pernah tak korang mengharapkan sesuatu itu terjadi tapi tak terjadi pon dalam hidup korang?? aku pernah dan selalu macam tu. apa yang aku harapkan selalunya tak berlaku. bila harapan musnah aku jadi kecewa. aku jadi down. aku jadi demotivated. aku rasa diri aku ni gila loser.
so bila benda ni dah banyak kali berlaku dekat aku, aku rasa aku tak perlu mengharapkan apa apa lagi melainkan cuma berserah seluruhnya kepada Allah. kerana sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui segala sesuatu yang terbaik untuk hambaNya di dunia ini.
jadi kawan kawan untuk elakkan diri anda semua diselubungi kekecewaan janganlah kita berharap pada sesuatu perkara yang belum pasti dan yang belum menjadi milik kita. sebagai seorang hamba Allah yang lemah serba serbi sentiasa lah mengharapkan kepadaNya kerana Dia tak pernah mengecewakan kita. andai kita rasa kecewa yakinlah bahawa ada hikmah dan sebab musabab untuk sesuatu perkara itu terjadi.
firman Allah: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”(2:286)"
renung renungkan dan selamat beramal!!
*sekarang ni hanya mampu bertawakkal semoga segalanya berjalan dengan lancar.
**bila makin dekat dengan penghujung makin banyak pulak dugaannya. sabar cikpeah sabar.
No comments:
Post a Comment