assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan ke atas kalian semua.
perggh. sebanyak banyak entri aku walaupun tak banyak mana inilah yang pertama sekali memberikan ucapan salam sejahtera. alhamdulillah. ada perubahan disitu ye. semoga dapat ditingkatkan lagi di entri akan datang. kalau lah lepas ni rajin nak update. ini pon dah macam haper je tahap kemalasan dan ketiadaan mood aku untul menghapdet blog terchenta nih. bukannya apa. aku takot korang boring je asyik baca benda dan kisah yang sama. al maklumlah aku bukannya reti nak berkongsi kongsi pendapat dan maklumat macam blogger lain kan. nak susun ayat pon tak reti. takot korang plak tak paham nanti.
okay, disebabkan semua orang pon dah menulis mengenai final exam yang sedang di hadapi aku pon dengan tak nak kalahnya nak cerita jugak. tapi bukan pasal ketegangan di kala mentelaah nota nota sebab aku memang malas nak mentelaah segala nota bagai. esok nak exam malam tu baru terhegeh hegeh terkedek kedek nak study sedangkan sudah tiada gunanya lagi.
eh2. salah tu. ada guna jugak setadi last minute. sebab bagi aku selagi ada masa walaupun seminit sebelum kertas peperiksaan depan mata, still boleh setadi lagi. mungkin tak banyak input at least ada la 0.01% input yang kita dapat kan. untung sabut timbul. untung batu tenggelam.
tapi korang jangan ikut sangat prinsip aku ni sebab hampeh je nanti. tak akan dapat kemungkinan 95% untuk score dalam exam. itu pasal aku pon jarang nak score. hahaha. eh ini macam tips sebelum menghadapi peperiksaan pulak. takpelah. anggap je ni tips free dari aku. free of charge. jarang aku buat baik ngan orang ni tahu. korang patut berbangga. cehhh.
disebabkan aku masih mempunyai 3 lagi paper sebelum aku terbang bebas bagaikan toothless the night fury, aku kena jugak setadi. kawan aku merangkap kawanbaik aku sejak sekolah cakap baik aku buat betul betul sebab ini adalah peperiksaan aku yang terakhir. so make sure it would be the best paper that i ever had. eceh sepiking london pulak. grammar terabor. tak pe. janji eden torai. yela, kena la buat terbaik supaya tak menyesal di kemudian hari. ye dok.
jadi kepada kengkawan yang sedang menghadapi peperiksaan akhir semester, aku nak ucapkan SEMOGA BERJAYA! lagi lagi yang dah final year. pastikan ini anda berpuas hati dengan peperiksaan yang memang terakhir ni. kan lepas ni dah takde exam macam ni lagi. itupon kalau korang tak sambung setadi lah.
oh ye, saja nak cerita dekat korang yang bapak aku suruh aku jadi guru ganti sementara aku tak dapat sijil aku lagi. dia dah carik kan sekolah. sekolah menengah pulak. mahu tak gigil kepala lutut aku ni. macam sereem je nak aja budak budak besar ni. doakanlah aku ye!
1 comment:
uhuk uhuk ni kawanbaik nak komen.hahaha.auww.terharu mak nok.wahakakakak.gudluck jah!buat betol2.ni last xam tuk ko.ko kan mls nak sambung master.hehee
Post a Comment