Friday, December 31, 2010

make 2011 better!

haih, cepat betul masa berlalu kan. macam baru semalam je update pasal azam tahun 2010. nampaknya ada gak la yang tercapai dan ada yang tak. biasalah. mana mana orang pon mesti ada tertangguh azam masing masing. jadi seperti biasa bring forward lah kan. nak tahu ke azam aku yang dah tercapai dan yang belom? ehh, tak payah lah tak penting pon kan. tak masuk exam uolss.

hmm, nampaknya umur aku pon makin meningkat tapi aku tak rasa pon aku makin tua. motip? takde motipnya pon. cuma aku rasa diri aku ni belum matang macam sepatutnya. entah bila nak jadi matang pon tak tahulah. so, azam aku tahun 2011 adalah untuk mematangkan diri dan fokus pada kerjaya dan pengajian aku. aku dah taknak benda benda yang tak penting mengganggu fikiran aku. soal jodoh or whatsoever aku serahkan kepada Allah kerana memang itu urusan Dia. urusan kita menambahkan amal ibadah dan memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik disisi Allah.

aissh, bunyi macam patah hati heart broken gitu kan. hahah. adalah sikit kot. tapi it's nothing. i believe it was a part of life process. mungkin untuk mematangkan diri aku yang tak pernah matang kan. tak pon mungkin nak betulkan persepsi aku terhadap sesuatu yang selama ini aku tak pernah sedar. apa apa pun i'm so grateful indeed. so a big thank for that.

macam firman Allah ni:
…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216

aku dah tanamkan dalam diri aku bahawa setiap yang berlaku ada sebab yang tertentu dan tersembunyi kemanisan daripada kenangan pahit yang kita lalui tanpa kita sedari. lagipon perancangan Allah itu adalah yang terbaik kan. jadi, jangan pernah kita sesalkan dengan apa yang terjadi dan jangan kita tanamkan perasaan benci dan dendam dalam hati sebab at the end of the day kita sendiri yang sakit hati kan. orang lain tak rugi apa apa tapi kita yang rugi sebab sentiasa hidup dalam kebencian. its not good for your health tau. kang tak memasal dapat hipertension. wuuu. kita masih muda. kesihatan itu satu rezeki tau. so stay healthy bebeh!

okay, itu aja untuk update kali ni. semoga tahun 2011 ini lebih baik daripada tahun yang sebelumnya. insyaallah. dan jadikan perkara yang lepas itu sebagai pengajaran untuk masa akan datang. okay? adios. selamat tahun baru kawan kawan!!!

2 comments:

aen zamzuri said...

hoho~
happy new year cikpeah!
rise n shine!
fighting!

cik peah said...

happy new year too. yeahh im rising and shining soon. haha. basyahhh!