Wednesday, September 8, 2010

eid mubarak!

panjang umur pakcik ni ye. alhamdulillah.

dengan ini saya selaku penyimpan mohor besar di raja mengisytiharkan bahawa hari raya aidil fitri jatuh terjelepok pada 10 september 2010.

yahhhoooo!! esok hari raya! esok hari raya! eeh, eksaited lebih pulak. lusa baru raya lah dol. haish cik peah dodol anak pak sarip tongkol betol.

hmm, kembang kempis kembang kempis hidung sekejap je habis raya. rasa macam baru semalam je nak sahur untuk puasa pertama. sayu pulak hati ini bila bakal meninggalkan ramadhan yang penuh erti. sayuuu uuuu, hati ini makin sayuuuu. rinduuu uuuu, pada ramadhan yang bakal ditinggalkan. eceh dah macam lagu siti air mata syawal lah pulak.

okay, di kesempatan ini eden ingin mengucapkan dokek orang kampung sekalian SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN. sekiranya diri ini terlanjur kata, terkasar bahasa, tersepak terajang tertumbuk muka, termengumpat termengata gosip segala, tergurau kasar sehingga mengalir air mata, dan segala perlakuan buruk aku yang kebanyakannya memang tak disengaja walaupun mungkin ada yang sengaja tapi terasa seperti tak sengaja, harap di maafi lah ye.

aku tahu sepanjang aku hidup selama 22 tahun ni, banyak dah hati hati yang telah aku sakiti secara tak tersengaja. sumpah aku memang tak sengaja andai korang terasa. memang takde niat dalam hati walau sekelumit zarah pun nak bagi korang sakit hati jiwa dan raga. manusia memang tak pernah sempurna kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah. eh, dah jadi macam syahdu pula. tak kesah lah asalkan korang boleh ampunkan diri yang hina dan banyak cacat celanya ini.

lebih lebih lagi yang makan hati dan terguris sanubari dengan aku selama beberapa tahun kebelakangan ini. memang aku akui kadang kadang aku agak ego untuk melafazkan perkataan maaf walaupun aku tahu sedikit sebanyak kesalahan tu datang dari diri ini. tapi apakan daya ego terlalu tebal menyelubungi hati. dengan ini aku merendahkan ego aku ni untuk meminta maaf seikhlas hati. memang kita tak boleh nak ubah apa yang terjadi dengan perkataan maaf ini tapi kita mungkin boleh ubah masa depan kita kan. walaupun pepatah iban ada mengatakan you can forgive but never forget, tapi kemaafan itu lebih mulia kan. bila kita belajar untuk memaafkan orang, hati kita tenang. bila kita belajar meminta maaf dari orang, jiwa kita jadi aman. jadi, marilah kita saling bermaafan di antara satu sama lain tak kira jantina, warna kulit, ketinggian, kelebaran dan apa apa sahaja asalkan makhluk Allah di muka bumi ini.

wah wah wah. panjang lebar pulak ucapan hari raya aku kali ni. macam nak bagi ceramah pon ada haaa. takpelah, saling ingat mengingatkan antara satu sama lain kan ajaran mulia. terpuji lagi kau. tak gitu joyah? tak gitu bedah? tak gitu senah? hahaha. okaylah, sampai sini sahaja yang termampu untuk jari ini berjoget joget di atas papan kekunci. sehingga bertemu lagi di lain waktu tetapi totap tempat yang sama!!!