Monday, October 25, 2010

setahun seminggu selebih

eeh. its been a year and almost two weeks i've been blogging. blogging? heh. ni boleh dikira sebagai blogging ke kalau nak hapdet pon punyalah liat. actually memang takde apa cerita menarik pon nak di hapdet. kalau ada macam biasalah. takde mood lah. malas nak typing2 ni. lagipon my life kinda bored sebab ulang rutin yang sama hari hari. nama aje dah konvo tapi still dok melangut kat umah. nak salahkan siapa? dah tentu bukan salah ibu mengandung dan pastinya bukan salah bapak tak boleh mengandung. hah, aku dah start merepek. okay lah. chiow~

Monday, October 11, 2010

sembilan/sepuluh/sepuluh

hey hey brader and sistah! watcha doin? haha. harini baru ada mood nak hapdet blog yang dah lama dibiarkan menyepi. as usual alasannya cuma satu iaitu malas. entah bila aku boleh buang sikap aku yang satu ni. haih. okay okay tak mahu mengeluh. teruskan kehiduan anda dengan gembira walaupun hakikatnya aku takdelah gembira mana disebabkan tiada pekerjaan hanya duduk rumah makan tidur dan online. ohh nasib baik aku kuat kalau tak dah mati kebosanan.

eeh, cukup cukup cukup. ha, apa pulak sembilan/sepuluh/sepuluh ni kan? okay, cuba tukar jadi nombor. 9/10/10. haaaa, nampak dah hape bendanya tu? tarikh lah. apa daa. yela tapi tarikh apa? tarikh majlis graduasi aku laaa. uuuuu. aku dah berjaya memegang segulung ijazah setelah tiga tahun berhem[as pulas dan berusaha melawan sikap aku yang malas tak sudah sudah. excited tak? excited tak? sebenarnya takde lah excited mana. eh excited lah jugak. hmm, yeke? entah lah rasa biasa melainkan nervous sebab nak bersalam dengan sultan selangor. ish, rugi tak kenyit kenyit mata kat dia semalam. kalau tak mesti dia dah jatuh cinta punya dengan aku. haha. mengarut lagi. okaylah, malas nak cakap banyak. layankan ajelah gambar gambar ni ye! enjoice bebeh!
thanks for the flowersss! muahh!


wuuu. di depan fakulti terchenta. *sangatlaaaaa*


bersama ayah dan bonda. many thanks for both of u. love you!


bersama shamira dan jeng3. hehe. maceh datang. hee


with friendsssss. xoxo

forever friends bebeh! ♥

*tak banyak gambar sebab takde orang nak tangkapkan gambar banyak banyak. abang, kakak ngan adik masing masing ada hal masing masing. tapi takpe sebab abah ngan mak ada. hehe. walaupun si dia tiada di sisi tetapi ucapannya sangat beerti. cewah. geli geleman pulak aku. hahak. :P

oh sebelum terlambat izinkan aku untuk mengucapkan,
CONGRATULATION!!!!
kepada semua kawan kawan yang begelar graduan.

Wednesday, September 22, 2010

dup dap dup dap




♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥HEARTBEAT♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Sunday, September 19, 2010

raya sakan kau!

setelah beberapa hari busy beraya plus ketiadaan internet untuk beberapa hari kerana tidak bayar selama 3 bulan menjadi punca blog ini tidak menghapdet sebarang ceritera raya. orang lain semua dah siap hapdet setiap hari raya. aku pulak baru nak hapdet. tak apalah, yang ini pakej cerita untuk seminggu raya punya.

aku rasa banyak banyak raya aku masa zaman dewasa ni, tahun ni lah paling sakan. yela, mana tak nya. hari hari berjalan pergi beraya selama seminggu straight. oh kecuali raya pertama sebab menunggu anak anak buah abah aku datang beraya di rumah.

okay,baca lah sinopsis raya aku untuk seminggu ni ha. harap korang tak pening lah nak baca. kalau rasa pening gak boleh tengok gambar sahaja. haha.

RAYA PERTAMA:






hari first ni tak macam rutin pagi raya sebelum sebelum ni. sepatotnya pagi raya lepas solat terus salam salam atau orang jawa cakap balalan dan terus ambil gambar keluarga. tapi disebabkan pagi raya lagi adik aku dah patah jari gara gara pergi the store beli barang lalu jatuh tangga, acara balalan di tunda selepas solat jumaat. dan masa tu macam kelam kabut sebab anak buah abah nak datang. so gambar family untuk raya kali ni tak ada.


RAYA KEDUA:





pagi pagi raya kedua balik kampung. rumah first semestinya rumah mbah murni. lepastu baru gerak pergi rumah rumah yang lain. yang paling best raya rumah mbokdeh minah lah. dapat rm 50 kau. ciss, padahal sampulnya aje yang rm50 isinya ehem ehem. mana boleh bagitahu. eh, dah habes belajar pon dapat duit raya? mestilah. i kan tak keje lagi. teheee. tak malu kan.


RAYA KETIGA:

ha, raya ketiga ni tak ada gambar. malas nak ambil ambil gambar ni sebab pergi beraya rumah anak anak buah abah. lagipun tak berapa rapat dengan dorang sebab dorang semua dah baya baya abah aku dah.


RAYA KEEMPAT DAN KELIMA:


masa ni pulak mak beriya nak hantar kakak balik JB sebab raya kelima dia dah start kerja. sambil sambil tu pergi pusing beraya rumah makcik makcik a.k.a kakak kakak abah dekat johot nun. so, takdelah bergambar sakan melainkan dalam kerete sahaja. macam biasa kami adik beradik memang pemalu. keh keh keh.


RAYA KEENAM:




asalnya, tak jadi nak join darling darling ni beraya bersama sebab balik dari johor tu dah pukul 12 malam. so macam dah penat. tapi disebabkan rindu membuak buak terhadap mereka, aku gagahi jua diri ini beraya bersama. lagipun aku tak pernah lagi beraya dengan dorang ramai ramai. memang happening sampai pening lah. tahun depan buat cenggini lagi ye! thanks senah kerana sanggup ambil dan hantar aku pulang sampai kau balik dah lewat malam. oh norisah tak dilupakan juga sebab drive balik hantar aku. sayang lah korang. muahhh.


RAYA KETUJUH:



yang ni beraya bersama darlings sambest pulak. hoh, ini lagi sakan. beraya sampai ke banting nun. bapak tak hengat lah jauh dia. tapi disebabkan aku duduk sebelah driver maka ikotkan saja mereka. yang ini pon tak kurang happeningnya sebab lima kereta yang join. anyway thanks raja a.k.a the driver. hahah.

haaaaa, complete sudah cerita untuk seminggu raya. memang pack kan. badan pun naik letih dan lemau. ekceli raya ke sembilan ada lagi ceritanya tapi tak larat lah nak cerita. lagipun itu baraan saudara mara belah mak pulak. gambar pulak masih di dalam camera. ini pon dah cukup panjang aku nak hapdet. mungkin entri aku paling panjang setakat ini. masaklah kau nak membacanya. haha. okaylah, sekian!!! adios bibeh!

* walaupun beraya sakan selama seminggu tetap tak puas sebab si dia balik sekejap sangat. sedih tahu. jumpa sekali aje. amboi, cukuplah tu kan. gatal lebih kau ni cik peah. :P

Wednesday, September 8, 2010

eid mubarak!

panjang umur pakcik ni ye. alhamdulillah.

dengan ini saya selaku penyimpan mohor besar di raja mengisytiharkan bahawa hari raya aidil fitri jatuh terjelepok pada 10 september 2010.

yahhhoooo!! esok hari raya! esok hari raya! eeh, eksaited lebih pulak. lusa baru raya lah dol. haish cik peah dodol anak pak sarip tongkol betol.

hmm, kembang kempis kembang kempis hidung sekejap je habis raya. rasa macam baru semalam je nak sahur untuk puasa pertama. sayu pulak hati ini bila bakal meninggalkan ramadhan yang penuh erti. sayuuu uuuu, hati ini makin sayuuuu. rinduuu uuuu, pada ramadhan yang bakal ditinggalkan. eceh dah macam lagu siti air mata syawal lah pulak.

okay, di kesempatan ini eden ingin mengucapkan dokek orang kampung sekalian SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN. sekiranya diri ini terlanjur kata, terkasar bahasa, tersepak terajang tertumbuk muka, termengumpat termengata gosip segala, tergurau kasar sehingga mengalir air mata, dan segala perlakuan buruk aku yang kebanyakannya memang tak disengaja walaupun mungkin ada yang sengaja tapi terasa seperti tak sengaja, harap di maafi lah ye.

aku tahu sepanjang aku hidup selama 22 tahun ni, banyak dah hati hati yang telah aku sakiti secara tak tersengaja. sumpah aku memang tak sengaja andai korang terasa. memang takde niat dalam hati walau sekelumit zarah pun nak bagi korang sakit hati jiwa dan raga. manusia memang tak pernah sempurna kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah. eh, dah jadi macam syahdu pula. tak kesah lah asalkan korang boleh ampunkan diri yang hina dan banyak cacat celanya ini.

lebih lebih lagi yang makan hati dan terguris sanubari dengan aku selama beberapa tahun kebelakangan ini. memang aku akui kadang kadang aku agak ego untuk melafazkan perkataan maaf walaupun aku tahu sedikit sebanyak kesalahan tu datang dari diri ini. tapi apakan daya ego terlalu tebal menyelubungi hati. dengan ini aku merendahkan ego aku ni untuk meminta maaf seikhlas hati. memang kita tak boleh nak ubah apa yang terjadi dengan perkataan maaf ini tapi kita mungkin boleh ubah masa depan kita kan. walaupun pepatah iban ada mengatakan you can forgive but never forget, tapi kemaafan itu lebih mulia kan. bila kita belajar untuk memaafkan orang, hati kita tenang. bila kita belajar meminta maaf dari orang, jiwa kita jadi aman. jadi, marilah kita saling bermaafan di antara satu sama lain tak kira jantina, warna kulit, ketinggian, kelebaran dan apa apa sahaja asalkan makhluk Allah di muka bumi ini.

wah wah wah. panjang lebar pulak ucapan hari raya aku kali ni. macam nak bagi ceramah pon ada haaa. takpelah, saling ingat mengingatkan antara satu sama lain kan ajaran mulia. terpuji lagi kau. tak gitu joyah? tak gitu bedah? tak gitu senah? hahaha. okaylah, sampai sini sahaja yang termampu untuk jari ini berjoget joget di atas papan kekunci. sehingga bertemu lagi di lain waktu tetapi totap tempat yang sama!!!