Friday, April 30, 2010

pahit yang manis


malam ni adalah malam terakhir aku akan berada di tempat aku menimba ilmu. hmm, sebelum ni aku rasa happy je nak habes belajar. tapi tetiba malam ni perasaan aku bercambur baur. tak tahu nak cakap sedih ke, sebak ke, terharu ke. eceh. tetibe jadi sentimental pulak lah kan.

tapi seriously walaupun kadang kadang aku tak suka berada dekat sini. lalui detik detik dan saat saat di sini tapi dalam aku tak sedar sebenarnya banyak benda aku belajar dekat sini. banyak benda aku lalui sepanjang tiga tahun di universiti yang sama, kolej kediaman yang sama dan blok yang sama. tak kisah lah manis ke pahit ke.

kadang kadang sebenarnya yang pahit itulah yang manis. eh macam mana pulak pahit boleh jadi manis kan? yela. yang pahit itulah yang mengajar kita erti kehidupan. mengajar kita untuk lebih tabah dan lebih rasional sekiranya benda buruk jadi dekat kita. dan yang manis itu sememangnya sentiasa akan jadi manis. semanis madu semanis gula. tapi kemanisan ni tak kan buat kita kencing manis. heheh. apa pulak dah aku melalut ni kan.

tak tak aku tak melalut. aku cakap betul. apa yang manis dekat sini adalah kawan kawan aku yang sentiasa ada dengan aku. aku beruntung dapat kawan dengan korang walaupun macam macam jugak yang jadi dekat aku sepanjang ni. *eceh macam macam lah sangat* tapi korang still nak kawan dengan aku. al maklum lah perempuan mulut puaka macam aku ni kan. wajibun ada orang tak suka. apa apa pun aku tak kan anggap orang yang tak suka aku tu sebagai masalah sebab aku ada korang kan. walaupun kadang kadang korang banyak terasa dengan kepuakaan mulut aku dan perangai aku yang kadang kadang cam harem je kan. hehe. haih. apa nak jadi lah dengan cik peah sorang ni kan.

oh tak boleh nak cakap banyak lagi. aku dah rasa kehangatan air mata yang bergenang di bibir mata ini. ceh ayat nak drama habes. haha. takdelah. tak bergenang pun. cuma terasa agak sebak di dada. eceh. nak jugak. hahaha.

apa apa pun ain, amy, nurul, jauhar dan tiq, thanks for everything and sorry for my wrong doings. i know sometimes i hurt all of u but deep in my heart i never mean it. haha. macam haper je pulak aku sepiking ni. tak pe lah janji ikhlas. maaf ye kawan kawan semua. semoga ketemu di lain kali, hari dan waktu andainya jodoh kita panjang. nanti masing masing kawen jemput lah aku. al maklum lah masing masing dah ada calon kannn. kalau ada calon lebih lebih boleh pass dekat aku. ceh gatal mghela hang na. gurau jek. ehe.

sebelum aku mengakhiri post aku kali ini, aku nak dedicate kan lagu ini untuk korang semua. love ya all! xoxo

Graduation

And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of that night in June
I didn't know much of love
But it came too soon
And there was me and you
And then we got real blue
Stay at home talking on the telephone
And we would get so excitedand we'd get so scared
Laughing at ourselves thinking life's not fair
And this is how it feels

As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
From whatever
We will still be
Friends Forever

So if we get the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man?
Can Heather find a job that won't interfere with her tan?
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels

La, la, la, la:
Yeah, yeah, yeah
La, la, la, la:
We will still be friends forever

Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there?
Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly


Monday, April 26, 2010

OMG! habes dah? iye ke?

alhamdulillah syukur nikmat Malaysia maju rakyat selamat. ooooo. oooo. oooo. ehem ehem. sedap tak suara aku? ada iras iras siti norhalijah tak? ehehehe. amboi amboi happy je kau ye cik peah mentang mentang lah dah habes exam. eh dah habes exam? maksudnya aku dah habes belajar!! OMG OMG OMG! *sila buat dengan gaya yang penuh dengan gediwks owkayh*

apa bakal aku buat lepas ini? selepas habes VAVI eh salah VIVA dan menjilidkan thesis? leceh pulak nak ada VIVA ni kan. orang lain semua dah lepas. sepatutnya VIVA tu adalah presentation project. tapi fakulti kitorang buat ala ala interview. macam macam betul lah. sepatotnya synchronisekanlah dengan fakulti lain kan. adodoi. tak habes habes merungut aku ni.. dah habes pon nak merungut.

apa perasaan korang kalau aku jadi guru ganti sementara transkripsi degree keluar? tapi gaji spm je pun. tapi tapi macam cuak plak la kan nak jadi cikgu. ajar budak sekolah menengah yang sama besor dengan aku ni. buatnya aku kena buli. adoi mak! takut lah pulak. nak jadi RA dekat sini gaji pon gaji spm. sikit je. lepastu nak kena stay dekat sini. kena keluar belanja makan tempat tinggal sendiri. tak berbaloi. tapi kalau nak pengalaman dalam bidang biotech memang berbaloi baloi lah kan. masalahnya aku macam dah malas pulak nak involve dal bidang biotech. haih hape hape aje. belajo penat penat tak nak jadi biotechnologist pulok. takpelah ada rezeki mana mana pon boleh. kerja jelah selagi puncanya halal. ye dok?

hmm, okaylah. penat pulok nok dok bebel bebel kat sini. nak tido ah. petang petang orang cakap tak elok tidor. nanti mewarisi kegilaan. patotlah perangai aku tak semenggah. ah peduli haper kan. AAK? ehe.

Sunday, April 25, 2010

bahek punyew puunn

ting ting ting ting assalamualaikum haaaaa. ini entri kedua aku bagi salam ye ye ye.

malam malam macam ni memang boring kan. walaupun ada nota yang minta di baca tapi aku tak layankan. malas dah nak hadap dorang. asyik hadap dorang je baik hadap laptop. ceh. padahal 25 jam kot hadap laptop tanpa baca note. nak kaber kemalasan diri ah tu. haktuih. haha.

haaaaa. ini dia. aku ada benda bahek punyew nak share sama lu orang. memang terbahek dari ladang ah orang kata. tak caya? lu tengok lah sendiri pun.


udoh ditengok bideo nye? korang suke part yang mana? aku suke ustaz fadzilah kamtumi. idok paham? ate kome tengok le dulu. hahah. selamat menonton!!

kelakar tak? kelakar kan? cepat cakap kelakar sebelom aku gigit korang. euww apa main gigit gigit ni. jijik lah beybih. hahaha. ketawa syok sendiri. kalau korang rasa kelakar. korang tengokla cerita ni. ada kat astro warna. kalau korang takde astro warna korang tengok kat youtube search chapalrela. memang terbahek lah gandingan dua ekoq ni eh silap dua orang ni. kalau malas gak nak taip youtube sume search, tekan aje LINK ni haaa. baik kan aku memudahkan kerja korang. kalau malas gak idok la teman tau nak cakap apa lagi. haaa. tengok tau!

Thursday, April 22, 2010

monolog bisu

PENATLAHHHHH.

memanjang asyik penat. tidur banyak tak penat pulak. haih. takpe takpe kuatkan semangat untuk menghadapi beberapa paper ni. lepastu dah boleh berehat seminggu. seminggu je? tak boleh lama lama doh. nanti jadi malas nak mencari mata pencarian.

SEMANGAT!!

Tuesday, April 20, 2010

yang terakhir!

assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan ke atas kalian semua.

perggh. sebanyak banyak entri aku walaupun tak banyak mana inilah yang pertama sekali memberikan ucapan salam sejahtera. alhamdulillah. ada perubahan disitu ye. semoga dapat ditingkatkan lagi di entri akan datang. kalau lah lepas ni rajin nak update. ini pon dah macam haper je tahap kemalasan dan ketiadaan mood aku untul menghapdet blog terchenta nih. bukannya apa. aku takot korang boring je asyik baca benda dan kisah yang sama. al maklumlah aku bukannya reti nak berkongsi kongsi pendapat dan maklumat macam blogger lain kan. nak susun ayat pon tak reti. takot korang plak tak paham nanti.

okay, disebabkan semua orang pon dah menulis mengenai final exam yang sedang di hadapi aku pon dengan tak nak kalahnya nak cerita jugak. tapi bukan pasal ketegangan di kala mentelaah nota nota sebab aku memang malas nak mentelaah segala nota bagai. esok nak exam malam tu baru terhegeh hegeh terkedek kedek nak study sedangkan sudah tiada gunanya lagi.

eh2. salah tu. ada guna jugak setadi last minute. sebab bagi aku selagi ada masa walaupun seminit sebelum kertas peperiksaan depan mata, still boleh setadi lagi. mungkin tak banyak input at least ada la 0.01% input yang kita dapat kan. untung sabut timbul. untung batu tenggelam.

tapi korang jangan ikut sangat prinsip aku ni sebab hampeh je nanti. tak akan dapat kemungkinan 95% untuk score dalam exam. itu pasal aku pon jarang nak score. hahaha. eh ini macam tips sebelum menghadapi peperiksaan pulak. takpelah. anggap je ni tips free dari aku. free of charge. jarang aku buat baik ngan orang ni tahu. korang patut berbangga. cehhh.

disebabkan aku masih mempunyai 3 lagi paper sebelum aku terbang bebas bagaikan toothless the night fury, aku kena jugak setadi. kawan aku merangkap kawanbaik aku sejak sekolah cakap baik aku buat betul betul sebab ini adalah peperiksaan aku yang terakhir. so make sure it would be the best paper that i ever had. eceh sepiking london pulak. grammar terabor. tak pe. janji eden torai. yela, kena la buat terbaik supaya tak menyesal di kemudian hari. ye dok.

jadi kepada kengkawan yang sedang menghadapi peperiksaan akhir semester, aku nak ucapkan SEMOGA BERJAYA! lagi lagi yang dah final year. pastikan ini anda berpuas hati dengan peperiksaan yang memang terakhir ni. kan lepas ni dah takde exam macam ni lagi. itupon kalau korang tak sambung setadi lah.

oh ye, saja nak cerita dekat korang yang bapak aku suruh aku jadi guru ganti sementara aku tak dapat sijil aku lagi. dia dah carik kan sekolah. sekolah menengah pulak. mahu tak gigil kepala lutut aku ni. macam sereem je nak aja budak budak besar ni. doakanlah aku ye!

Sunday, April 11, 2010

caca marba

haih bila semua orang dok cerita pasal nak mintak kerja kat sini, nak mintak kerja dekat sinun, nak sambung belajar dekat sini, nak sambung belajar dekat sinun aku jadi neves pulak. neves bukan sebab fikir bakal bekerja apa selepas ini. tapi neves sebab aku macam takde hala tuju dalam hidup ini. macam seorang yang sangat loser bila aku takde impian. takde cita cita. OO EM GEE. what am i gonna to do after graduate?? serius aku tak tahu apa mahu bikin. tak kan jadi seorang tukang tanam anggur berjaya? iklim dekat sini tak sesuai untuk menanam anggur.

eh, tak best lah fikir pasal kerja kan. baik lah aku fikirkan pasal kertas peperiksaan yang bakal diambil pada 19 haribulan ni. dok fikir benda lain. last last mood nak study pon tak mahu mari. huh. iyolah. nak tunggu mood study sampai bila pon tak mari mari. jadi baiklah study sahaja walaupun tak de mood. sebenarnya sekarang pon tiba tiba macam takde mood nak berblogging. tadi rasa macam banyak benda nak cerita. tetiba dia hilang macam tu aje. adoi. apa kena entah dengan aku ni. mood swing kah? oh tidak. baru je lepas kot. dah suci dalam debu dah ni ha. takpe takpe. rilek je cik peah. cool je. eceh. banyak lah kau punye cool.

ha jam pon dah menunjukkan pukul tiga pagi. marilah sama sama kita mendendangkan lagu pukul tiga pagi nyanyian p. ramlee. motip?? memang takde motip sebab aku merepek. bila dah pukul tiga pagi maksudnya tidor lah. apa lagi. waktu tidur yang optimum adalah dari pukul 10-3 pagi. bila kita selalu amalkan tidor lebih jam 3 pagi, tu yang dok terbongkang tergolek atas katil sampai pukul 3 petang.

eh sudah sudah lah tu. mari lah tidor. dan mulakan hidup yang lebid ceria dan produktif di esok hari. produktif dengan input input nota bukan dengan taik mata. harap maklum. mai tidoq!

*tulisan merah tu ditulis pada 11 haribulan. harini dah 14 haribulan. haih. memang kaki tangguh lah hang ni cik peah oi.

**kadang kadang susah kita nak luahkan apa yang terbuku di hati kita dekatorang ramai. kenapa ek? malu mungkin atau ego? eh ade kena mengena ke?

Thursday, April 8, 2010

kanak kanak bermain *translate dalam sendiri dalam english*


hi i'm cik peah. i'm gonna be your friend till the end. hideho!. hahaha. haaaa. siapa ingat dialog ni?? cepat cepat angkat tangan. nak bagi hadiah ni. hadiah yang besar punya. alaaaah. takde siapa ke yang tahu? ni dialog cerita child play lahhh. tapi child play 1, 2 dengan 3 je ada. sebab bila dah masuk 4 muka dia ganas nak mampus dan dia sebok buat anak dengan tiffany. tapi yang 5 dengan 6 punya takde lah pulak. ni yang rasa macam nak download. tapi karang habis quota pulak. so siapa siapa ada sambungan dia? meh meh kasi aku. hehehe.

amboi amboi cik peah ni mentang mentang lah progres thesis dah hampir ke penghujung sebok pulak nak tengok movie. kau tu ada final exam lah oi. lepas final exam ada viva pulak. lepastu HABESSSS! HABES wehhh. peh gila macam tak percaya aku nak abes belajar dah. tapi tapi tapi apa aku nak buat lepas kerja ek? sambung jual selendang? meluaskan lagi empayar bisnes aku? hm, akan dipeertimbangkan kot. harap harap semangat tu adalah nanti jangan semangat tidur yang sampai sudah. mahu aku jadi badak berendam dekat rumah tu.

eeh dah lah. makin aku taip makin panjang pulak aku membebel. makin panjang aku merepek. dan maki korang malas nak baca. maaflah. i'm not a good writer. cuma boleh merepek meraban pasal kehidupan seharian jela. haih. memang pemikiran tak diluar kotak betul aku ni. dah habes tu otak dalam kepala nak pegi letak luar kota pekejadahnya. itu otak lah bukan pemikiran. haih cik peah ni nak kena ni. dush dush gedebuk gedebak. ha hamek kau.

ha tengok tengok entah apa aku repek kan. okay lah rasa macam mahu sambung tidur. ceh tidur lagi. taknak taknak. nanti lembab otak tidur banyak. jom study!! iyoooolaaaaah.

Saturday, April 3, 2010

this is my first art. eceh.

ehem ehem. siang tadi pergi shoe festival. ingat banyak lah jual kasut dengan harga yang tebabow runtuh meletup semua kan. tapi malangnya tak ada benda sangat. jenama kasut pon yang aku tak berapa familiar. mungkin international brand yang orang kayap rayap opps kaya raya je yang pakai kot. aku pakai kasut tiga sepuluh ringgit boleh campur je.

disebabkan tak ada apa kat situ, so amy pon suggest lah aku masuk competition conteng conteng kasut. ehe. actually bukanlah conteng conteng tapi lukis atas kasut putih jazz. mula mula cam malas. akhirnya join juga sebab dipaksa. ceh. jadi ini lah hasil contengan aku yang buruk dan tak menarik sebab orang lain punya gila gempak beb. wa cakap sama lu. tapi gua tak ambik gambar dorang punya lah. sebab kamera bukan ana yang punya tetapi ahmad albab yang punya. hahaha. eeh. salah orang daaa. amy yang punya daa. jadi sudahnya, amy amek gambar karya aku sahaja. ceh karya lah sangat puunnn.

inilah dia karya terulungku. jeng jeng jeng. dup dap dup dap.








*tadi jalan jalan kat situ terjumpa miss bazryana bersama buah hati. patutlah sehat. bahagia rupanya dia. ehe. jangan marah bazz. nanti sepet mata tu. hikks.

*kenapa lain macam je aku punya compose blog ni. tak boleh tengok gambar pon. keluar html code je. nak justify pon tak boleh. haih.

Friday, April 2, 2010

harapan tinggal harapan

pernah tak korang mengharapkan sesuatu itu terjadi tapi tak terjadi pon dalam hidup korang?? aku pernah dan selalu macam tu. apa yang aku harapkan selalunya tak berlaku. bila harapan musnah aku jadi kecewa. aku jadi down. aku jadi demotivated. aku rasa diri aku ni gila loser.

so bila benda ni dah banyak kali berlaku dekat aku, aku rasa aku tak perlu mengharapkan apa apa lagi melainkan cuma berserah seluruhnya kepada Allah. kerana sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui segala sesuatu yang terbaik untuk hambaNya di dunia ini.

jadi kawan kawan untuk elakkan diri anda semua diselubungi kekecewaan janganlah kita berharap pada sesuatu perkara yang belum pasti dan yang belum menjadi milik kita. sebagai seorang hamba Allah yang lemah serba serbi sentiasa lah mengharapkan kepadaNya kerana Dia tak pernah mengecewakan kita. andai kita rasa kecewa yakinlah bahawa ada hikmah dan sebab musabab untuk sesuatu perkara itu terjadi.

firman Allah: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”(2:286)"

renung renungkan dan selamat beramal!!

*sekarang ni hanya mampu bertawakkal semoga segalanya berjalan dengan lancar.
**bila makin dekat dengan penghujung makin banyak pulak dugaannya. sabar cikpeah sabar.