Sunday, April 11, 2010

caca marba

haih bila semua orang dok cerita pasal nak mintak kerja kat sini, nak mintak kerja dekat sinun, nak sambung belajar dekat sini, nak sambung belajar dekat sinun aku jadi neves pulak. neves bukan sebab fikir bakal bekerja apa selepas ini. tapi neves sebab aku macam takde hala tuju dalam hidup ini. macam seorang yang sangat loser bila aku takde impian. takde cita cita. OO EM GEE. what am i gonna to do after graduate?? serius aku tak tahu apa mahu bikin. tak kan jadi seorang tukang tanam anggur berjaya? iklim dekat sini tak sesuai untuk menanam anggur.

eh, tak best lah fikir pasal kerja kan. baik lah aku fikirkan pasal kertas peperiksaan yang bakal diambil pada 19 haribulan ni. dok fikir benda lain. last last mood nak study pon tak mahu mari. huh. iyolah. nak tunggu mood study sampai bila pon tak mari mari. jadi baiklah study sahaja walaupun tak de mood. sebenarnya sekarang pon tiba tiba macam takde mood nak berblogging. tadi rasa macam banyak benda nak cerita. tetiba dia hilang macam tu aje. adoi. apa kena entah dengan aku ni. mood swing kah? oh tidak. baru je lepas kot. dah suci dalam debu dah ni ha. takpe takpe. rilek je cik peah. cool je. eceh. banyak lah kau punye cool.

ha jam pon dah menunjukkan pukul tiga pagi. marilah sama sama kita mendendangkan lagu pukul tiga pagi nyanyian p. ramlee. motip?? memang takde motip sebab aku merepek. bila dah pukul tiga pagi maksudnya tidor lah. apa lagi. waktu tidur yang optimum adalah dari pukul 10-3 pagi. bila kita selalu amalkan tidor lebih jam 3 pagi, tu yang dok terbongkang tergolek atas katil sampai pukul 3 petang.

eh sudah sudah lah tu. mari lah tidor. dan mulakan hidup yang lebid ceria dan produktif di esok hari. produktif dengan input input nota bukan dengan taik mata. harap maklum. mai tidoq!

*tulisan merah tu ditulis pada 11 haribulan. harini dah 14 haribulan. haih. memang kaki tangguh lah hang ni cik peah oi.

**kadang kadang susah kita nak luahkan apa yang terbuku di hati kita dekatorang ramai. kenapa ek? malu mungkin atau ego? eh ade kena mengena ke?

2 comments:

aliyah yayaya~ said...

**kadang kadang susah kita nak luahkan apa yang terbuku di hati kita dekatorang ramai. kenapa ek? malu mungkin atau ego? eh ade kena mengena ke?----->ngan aku pon malu ka????u need my shoulder kan?kan?heheheh

cik peah said...

hahaha. semestinye la. aku kan pemalu. auuuwww~