Sunday, September 19, 2010

raya sakan kau!

setelah beberapa hari busy beraya plus ketiadaan internet untuk beberapa hari kerana tidak bayar selama 3 bulan menjadi punca blog ini tidak menghapdet sebarang ceritera raya. orang lain semua dah siap hapdet setiap hari raya. aku pulak baru nak hapdet. tak apalah, yang ini pakej cerita untuk seminggu raya punya.

aku rasa banyak banyak raya aku masa zaman dewasa ni, tahun ni lah paling sakan. yela, mana tak nya. hari hari berjalan pergi beraya selama seminggu straight. oh kecuali raya pertama sebab menunggu anak anak buah abah aku datang beraya di rumah.

okay,baca lah sinopsis raya aku untuk seminggu ni ha. harap korang tak pening lah nak baca. kalau rasa pening gak boleh tengok gambar sahaja. haha.

RAYA PERTAMA:






hari first ni tak macam rutin pagi raya sebelum sebelum ni. sepatotnya pagi raya lepas solat terus salam salam atau orang jawa cakap balalan dan terus ambil gambar keluarga. tapi disebabkan pagi raya lagi adik aku dah patah jari gara gara pergi the store beli barang lalu jatuh tangga, acara balalan di tunda selepas solat jumaat. dan masa tu macam kelam kabut sebab anak buah abah nak datang. so gambar family untuk raya kali ni tak ada.


RAYA KEDUA:





pagi pagi raya kedua balik kampung. rumah first semestinya rumah mbah murni. lepastu baru gerak pergi rumah rumah yang lain. yang paling best raya rumah mbokdeh minah lah. dapat rm 50 kau. ciss, padahal sampulnya aje yang rm50 isinya ehem ehem. mana boleh bagitahu. eh, dah habes belajar pon dapat duit raya? mestilah. i kan tak keje lagi. teheee. tak malu kan.


RAYA KETIGA:

ha, raya ketiga ni tak ada gambar. malas nak ambil ambil gambar ni sebab pergi beraya rumah anak anak buah abah. lagipun tak berapa rapat dengan dorang sebab dorang semua dah baya baya abah aku dah.


RAYA KEEMPAT DAN KELIMA:


masa ni pulak mak beriya nak hantar kakak balik JB sebab raya kelima dia dah start kerja. sambil sambil tu pergi pusing beraya rumah makcik makcik a.k.a kakak kakak abah dekat johot nun. so, takdelah bergambar sakan melainkan dalam kerete sahaja. macam biasa kami adik beradik memang pemalu. keh keh keh.


RAYA KEENAM:




asalnya, tak jadi nak join darling darling ni beraya bersama sebab balik dari johor tu dah pukul 12 malam. so macam dah penat. tapi disebabkan rindu membuak buak terhadap mereka, aku gagahi jua diri ini beraya bersama. lagipun aku tak pernah lagi beraya dengan dorang ramai ramai. memang happening sampai pening lah. tahun depan buat cenggini lagi ye! thanks senah kerana sanggup ambil dan hantar aku pulang sampai kau balik dah lewat malam. oh norisah tak dilupakan juga sebab drive balik hantar aku. sayang lah korang. muahhh.


RAYA KETUJUH:



yang ni beraya bersama darlings sambest pulak. hoh, ini lagi sakan. beraya sampai ke banting nun. bapak tak hengat lah jauh dia. tapi disebabkan aku duduk sebelah driver maka ikotkan saja mereka. yang ini pon tak kurang happeningnya sebab lima kereta yang join. anyway thanks raja a.k.a the driver. hahah.

haaaaa, complete sudah cerita untuk seminggu raya. memang pack kan. badan pun naik letih dan lemau. ekceli raya ke sembilan ada lagi ceritanya tapi tak larat lah nak cerita. lagipun itu baraan saudara mara belah mak pulak. gambar pulak masih di dalam camera. ini pon dah cukup panjang aku nak hapdet. mungkin entri aku paling panjang setakat ini. masaklah kau nak membacanya. haha. okaylah, sekian!!! adios bibeh!

* walaupun beraya sakan selama seminggu tetap tak puas sebab si dia balik sekejap sangat. sedih tahu. jumpa sekali aje. amboi, cukuplah tu kan. gatal lebih kau ni cik peah. :P

1 comment:

aliyah yayaya~ said...

helehhh, si dia aku lg la x balik langsung! bersyukurlah sikit. haha