuk hari ini dah lepas. tinggal satu je lagi esok. tapi untuk minggu ini sahaja. minggu depan ada lagi satu. oh sungguh azab dan seksa. tak dapat di gambarkan dengan kata kata. hanya cuaca yang sedang hujan lebat ini sahaja yang mampu menggambarkan perasaan ku tika ini. seolah olah memahami isi hatiku yang menangis kepiluan kerana tidak dapat menjawab soalan dengan senang.
ceh. ayat nak jiwang saje. kalau dah baca pon tak betol betol guano nak jawab dengan senang kan? mestilah jawab dengan susah payah akibat tak ingat apa yang telah di baca. tak apa lah. redha saja. dah itu yang kau usahakan jangan diharap hasilnya baik. tentu sebegitu juga hasilnya nanti. terlajak perahu boleh diundur. terlajak masa kita gunalah machine back in the future. hahaha. okay okay. disebabkan hujan terlalu lebat di luar, jadi perkara yang paling seronok dilakukan pada waktu waktu begini adalah TIDUR! peh gila syok. dah lama tak menikmati saat saat begini. okay lah. gud nite!
*gila tak sedar diri besok ada test pagi pagi buta masih ada hati nak tidur.
**tajuk entri tak sepadan langsung dengan isi nya. bak kata pepatah mat saleh-dont judge a book by its cover. bak kata pepatah cik peah-dont judge the content by its title. haha. apa apa ajalah kau.
No comments:
Post a Comment