Sunday, February 21, 2010

salahkah aku?


pernah tak korang rasa macam apa yang aku rasa sekarang? eh korang bukannya tahu apa yang aku sedang rasa sekarang kan. rasa oren kah. rasa strawberi kah. rasa epal kah. korang memang tak mampu nak rasa apa aku rasa. lain lah kalau korang jalan jalan tengah padang tiba tiba kena sambar petir. bangun bangun je korang ada kuasa. boleh baca pemikiran orang. boleh baca hati orang. lepastu boleh lah korang join X-men. jadi orang mutant. pehh. best tu. hahaha. aku sudah start mengarut.

okay okay. sebenarnya aku rasa bersalah. bersalah dengan orang yang disayangi. aku rasa aku dah terkecilkan hati dia walaupun secara fizikalnya saiz hati dia masih sama. tapi batiniahnya perasaan di dalam hati itu mengecil. faham tak? mestilah korang faham. aku je yang putar belitkan ayat kasi korang tak faham tapi sebenarnya faham jugak kan. eh, tengok cakap pusing pusing belit belit lagi. maklum lah dalam otak ni macam macam benda ada. sampai nak luahkan perasaan pon berbelit belit.

haih, aku sangat tak suka bila keadaan macam ni terjadi. tapi aku tak tahu macam mana nak pulihkan keadaan jadi seperti sediakala sebab dia macam nak mengelakkan diri dari aku. bila aku tanya, merajuk ke? dia cakap, tak lah. okay aje. lepastu diam. senyap sunyi. ha, macam mana aku nak memperbaiki keadaan kalau dah macam tu gayanya. lepas tu taknak respon dengan aku. sedih tahu. kalau betul dia merajuk dengan aku cakap jela. apa salahnya. marah dekat aku? luahkan. baru aku tahu mana silapnya aku. itulah namanya kawan. sahabat dunia akhirat. sentiasa mengingatkan sahabatnya yang lain. kan kan kan.

takpelah. andai itu salah aku. maafkan aku. sesungguhnya aku hanya manusia lemah yang sering melakukan kekhilafan. andainya kau tahu, tiada terdetik langsung di benak hatiku untuk melukai mu. adoi. macam jiwang lah pulak. maluuu. hahaha.

*oh bagusnya cikpeah update blog sedangkan beberapa puluh mukasurat thesis perlu disiapkan. ayuh!

4 comments:

Dayu said...

betul...betul..berada dlm keadaan yg begini mmg sgt tak menyenangkan..
rasanya cara terbaik.. ckp je kat dia, apa yg kamu rasa
kata kamu tak selesa ngan keadaan skrg, kalau kamu yg salah, kamu tak tahu cara nak betulkan keadaan sbb kamu tak tahu punca dia...
kamu tak nak terus macma ni..so tolong bg kerjasama
kalau dia paham..ada lah respon nya nanti

cik peah said...

thanks for the advice. hm, saya dah cuba tapi dia yang tak mahu bagi kerjasama. macam mana. takpelah. bagi dia cool down dulu.

Ah Fatt said...

kalau dah tanya x nak jawab biar ajerlah

ko yg banyak pikir. ko yg susah

cik peah said...

hm, memang pon. aku dah lah banyak benda nak kena pikir ni. takpelah. lama2 dia ok kot.