Wednesday, January 6, 2010

selamat kembali

alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah broadband saya berfungsi seperti sediakala tanpa ada sebarang masalah yang dihadapi untuk setakat ini. diharapkan agar keadaan ini akan berterusan sehingga saya menamatkan kontrak dengan maxis bagi membolehkan saya menggunakan broadband lain yang jauh lebih murah.

ini kerana saya sudah tidak tahan untuk membayar bil maxis yang cekik darah. maaf kepada encik ananda krishnan. saya harus berbuat begini demi masa depan. peh. ayat memang tak boleh belah. sangat bersopan santun. ehem ehem. saya memang seorang yang bersopan santun okay. cuma kadang kadang je macam lupa diri. hahahha.

okay, dengan kesihatan berokband aku yang dah pulih seperti sediakala dapat lah aku memulakan penulisan thesis aku yang telah tertangguh. harap harapnya takdelah asyik nak buat benda lagha je kan. fokus, fokus dan fokus untuk mencari segala macam maklumat yang diperlukan. *jangan cakap lebat je bai!*

sekian sahaja entri aku yang merepek lagi meraban ini. maaf kalau aku dah buang masa korang untuk baca entri ini. segala kesulitan amatlah disesali. salam sejahtera dan selamat petang.

*tak sabar nak tunggu P1 wimax cover serdang ngan sg buloh. adeh, gila lambat lah dorang ni.



Tuesday, January 5, 2010

potong! potong!

sah cukup bulan ni je aku potong kau maxis berokband. aku nak carik berok peliharaan baru pulak yang mungkin jauh lebih baik dari kau ataupun lebih kurang hampeh je ngan kau. harapnya better la kan. aku mungkin nak beralih arah pada beruk kepunyaan celcom itu. itu pon mungkin setelah berfikir sebanyak 1o, 20 kali. sebab beroknya wajib dibeli. tak seperti kau yang hanya di sewa.

haih. memang teruk betul lah dorang ni. elok elok sebelum ni kalau lebih limit pon dia slow down je speed. ni sekarang dia dah stop kan terus. kalau nak gak kena beli 1GB for rm 28. pehh gila lah kau kan maxis. nak buat untung lebih je kan. mentang mentang lah kau punye package yang 6GB tu tak laku, kau buat strategi macam ni pulak. kau memang pandai lah ananda krishnan. wa tabik spring lah! heh. hampeh!

so, buat sementara ni aku tak dapat nak online seperti sediakala. ohh. sangat menyedihkan kerana aku tak dapat nak carik information untuk thesis aku ni. ceh, time time ni baru terhegeh hegeh nak buat kan. sebelum ni kau punye berpoye poye main facebook je. hahaha. sebenarnya sedih sebab tak dapat bercinta kat ym ngn facebook. padan muka kau cik peah. tu lah main je kerja. kan dah. kawos! *kawos = padan muka*

hm, lepas ni aku tak tahu lah nak pakai berok apa. siapa siapa boleh bagi cadangan tak? tak kesah lah speed dia tak laju asalkan boleh access internet dengan harga yang sangat berpatutan. heh. ada ke berok macam tu? kalau ada boleh lag promote kat aku kan. mana tahu korang boleh di ambil bekerja sebagai ketua promoter untuk berok itu kan? hahaha. adalah pulak jawatan ketua promoter. entah aku tak tahu.

eeh. sudah lah. banyak pulak aku membebel kat sini. itulah. ini semuanya si berok tu punya pasal. tak pasal pasal aku dah terbebel. okaylah baik aku stop sekarang daripada tak berhenti henti nanti. okay. see ya!

Sunday, January 3, 2010

Edit Photo Contest

woooahh! gila rajin lah pulak aku sejak dua menjak join contest contest ni. yang ni masuk ketiga. eleh takdelah banyak pon. baru tiga kan. apedaa. hmm, takpelah janji ada join. contest dia pon senang. pilih je gambar gambar yang pernah aku edit sebelum ni. nak edit yang baru malas. hahahaha. kau memang tetap malas cik peah. oh sebelum terlupa sesiapa yang nak join boleh melawat INI BLOG. tarikh tutupnya 20102010. peh gila cantiklah tarikh kan. pandai cik rose kita. ala ala tarikh penting gitu. ngehh. ini dia gambarnya yang telah ku edit. jeng..jeng..jeng..


ini gambar tahun lepas. yang tiup bubble tu aku. kira dalam gambar ni aku yang main character. boleh kan macam ni kan cik rose. heheheh. yang dalam bubble tu aku dan kawan terbaik sampai mati. dorang lah kawan susah senang aku sepanjang aku belajar kat uni aku. memang dorang yang terbaik sebab masing masing kepala gila gila macam aku dan boleh terima apa adanya aku. eceh. ayat memang tak boleh blah. tapi serius aku sayang dorang. muaaaaahhh. love uols lah!! ngeeehh. *duit jpa dah masuk jangan lupa belanja aku. hahaha. main main jek*

kehadiran paling dinanti

engkau ku nanti..
saban waktu saban hari..
tak jemu tak berhenti..
tanpa terdetik bosan dihati..

engkau inspirasi..
yang mengisi segenap hati..
untuk meneruskan hidup ini..
tanpa ada lelah dalam diri..

di saat ini..
hanya engkau ku butuhi..
hanya engkau ku ingini..
demi mengusir resah di hati..
akibat hutang piutang mengelilingi diri..

ohh biasiswa untuk siswi..
bila kau mahu menerobos akaunku ini..
yang engkau biarkan bersawang tanpa ada isi..
untuk berpuluh hari..

sesungguhnya teruja ku menanti..
kehadiranmu disisi..
cepatlah kembali..
mendampingi diri ini..

*serius tengah sangap nak duit ni. nak bayar hutang piutang yang memenjara diri. nak beli barang barang peribadi. *shoppinglah* walaupun YES dah takde lagi. banyak benda yang aku dah fikir nak beli ni. (eh dah macam puisi yang aku buat tadi) hihihihihi.

Friday, January 1, 2010

pertama kali

entri ini adalah kesinambungan daripada entri lepas. memandangkan selama ini aku tak pernah ada azam untuk memulakan tahun baru, maka dengan ini saya ingin mengumumkan senarai azam saya pada tahun ini. amacam? ada gaya penyimpan mohor besar raja raja bercakap tak? agak agak boleh ganti pakcik mohor tu tak? haa..nilah azam tahun baru aku yang pertama. nak menggantikan tempat pakcik tu. yela aku tengok dia nak cakap pon macam dah tak larat kan. baik aku bantu dengan menggantikan tempat pakcik tu. kesian dia kan.

hahahah. boleh la pulak nak ganti pakcik tu kan. kalau boleh pon aku taknak lah. tak thrill lah kerja macam tu. takde cabaran langsung. eceh. macam lah kau tu seorang yang suka kan cabaran. buat final year project pon dah merungut rungut bersungut sungut. ini kan pulak nak kerja yang lebih mencabar. citt poodah.

eeh dah melencong ke tempat lain pulak aku ni. haih inilah jadinya kalau orang yang banyak cakap. asalnya nak pergi pasar tapi dia melencong pergi makan mcD dulu pastu pergi ngumpat dekat rumah kak senah barulah pergi pasar. paham tak? tak paham pon buat buat paham jelah ye.

okay kembali kepada tujuan asal setelah puas merapu dan mengarut. hm ini adalah azam tahun baru aku:
  • mahu bergraduasi dengan pointer yang gemilang terbilang dan cemerlang.
  • mahu mengurangkan bercakap supaya tiada lagi orang sakit hati dengan aku. diam itu lebih baik kan.
  • mahu mengurangkan berat badan sekurang kurangnya 5kg dan sebanyak banyak nya 10kg. *macam lah boleh. heh*
  • mahu mengurangkan waktu tidur @ berjaga selepas subuh. *tidur lepas subuh menutup pintu rezeki. semua orang pon tahu kan*
  • mahu belajar masak. *ini sangat penting sebagai persediaan awal untuk berkahwin. ehe*
  • mahu mendapatkan pekerjaan yang boleh menjamin masa depan diri sendiri dan keluarga.
  • mahu mengumpulkan duit untuk membeli barangan idaman seperti kamera slr *lama dah nak beli tapi duit takde* dan juga kereta *walaupun tak berani lagi drive. heh*
  • mahu membuang sifat malas yang teramat sangat supaya kesemua azam di atas dapat dicapai dengan jayanya. yeaaaahhh! *inilah azam terpenting sekali yang perlu dicapai aka main goal*
sekian sahaja azam aku pada tahun ini semoga tercapai segalanya. amiin. tapi apa apa pon kita perlu rajin berusaha. ya RAJIN adalah kata kunci untuk mencapai kejayaan. tanpa kerajinan itu jangan haraplah kita boleh capai segala azam kita. kerajinan tersebutlah membawa kita kepada usaha. ingat tiada kejayaan tanpa usaha. ha, ada macam motivator tak? adeh semua benda pon ko nak jadi cik peah. jadi diri sendiri sudah lah.

*macam biasa, kalau agak agak tak rajin nak baca skrol je sampai bawah. hehehe. apa kejadahlah, baik tak payah baca kan. ha, tak payah bacalah kalau camtu. hahaha.