Tuesday, March 30, 2010

i think i love you

ini entri serius. aku memang dah jatuh cinta. tak tahu kenapa aku boleh jatuh cinta dengan dia. tak munasabah langsung. mustahil. orang putih cakap impossible. aku pon agak pelik sebab aku tak pernah rasa perasaan macam ni sebelum ini. aku mula merasakannya selepas tengok movie How to Train Your Dragon. aku jatuh cinta dengan toothless. oh he is sooooo cute. seriously aku tak tipu. aku rasa macam nak tengok cerita tu lagi sekali je. tak pernah aku rasa nak tengok movie sampai dua kali.

like seriously aku suggest kan korang tengok cerita ni bagi sesiapa yang belum tengok. memang tak rugi wehh. dragon dragon tu semua tu sangat cute okay. ada member aku sorang ni suka gila dengan gronckle. kalau korang nak tahu betapa cutenya dorang korang tengok lah movie ni. tengok lah. tengok lah. tak rugi punyeeee.



tengoklah betapa cutenya dia ni. alahaiiii.

Sunday, March 28, 2010

it's 100!!

oh selama beberapa bulan aku berblog rupa rupanya dah cecah 100 post. amazing?? naaah. orang lain yang usia blognya seperti aku mungkin sudah lebih dari ini. yela sejak sejak masuk sem ni memang berat jari ini untuk menari di atas papan kekunci. wah gitu. ayat nak tari menari bagai. disebabkan kebanyakan entri aku adalah perkataan, perkataan, perkataan dan perkataan. *ini menunjukkan betapa kuatnya aku merungut, bersungut dan membebel. ha tengok intro pon nak ayat panjang panjang. okay, kali ini aku nak hidangkan anda semua denga gambar yang pelik pelik.

ehem ehem. caption korang fikir lah sendiri ye. malas nak fikirkan untuk korang baca. ehe. dah nama aku ni memang malas je manjang kan. :P








Tuesday, March 23, 2010

tak kacak lah

sebenarnya banyak benda nak cakap. banyak benda nak cerita. banyak benda nak kongsi. banyak benda yang nak ditaipkan. tapi semua benda tu tak dapat nak aku ekspreskan dengan kata kata ataupun perkataan.

senang cerita i'm just not good with words. walaupun dalam bahasa melayu yang sememangnya aku guna sejak aku pandai bercakap apa entah lagi bahasa inggeris. bahasa jawa? bahasa arab? haremmm.

hmm, lets make it short lah ye. bebel panjang panjang pon point tak sampai. harap entri berjela takde makna. macam ni lah. tak kacak lah kalau kau cepat sentap.

Monday, March 22, 2010

belon panas tak terbang

haih. semakin hari semakin berat jari jari aku nak mengetuk papan kekunci komputer riba aku ni, semakin payah kepala otak aku nak memikirkan jalan cerita untuk diluahkan di sini. bukan takde. banyak sebenarnya. cumanya tak terluah dengan kata kata. eceh. sudahlah. aku hapdet ni sebab nak cerita satu cerita. cerita apa? cerita kedai kopi? oh bukan bukan. cerita si belon panas yang tak boleh terbang.

alkisahnya hari ahad haritu sejurus selepas tiba di U terchenta, amy ajak pergi pesta belon panas. memang ramai tak hengat lah. semuanya pon nak tengok belon panas dan nak naik belon tu. tapi hampeh. belon belon panas yang comel comel belaka tak ditiup pon sebab ada majlis penutupan. apa apa ntah. sangat kecewa. takpe lah korang layan jelah belon belon yang ada. yang tak terbang ni. dan juga gambar kami yang syok sendiri. weeeee.

ni masa belon tengah berusaha untuk diterbangkan


tatkala angin terlalu kencang menumbangkan si belon panas



seronok tengok orang berguling guling dalam belon gergasi. *tengok je dapat.


haih si gedik mana ni? tolong kutip dia cepat.


disebabkan pergi berdua. guna self timer je. *kesian.


gambar ni sahaja yang ada. yang lain semua versi syok sendiri nak mati kasi orang muntah berdiri akibat terlalu geli. yela, apa nak buat tak dapat tangkap gambar belon yang comel comel jadi terpaksa tangkap gambar diri sendiri yang tak comel. okaylah. got to go bebeh! yeeehaaa! andre andre! *sambil menunggang kuda kepang.

Wednesday, March 17, 2010

bila isi otak melimpah ruah

ini adalah keadaan aku sekarang. STRESS! macam macam benda nak kena fikir. =.=

Tuesday, March 16, 2010

finale!

hai kawan kawan. apa khabar semua? sehat tak? harap harapnya sehat lah ye. seronok saya dengar kamu semua sehat. heh. apa kejadahnya aku berkata kata begini? tiba tiba jadi caring pulak dah. haaa. ni nak habaq mai. semalam malam aku ada dinner kolej dekat hotel pullman putrajaya. five star kau. kau ado? hahaha. hm, cakap banyak pon tak guna kan. meh lah aku tunjuk gambar gambar kami syok sendiri macam princess. cettt!

peace yoo!

masing masing dah habis anggun lah ye? hehe

nak gak bergambar dengan queen of the night. :P


ada macam cover album tak? hehe


suku of coursemate. macam tak sampai je.


dengan bebudak module.


ada macam gambar kahwin tak? ceh.



last but not least. jeng jeng jeng.....


ada macam cinderella tak? *gila perasan*

ha, tu jelah. letak banyak banyak korang muntah pulak. semua gambar stok syok sendiri pulak kan. nak tengok lebih tengok kat facebook je la ek. bagi yang ada facebook aku la. hehe. pssst. kalau agak agak picture tu tak jelas korang click lah ye. jangan right click>save pulak. eceh. perasan lah kau cik.peah. takde maknenye orang nak buat camtu. hehe.

Saturday, March 13, 2010

saya tak HOT tapi saya COOL

hai hai. apa khabar semua? sehat? cis. macam apa je intro entri aku kali ini. okay, menurut jam laptop aku sekarang sudah pukul 2:45 am. tapi mata masih celik. hari hari pon tido lambat. bukan buat kerja tapi main sahaja. cumanya harini sedikit berbeza sebab aku menonton tv barulah online. as usual, kerja yang berlambak tak disiapkan walaupun dah tahu harini balik rumah dan konfem kerja kerja itu terbengkalai apabila aku di rumah. ah persetankan itu semua. aku cuma perlukan rehat daripada memikirkan mengenai kerja.

memandangkan aku takde idea pon nak bloggin pasal apa, so aku buatlah tag yang telah di tag oleh cik waniey sakura kita ni. soalannya adalah seperti berikut. ehem ehem:

1.- Adakah anda rasa HOT???
oh, saya tak HOT tapi saya COOL. eceh.

2 - Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!


3 - cerita pasal gambar...
gambar ini telah di edit di suatu hening pagi tatkala aku kebosanan study. *peh ayat tak boleh belar*

4 - bila kali terakhir anda makan pizza?
baru je tadi. DOMINOSSSSSSSSSS. nyuummmy! mau sekeping?

5 - lagu terakhir anda dengar?
bukan terakhir kot. tengah dengar lagi ni. lagu ALL MY LIFE. oh, baru je download kot. lirik dia sangat best. *oh i'm fall in love with the lyrics*

6 - apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ni?
FACEBOOKINGlahhhh! apa lagi.

7 - selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
oh. banyak sekali. faiq, paiq, paix, fa, adik (dekat rumah ye. ehem ehem malu saya). banyakkan nama panggilan. kan kan kan.

8 - tag lagi 8 org

9 - siapakah org no.1 kepada anda?
oh dia adalah coursemate saya a.k.a bestfriend saya di U yang cun gilak dan memang gilak. kahkahkah.

10 - katakan sesuatu mengenai org no.5...
dia sangat tinggi dan muka macam arab (mak aku yang cakap tapi memang betul pon). dia juga bestfriend saya di U. :)

11 - no.3 ada hubungan dengan siapa?
oh saya tak tahu lah. mestilah dengan bf dia. dia ni perahsia sikit. susah mahu kasi korek lobang. hehehe.

12 - bagaimana pula dengan no.4
dia ni nampak macam lemah lembut tapi bila bercakap, oh dia tak sesopan mana. boleh masuk kepala aku. ngeh ngeh ngeh. jangan marah haaaa.

13 - pesanan kepada orang no.6
sila sila lah buat tag ini ye sebab aku tahu kau baca blog aku dan kau malas nak hapdet blog kau kan. hohohoh.

14 - kata2 cinta untuk orang no.2
oh, darling i love you so much. muah muah muah. okay geli tak? hehe. tapi seriously i love you babe.

15 - adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
tak lah. sebab jantina mereka berbeza. mereka pon tak pernah kenal.

16- berikan 5 yg anda tau tentang org yg mengtag anda
  • dia seorang yang sangat selim melim.
  • dia kuat makan tapi tak gemok. huh. jeles jeles.
  • dia suka senyum. cakap sikit senyum. smillleeeee :]
  • dia ni hak orang kedoh nun. tapi jarang dengar slang kedah dia. eh ke tak pernah dengar ek? heheh.
  • dia seorang yang sopan santun dan lemah lembut. boleh buat menantu ni. :P
17 - persamaan antara KAMBING dan LEMBU?
eeh. apa punya soalan da. persamaannya ialah mereka adalah mamalia. hihi.

8 - perasaan anda wat tag ni?
saya rasa sangat terharu. *tetiba*

19 - adakah anda tau si razman itu sengal?
maaf kawan aku takde nama razman.

20 - a)GAY or b)LESS
of course GAY!! because i love man so much. *konfem kena kutuk kalau orang tu yang baca jawapan aku. ade aku kesah? haha*

*peh banyak jugak soalan tag ni. jenuh aku nak menjawabnya ha. sesiapa yang kena tag tu kalau mahu buat boleh tak mahu pon tak apa. tapi AYAM MASAK MERAH kau wajib buat. muahahaha.

**mata dah berat. minta ditutup. selamat malam.

Wednesday, March 10, 2010

bila orang menilai kulit buku daripada isinya


orang selalu kata, dont judge a book by its cover. sebab apa? sebab kulit buku tu tak menggambarkan jalan ceritanya. kadang kadang kita tengok tajuk cerita tu macam best je. lepas tu gambar dan grafik dekat cover buku tu macam menarik je. bila baca sinopsis pon macam best je. ingat ye sinopsis pon kadang kadang tak membantu untuk mengetahui samada keseluruhan cerita tu best ke tak. bila kita dah beli buku tu. balik rumah mesti dah tak sabar nak baca. tapi bila bukak je baca 2, 3 muka surat rupa rupanya tak best pon. macam korang baca blog orang lah. tengok tajuk entri macam best je kan. sekali bila baca, heh tak best pon. lebih lebih lagi blog aku. sebab kebanyakannya rungutan dan bebelan manjang. ehe.

tapi tapi tapi. dalam keadaan tertentu yang dibenarkan, orang akan judge berdasarkan cover. eh, aku maksudkan orang akan judge kita berdasarkan appearance. atau erti kata lain first impression. first impression ni sangat sangat penting. lagi lagi masa interview. itu pasal lah kita di galakkan memakai pakaian yang semenggah cantik cantik. tapi jangan pulak over sampai pakai baju kurung macam nak nikah pulak. berlabuci sequin bagai. dan jangan terlalu selekeh. pakai baju kurung dah lusuh dan pakai selipar tandas. konfem reject weh. peh, bila sebut pasal interview kepala lutut aku ni menggigil. sebab aku akan lalui saat saat yang mendebarkan itu tak lama lagi. oh. macam mana ni. rasa macam tak prepare pulak nak kerja. adeh.

dalam banyak banyak keadaan ini, aku paling tak suka bila orang judge aku macam dia dah lama kenal aku padahal tak pernah pon lepak sama sama berborak. aku tak kesah kau nak judge aku kalau kau memang kenal aku siapa. aku tak kesah kau nak cakap aku dah berubah ke apa kalau kau memang tahu perangai aku dulu macam mana. ni baru tengok profile picture aku dah cakap aku berubah. dulu lain. sekarang dah lain. ye, memang pemakaian aku dulu agak lain dari sekarang. tapi yang lain tu bila aku dekat sekolah. dekat luar aku still macam sekarang ni. hm, manusia kadang kadang cakap ikut sedap gigi je. padahal tak kenal hati budi aku lagi dah kata macam macam. lantak lah. yang penting aku tahu siapa aku. keluarga aku tahu perangai aku. member kenal aku macam mana. thats it. itu sahaja.

*tak mahu emo emo walaupun hati sedang runsing dan gelisah.

**mintak mintak lah buku nota aku yang hilang tu jumpa balik. kawan kawan tolonglah doakan saya jumpa balik buku nota tu. penting sangat. T.T

Tuesday, March 9, 2010

mai lah pakat pakat singgah!


alhamdulillah test 2 untuk minggu ni dah habis. walaupun pagi tadi jawab macam nak gila goreng sesedap rasa. tapi hasilnya memang lah konfem mengecewakan gila. sebab tak tahu lah apa perisa gorengan aku tu. pastinya pahit dan masin serta bermacam macam lagi lah. ibarat goreng ikan garam terlebih. mestilah tak de siapa nak makan kan. okay dah. cukup setakat tu je aku nak bebel pasal test aku. barang yang lama jangan dikenang. haha.

actually guys, i baru buat blogshop. tapi tak banyak lagi lah items. adalah stok yang sebelum sebelum ni. nanti dalam next week ke i tambah lah lagi banyak banyak. yang cun cun. comel comel. so kepada membe membe i yang baca blog i ni tolonglah promote blogshop i ni kat blog korang ek. jasa baik uolls memang i appreciate sesangat lah. sayanglah kat uolls semua kalau boleh tolong i promote kan. muah muah muah. ni LINK ke blogshop i. tekan lah ek. tengok tengok lah. kot kot ada yang berkenan ke kan. lepas tu boleh lah beli. hehehe. peh, gila lah gedik tetibe aku guna i, uolls ni. tak koser mak.

ha geng apa lagi. mai lah support aku beramai ramai. kot kot ada membe korang nak beli selendang dengan harga yang murah tanpa perlu pergi keluar dan membasahkan ketiak dengan peluh bolehlah beli dekat aku. hehe. so, SELAMAT BERSHOPPING. (:

Monday, March 8, 2010

jangan diharap hasilnya baik jika usaha tidak sekuat mana

dua kertas peperiksaan untuk hari ini dah lepas. tinggal satu je lagi esok. tapi untuk minggu ini sahaja. minggu depan ada lagi satu. oh sungguh azab dan seksa. tak dapat di gambarkan dengan kata kata. hanya cuaca yang sedang hujan lebat ini sahaja yang mampu menggambarkan perasaan ku tika ini. seolah olah memahami isi hatiku yang menangis kepiluan kerana tidak dapat menjawab soalan dengan senang.

ceh. ayat nak jiwang saje. kalau dah baca pon tak betol betol guano nak jawab dengan senang kan? mestilah jawab dengan susah payah akibat tak ingat apa yang telah di baca. tak apa lah. redha saja. dah itu yang kau usahakan jangan diharap hasilnya baik. tentu sebegitu juga hasilnya nanti. terlajak perahu boleh diundur. terlajak masa kita gunalah machine back in the future. hahaha. okay okay. disebabkan hujan terlalu lebat di luar, jadi perkara yang paling seronok dilakukan pada waktu waktu begini adalah TIDUR! peh gila syok. dah lama tak menikmati saat saat begini. okay lah. gud nite!

*gila tak sedar diri besok ada test pagi pagi buta masih ada hati nak tidur.

**tajuk entri tak sepadan langsung dengan isi nya. bak kata pepatah mat saleh-dont judge a book by its cover. bak kata pepatah cik peah-dont judge the content by its title. haha. apa apa ajalah kau.

Saturday, March 6, 2010

blogshop?

hmm, apa kata kawan kawan kalau saya buat blogshop? ala macam blog jual jual tu. tapi saya nak jual selendang dan preloved item. tapi tapi tapi ada ke orang nak beli preloved item ye? musykil jugak. tapi belum cuba belum tahu kan? eeh. cop cop. baru tersedar kenapa aku guna saya? hahaha. apa kejadahnya lah pagi pagi buta ni aku jadi tersopan pulak.

sudah sudah. macam mana dengan hasrat aku untuk buat blogshop? ada orang nak visit ke? ada orang nak beli ke? haih risau pulak. nanti takut hangat hangat tahi ayam pulak. takpelah aku try jela dulu. yela publish dekat facebook pon takde orang nak beli sangat. takpe takpe. bila ada blogshop aku kena rajin tinggalkan link and exchange link dengan blogshop blogshop lain. baru ada orang nak mari kan.

tapi nantilah lepas settle test 2 ni. hehe. suka sangat menangguhkan. last last nanti tak jadi buat pulak. harapnya jangan macam tu lah. mesti selalu semangat. yoshhhh! nanti aku buat blogshop tolong lah support aku ye kawan kawan. kerana dirimu begitu berharga. eh tetibe pulak. ada kaitan lah pulak, eh mesti ada. kawan kawan aku semuanya berharga bagi aku tahu. bukan harga tiga sepuluh ringgit boleh campur. *sebut macam akak dekat mines* kawan kawan aku berharga yang priceless tahu. atau dalam bahasa melayunya sungguh tak ternilai. eh?? hahaha. entah lah.

*test 2 nak dekat. tapi macam biasa bila nak study masa tu lah jugak sibuk nak update blog. eh ape da.

Friday, March 5, 2010

haiwan peliharaan

tadi petang pergi jalan jalan menghilangkan segala tekanan dengan menyumbangkan suara di dalam bilik yang memuatkan seramai 8 orang selama 3 jam lamanya dengan 3 orang kawan yang lain. hm, puas hati kerana berjaya mengeluarkan sedikit tekanan tadi. sedikit sahaja? takpelah baik ada daripada tak ada kan.

kebelakangan ni memang macam macam benda yang aku fikirkan. yang penting ada yang tak penting pon ada. tapi macam lebih kepada tak penting. memang tak berbaloi stress sebab benda tak penting kan? tapi apa daya aku tak boleh nak kawal. dah banyak kali aku cuba tak fikirkan. tapi tak boleh. haish.

demi untuk menghilangkan lagi stress, aku dah beli sejenis haiwan yang boleh di pelihara di dalam bilik. sekarang ni dia masih comel dan kecik je. tak sabar nak tunggu dia membesar dengan sihat. aku dah sediakan dia makanan yang lebih dari cukup. harap harap nya membesar bagaikan juara lah hendaknya.

aku dah bagi nama dekat dia. nama dia lulu. hm, okay tak? ke macam gedik sangat? takpelah dia yang gedik bukan aku pon. hahaha. semoga lulu berjaya menghiburkan diri ini walaupun dia tak boleh bercakap tapi aku boleh lihat dia hari hari. mungkin kecomelannya akan menawan hati ku dan membuatkan aku lupa dengan segala perkara yang tak penting tu kan. harapnya begitulah.

*nanti lulu dah membesar bagaikan juara aku upload gambar dia okay. mesti korang pon akan tertawan dengan ke'cute'an dia. auw~

Tuesday, March 2, 2010

apa nak jadi

ini adalah hasil google dengan menggunakan keyword entri aku. ish ish ish. apalah nak jadi dengan depa ni.

hai semua! oh. sejak dua menjak ni aku rasa kemalasan aku terhadap blogging makin menjadi jadi. kalau dulu sesibuk mana pon, aku masih nak update blog ni. yela. masa tu blogging sebulan pon tak sampai. tu yang macam teruja sampai hari hari pon nak blogging. tapi bila dah nak masuk bulan keempat ni mood tu tak mari lah. kadang kadang tu dah tulis sikit tapi padam balik dan langsung tak jadi nak tulis.

haih. entah apa apa je. nampak sangatlah aku ni memang hangat hangat tahi ayam punya orang. siap ada yang unfollow aku sebab seminggu tak berupdate. haha. tak apelah. nak follow boleh tak mahu pon tak apa. akak tak paksa dik nun. ceh dah macam azwan ali pulak.

takpe takpe itu semua tak penting. yang penting sekarang dah masuk bulan 3. bila dah bulan 3 menandakan keberadaan aku di sini pon sudah tak lama. tinggal beberapa minggu sahaja. tapi aku macam tak ada perasaan sangat. mungkin perasaan terlalu gembira dah nak habis belajar bercampur gaul sebati dengan kecuakan untuk mendapatkan pekerjaan kelak. ditambah dengan cerita cerita pensyarah aku yang konon nya sekarang ni susah untuk mendapatkan pekerjaan di dalam bidang yang aku ambil ni kalau tak PROAKTIF. U MUST UPGRADE YOURSELF! bla. bla. bla. bla.

huh. serius letih aku nak mendengarnya. tak apa lah. kalau ada rezeki kerja apa apa pon boleh. asal kan halal. eh bunyi macam tak ada cita cita je kan. memang pon. aku pon tak tahu apa cita cita aku sebenarnya. haih. kawan kawan tolong jangan ikot perangai buruk aku ni okay! apa nak jadi entah dengan aku ni. lawyer? doktor? ahli musik? oh no no no. aku cuma nak jadi hamba Allah yang taat dan bertaqwa serta anak dan isteri yang solehah. cit.

hm. macam biasa entri aku mesti entri bebelan dan rungutan yang tak de kena mengena ngan korang pon. tapi takpelah sekadar nak membersihkan habuk habuk dan sawang sawang di blog aku ni aje. nak buat entri berinformasi, malas nak fikir walaupun ada. hahaha. aku memang seorang yang pemalas. harap maklum.

*okay mahu sambung buat kerja yang tertangguh. esok nak hantar malam ni baru nak siapkan semua. itu lah dia cik peah.