Thursday, February 25, 2010

salam maulidur rasul

Ya Rasulullah

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerana pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku kucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma solli 'alaa Muhammad
Ya Robbi solli 'alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku dakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Ku tahu cintamu kepada umat (Umati umati)
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

setiap kali aku dengar lagu ni mesti tersentuh hati aku. mesti rasa macam nak menitiskan air mata. siapa yang tahu tentang kisah saat saat kewafatan nabi mesti akan rasa sedih. bayangkanlah saat saat akhir hayat nabi pon masih lagi terkenangkan ummatnya. betapa cintanya nabi terhadap ummatnya. sedangkan kita ni? pernah tak terlintas di fikiran untuk mencintai nabi seperti mana nabi mencintai kita? mampu kah kita? betapa kita ni manusia yang sangat lemah. termasuklah diri aku sendiri. lebih cintakan dunia dari Allah dan rasul. memang manusia sering alpa. insafnya hanya sementara.

esok adalah 12 Rabiulawal, hari keputeraan nabi muhammad S.A.W. ada pendapat menyambut hari keputeraan nabi ini adalah bid'ah sebab ia bukanlah tergolong dalam amalan yang di amalkan nabi. tapi sesetengah pendapat mengatakan kita sambut untuk memperingati nabi muhammad dan menambahkan lagi rasa cinta terhadapnya. selain itu juga untuk mengenang perjuangan nabi untuk menegakkan agama Allah. sesungguhnya nabi muhammad adalah orang yang paling mulia dan merupakan orang yang paling berpengaruh di muka bumi. salam maulidur rasul. marilah sama sama kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]


Sunday, February 21, 2010

salahkah aku?


pernah tak korang rasa macam apa yang aku rasa sekarang? eh korang bukannya tahu apa yang aku sedang rasa sekarang kan. rasa oren kah. rasa strawberi kah. rasa epal kah. korang memang tak mampu nak rasa apa aku rasa. lain lah kalau korang jalan jalan tengah padang tiba tiba kena sambar petir. bangun bangun je korang ada kuasa. boleh baca pemikiran orang. boleh baca hati orang. lepastu boleh lah korang join X-men. jadi orang mutant. pehh. best tu. hahaha. aku sudah start mengarut.

okay okay. sebenarnya aku rasa bersalah. bersalah dengan orang yang disayangi. aku rasa aku dah terkecilkan hati dia walaupun secara fizikalnya saiz hati dia masih sama. tapi batiniahnya perasaan di dalam hati itu mengecil. faham tak? mestilah korang faham. aku je yang putar belitkan ayat kasi korang tak faham tapi sebenarnya faham jugak kan. eh, tengok cakap pusing pusing belit belit lagi. maklum lah dalam otak ni macam macam benda ada. sampai nak luahkan perasaan pon berbelit belit.

haih, aku sangat tak suka bila keadaan macam ni terjadi. tapi aku tak tahu macam mana nak pulihkan keadaan jadi seperti sediakala sebab dia macam nak mengelakkan diri dari aku. bila aku tanya, merajuk ke? dia cakap, tak lah. okay aje. lepastu diam. senyap sunyi. ha, macam mana aku nak memperbaiki keadaan kalau dah macam tu gayanya. lepas tu taknak respon dengan aku. sedih tahu. kalau betul dia merajuk dengan aku cakap jela. apa salahnya. marah dekat aku? luahkan. baru aku tahu mana silapnya aku. itulah namanya kawan. sahabat dunia akhirat. sentiasa mengingatkan sahabatnya yang lain. kan kan kan.

takpelah. andai itu salah aku. maafkan aku. sesungguhnya aku hanya manusia lemah yang sering melakukan kekhilafan. andainya kau tahu, tiada terdetik langsung di benak hatiku untuk melukai mu. adoi. macam jiwang lah pulak. maluuu. hahaha.

*oh bagusnya cikpeah update blog sedangkan beberapa puluh mukasurat thesis perlu disiapkan. ayuh!

Saturday, February 20, 2010

setelah

fuhh. fuhh. fuhh. banyak betul habuk dan sawang dekat blog aku ni. setelah sekian lama aku tak mengemaskini blog aku ni. eceh. padahal baru seminggu kot. sebenarnya aku nak sangat update tapi entahlah. otak aku ni seakan akan berat lagi bebal untuk memikirkan perkara yang nak aku tulis. mungkin terbeban dengan assignment yang berlambak.

ah, sudahlah kalau nak cerita pasal kerja aku memang tak kan habislah. lagipon aku rasa korang pon mesti muak lagi jelak bila baca pasal rungutan aku kan. asyik merungut je macam mana nak siap kerja tu. dah nama pon belajar kan. benda benda macam ni la yang mungkin akan aku rindu kan nanti bila dah kerja. orang cakap dunia pekerjaan lebih memeritkan dari dunia pengajian. tapi entah kenapa aku lagi tak sabar nak bekerja kot. mungkin aku belum pernah rasa. itu yang macam teruja. nanti dah kerja mesti lagi panjang rungutan aku ni. hehe. manusia biasalah. ada sahaja yang tak kena. tak pernah rasa puas dan cukup. eh ada kaitan ke? hahah. aku dah mula merepek meraban tanpa ada sebarang point yang nak disampaikan.

alololo cutenye baby ni. sian dia penat ek.

okay, point aku adalah aku penat. penat nak fikirkan pasal projek aku. penat nak fikir pasal thesis aku. penat nak fikir test 2 nanti. penat nak fikir presentation untuk projek aku nanti. penat nak fikir aku bakal bekerja apa nanti. ohhh. betapa penatnya hidup sebagai pelajar tahun akhir ni. apa yang boleh aku buat adalah bersabar dan hadapi dengan senyuman. eh, penat penat boleh lagi ke nak senyum? boleh. tak boleh pon buat buat boleh sahaja.

heh, gila sampah lah entri aku kali ini. entah apa apa jela. takpelah. janji aku boleh meluahkan segala yang terbuku dalam hati dekat sini. walau apa orang nak cakap. aku tak peduli. aku tak ambil hati. okay, makin lama aku makin mengarut. baik aku stop dekat sini. babai.

*masa masa macam ni lah nak demam. mungkin akibat daripada cuaca yang panas terik. makin hitam aku dibuatnya kalau berjalan tengah panas tu.

**marilah sama sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah pakcik aku yang baru menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi tadi.kerana demam virus. semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang orang yang beriman. aminn.


Sunday, February 14, 2010

pung pang. pung pang.

tu dia. bunyi mercun papan jiran depan rumah aku ni. bukan main lagi dia bakar mercun papan. entah berapa papan pon aku tak tahu lah. sakan gila bunyi dia. banyak sangat kot hantu yang dok bertenggek depan rumah dia tu. yela. kalau tak silap aku tujuan dorang bakar mercun papan tu sebab nak halau hantu. almaklumlah besok kan raya dorang. mesti la nak bagi rumah clear dari sebarang hantu. hehehe. pandai pandailah kau ni cik peah.

hm, sebut pasal tahun baru cina ni aku teringat yang aku pernah berdiskusi dengan membe aku a.k.a nurul tentang hukum kita wish dekat masyarakat cina happy chinese new year. sebenarnya kitorang tak berdiskus pasal chinese new year tapi pasal christmas dengan happy new year. but it still same right. oh tiba tiba speaking london. hahaha.

okay, kembali ke pangkal jalan. eh silap pangkal topik. ni hasil daripada perbincangan kitorang. nurul pon ada baca beberapa artikel mengenai perkara ni dan aku pon ada google sikit. hukumnya adalah haram kerana kita seolah olah membenarkan perayaan atau pun amalan yang dah tentu tentu tidak dituntut syarak. untuk lebih jelas lagi, ni dia aku tolong copy pastekan daripada artikel yang aku google.

mengucapkan selamat kepada orang-orang Kafir berkenaan dengan perayaan hari-hari besar keagamaan mereka haram dan posisinya demikian, kerana hal itu mengandungi persetujuan terhadap syiar-syiar kekufuran yang mereka lakukan dan meridhai hal itu dilakukan mereka sekalipun dirinya sendiri tidak rela terhadap kekufuran itu, akan tetapi adalah HARAM bagi seorang Muslim meridhai syiar-syiar kekufuran atau mengucapkan selamat kepada orang lain berkenaan dengannya karena Allah Taala tidak meridhai hal itu, sebagaimana dalam firman-Nya. [http://malay.bismikaallahuma.org/hukum-ucapan-merry-christmas-selamat-hari-natal/]
maka, dengan ini kita tak boleh lah sebarang sebarang nak wish perayaan besar non muslim. sebab hukumnya ternyata haram. tapi ada jugak yang menyatakan hukum tersebut tak haram selagi kita tak menyertai perayaan tu. kita mengucapkan untuk mengekalkan kesejahteraan sesama masyarakat. wallahua'lam. langkah yang terbaik adalah dengan tidak mengucapkan apa apa.

tapi kalau kita tengok orang orang politik ataupun adun kawasan @ menteri besar mesti ada kain rentang wish perayaan non muslim. macam mana tu ek. hmm, entahlah. mungkin dorang guna kan pendapat untuk menjaga kesejahteraan kot. aku pon tak tahu lah. tapi yang pasti sesiapa yang sambut valentine tu confirm haram. sejarah dia pon kita dah tahu kan. buat apa nak sambut hari kejatuhan islam sendiri. nauzubillah. lagipun bukan hari tu je yang kita kena tunjuk kasih sayang. hari hari pon kena gak lah kan. baru hubungan boleh kekal bahagia selamanya. macam i dengan boifren i. auuww~ gedik syal. hahaha,

*akhirnya dapat pulang ke rumah setelah sebulan terpaksa terkurung di kolej ketika hari minggu melakukan kerja kerja berfaedah.

**harap harap dapat menyiapkan assignment tepat pada aktunya. sebelum lebih baik.


Friday, February 12, 2010

merentas filem filem

harini dengan tak sengaja termovie marathon. mula mula cerita percy jackson and the lightning thief. movie ni based on novel. aku pon tak pernah tahu akan kewujudan novel ni. tadi search barulah tahu dah ada beberapa siri novel ni. heh. nampak sangat lah 'rajin' membaca. eh tak lah. aku tak suka baca cerita kanak-kanak ni. hahaha. mungkin lepas ni akan ada sambungan untuk cerita ni. ala ala macam harry potter jugaklah. kan banyak siri. pengarah pon sama kot. movie ni best lah jugak. berbaloi untuk ditonton. tapi of course lah cerita dia mengarut dan tak masuk akal. nama pon cerita fantasy kan. tapi stil berbaloi-baloi. percy jackson cute sekali okay. tapi bila tengok lama lama lah. masa mula mula tu macam biasa. ehe. okay, next movie please. tak boleh nak cerita lebih lebih nanti dah tak best nak tengok kan.

movie yang seterusnya ialah valentine's day movie. cerita ni pon best jugak. sangat sweet. sweet like candy. hahaha. kalau tengok daripada poster pon boleh tahu cerita ni ada banyak kisah. alal ala macam movie cinta dengan sepi lah. tapi ni lagi banyak story. tapi seriously cerita ni best. bukan semata mata pasal cinta couple couple je. ada gak pasal mother-son relationship, husband-wife relationship and bestfriend relationship yang lama lama jadi love relationship.

hm, boleh ke bestfriend bercinta ek? i'm wondering jugak. bagi aku macam susah sebab kita dah biasa orang tu jadi kawan yang kita boleh cakap apa sahaja yang kita suka. nanti dah couple mesti kita jadi orang lain yang kita sendiri pon takkan suka. tapi itu bagi aku lah. mungkin korang boleh terima kan. setiap orang kan ada pendapat masing masing. tapi belum cuba pon belum tahu kan. apa apa pon siapa siapa yang suka cerita romantic comedy dan ada lah scene scene yang touching boleh lah tengok. ada jugaklah scene yang buat aku hampir menitiskan air mata aku. hehehe. alamak, kantoi sentimental pulak.

*oh! esok kena bangun awal buat lab work. due date makin hamoir. nee noo. nee noo.

Tuesday, February 9, 2010

ayam berdarah ke berdara?

gambar diambil ketika peristiwa berdarah tempoh hari. baru teringat nak upload. sebenarnya tak tahu nak update pasal apa. semuanya tengah tak kena. kepala serabut lagi ribut. banyak benda nak kena fikirkan. maka, inilah hasilnya. okaylah itu sahaja untuk hari ini.

*hmm, ayam ada dara tak agak2?

Monday, February 8, 2010

3months, 3weeks, 3days


oh. sangat cantik. tahniah cik peah kerana berjaya berblogging selama 3 bulan, 3 minggu dan 3 hari. sesungguhnya kau bukan lah keras keras tahi kambing (hangat hangat tahi ayam) punya orang. so keep it up okay walaupun kebanyakan entri kau merepek meraban, mengarut merapu. tapi aku peduli apa. blog aku. aku punya suka lah kan. hehehe. kalau korang nak baca okay aje. tak mahu pon tak mengapa. saya tak paksa. eh saya? baik lah pulak kan. ehe.

*actually baru perasan tadi masa scroll blog ke bawah. dan nampak dekat daisy path umur blog aku.

lawatan sambil belajar

kalau ada orang nak masuk meminang buat muka gini tanda setuju boleh?

yeay! besok ada lawatan sambil belajar di serting hilir. bestnya. sangat excited nih. rasa macam tak boleh tidur je walaupon tahu besok kena bangun pagi pagi buta selepas subuh. besok nak pergi jalan jalan bersama rakan rakan dan taulan. seronok bukan? <-- ini semua dusta belaka. jangan percaya!

ini adalah perasaan yang sebenar:

nyumm! sedap laptop ni. want some?

oh. besok kena pergi serting hilir. satu hari suntuk. mungkin lebih banyak menghabiskan masa didalam bas daripada melawat tempat tempat yang tertentu. sebab, perjalanan memakan masa selama 3 jam. gila lama dol! konfem lah besok aku tidur, jaga, tidur, jaga sampai lah tiba ke destinasi tercinta. cis! aku dah dapat bayangkan kebusukan tempat tu nanti. mintak mintak lah besok sampai sana tiba tiba hidung tersumbat. so tak boleh nak bau telor tembelang.

tahu tak kenapa bau telor tembelang? tak tahu? meh aku bagitahu. bau yang macam itu adalah bau POME. palm oil mill effluent. korang pernah bau kelapa sawit tak? siapa yang rumah dekat dekat kilang kelapa sawit mesti dah boleh bayangkan. apa kejadah lah kena pergi tempat macam tu kan? dah aku ambil module environment. so hadaplah bau bauan yang harum semerbak. yess! aku suka. buat otak aku makin genius. diri aku jadi rajin. so siapa siapa nak jadi macam aku boleh lah pergi kat loji kumbahan, lepastu tarik nafas dalam dalam. best kan?

Friday, February 5, 2010

kau buat jantungku berdetak laju


setiap kali aku fikirkan kau,
dup dap dup dap.
laju detakannya.
sangat laju.

setiap kali aku fikirkan kau,
otak aku ligat.
ligat berfikir.
ligat berputar.

setiap kali aku fikirkan kau,
jiwa aku resah.
jiwa aku memberontak.
sungguh gelisah.
sumpah, aku tak selesa.

setiap kali aku fikirkan kau,
jari jemari aku biru.
sejuk, dingin aku rasakan.
seperti di kutub utara perasaannya.

sangat bencikan perasaan ini.
perasaan yang sentiasa menjerut tangkai hatiku.
mahu gugur rasanya jantung ini.

oh, kerja sekolah yang bertimbun.
kau telah memenuhi setiap genap ruang pemikiran aku.
alangkah indah kalau hidup tiada kerja sekolah.
malangnya kalau itu tidak pernah terjadi.
jom buat kerja sekolah!

Wednesday, February 3, 2010

saya menang award!


pertama sekali syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya saya masih bernafas pada hari ini. terima kasih diucapkan kepada ibu bapa, kawan kawan dan mereka yang banyak memberi saya sokongan dan dokongan selama penglibatan saya di dalam arena blogging ini. penghargaan tak terhingga kepada cik buzzryana kerana telah menganugerahkan saya award ini. oh thank you very much. ceh, macam lah menang award ABPBH. kecoh je.

ehe, takdelah, award ni telah diberikan oleh buzzryana badri. okay tanpa buang masa mari kita senaraikan 5 fakta menarik mengenai si pemberi award riben pink ini.
  • beliau merupakan rakan sekolah ku ketika ku menuntut di salah sebuah sekolah asrama yang terletak di subang jaya.
  • pernah sekelas dengan beliau ketika tingkatan 4.
  • merupakan seorang yang kuat bercakap. mungkin beliau mampu untuk mencipta rekod bercakap tanpa henti. *hahaha. jangan marah ha*
  • suka mengeja namanya seperti ini BUZZryana. nama sebenar BAZryana. nampak lebih glamour kan? *hehehehe*
  • sangat excited apabila gembira sehingga matanya tak nampak. :P

10 fakta atau hobi mengenai diri sendiri?? adeh, ini yang den malas ni. takpe takpe kita buat je.
  • anak ketiga daripada 4.
  • lahir pada bulan september.
  • pemalas *ni korang tahu kot sebab entri aku banyak cerita pasal kemalasan aku kan*
  • sudah berada di tahun akhir pengajian. *tak sabar nak grad*
  • sedang berjinak jinak mempelajari sejenis alat muzik.
  • seorang yang gila gila kalau datang sawannya.
  • sangat pemalu dengan orang yang tak dikenali.
  • sangat tak malu dengan orang yang sudah lama dikenali. lebih lebih dengan teman teman yang rapat.
  • tidak berapa gemar dengan warna pink walaupun mengaku pink itu cantik.
  • hoh, yang last sekali. apa ek. ha, suka melayari jalur lebar. kalau tak takde lah muka aku je yang asyik online kan.
insan insan yang akan ditag merangkap penerima award ini ialah adalah *nak buat boleh tak mahu pon tak mengapa*:
  • nurul hidayah
  • nur ain zamzuri
  • nur amelia azreen *ko kena buat. hehhee*
  • jaujet
  • pengantin baru yang tal berapa baru, maslina
  • jiehagee
  • waniey sakura
  • kak dilla
  • dilakotkedila
  • meisz ninie yang rajin visit blog. *wink2*
itu sahaja untuk hari ini. sekian terima kasih. sehingga berjumpa lagi sekiranya ada kelapangan!


Tuesday, February 2, 2010

rumah terbakar panggil bomba, hati terbakar?


ish apa pulak yang terbakar bakar ni kan. marahkan siapa pulak cikpeah ni? macam macam hal betul lah cikpeah ni. hehehe. sebenarnya takde siapa pon yang terbakar hati. muka yang terbakar adalah. eh, bukan terbakar yang melecur lecur macam kena kat jari aku masa buat lab work dolu tuh. ni sunburn lah. sunburn sebab swimming petang tadi. mana tak kena sunburn. kan petang tadi panas terik. lepastu pandai tak pakai sunblock. confirm lah muka dah macam kena sapu arang. dah lah hitam. makin hitam pulak lah muka aku ni. takpe takpe barulah HOT kalau macam tu kan. boleh? hahahaha.

hm, masuk harini ada lah beberapa kali kitorang pergi menjalani aktiviti sihat dipetang hari dengan berenang di kompleks renang dekat U aku ni. setakat ni aku dah berjaya berenang sikit tapi dengan tahan nafas. takpelah. kira satu pencapaian jugak lah tu kan daripada tak reti terapungkan badan langsung. lepas ni nak kena belajar berenang dengan handal sekali. mana tahu silap haribulan boleh wakil Malaysia pulak kan. peh, berangan pulak kau cikpeah.

haih, dah final sem barulah jejak kaki kat kompleks renang tu. sem lepas kecoh je nak pergi. dah siap bawak semua peralatan tapi tak terjejak jejak pon kaki ni. yela. masa tu naik bas je. sekarang ni kawan kawan aku semuanya ada kereta masing masing. aku cuma menumpang je. ehe. terima kasih ye kawan kawan sebab bagi tumpang kenderaan anda semua. so takde masalah dan alasan lah untuk tak pergi kan. kalau ada maksudnya mood malas tengah bermaharajalela.

okay dekat sini aku ada sertakan link mengenai kelebihan berenang dan bla..bla..bla..cakap banyak pon tak guna. korang baca sendiri lah ye. membaca kan jambatan ilmu. lagipon kalau aku copy paste kang panjang pulak entri aku ni mesti korang malas nak baca kan. nak baca karutan aku pon dah malas. hahaha.*padahal malas nak copy paste dekat sini*
dah baca dah? bagus korang ni. macam ni lah. menyahut seruan kerajaan untuk membudayakan membaca. *bodek gile!*

Dalam islam pon menggalakkan kita berenang untuk menjaga kesihatan. jadi, marilah kita membudayakan berenang pulak. tapi masa berenang pakailah yang muslimah punya yang dah banyak jual sekarang ni. macam macam corak ado. renung-renungkan dan selamat beramal!