hai semua! apa macam dengan tahun baru korang? terasa macam diri tu baru? ke semangat baru? ataupun dapat apa apa baru? baju baru ke, kereta baru ke, handphone baru ke, boipreng baru ke, gelpreng baru ke? haaa. kat sini nak habaq mai lah dengan hampa semua kan. aku dah ada hobi baru sempena tahun baru ini. tau dak apa dia?
lahhh, takkan tak boleh agak kot. dah terang tang tang tajuk entri pon membaca jambatan ilmu kan. mestilah hobi baru aku membaca. best gila kan hobi baru aku? memang best lah habag hang kan. memang dapat semua ilmu yang dikehendaki lah. tak rugi wooo. cis, padahal buka sukarela pon nak menjadikan membaca sebagai hobi baru. tapi takpelah, banyak ilmu yang berkenaan kita dapat kan. makin rugi kalau kita tak membaca sebab kita takkan dapat apa apa pengetahuan pon. jadi marilah sama sama kita jadikan membaca sebagai hobi kita.
sepertimana yang telah diseru kerajaan, marilah kita membudayakan tabiat membaca dikalangan masyarakat kita agar minda kita terus berkembang dan negara maju kehadapan!! bangsa membaca bangsa berjaya! tak gitu? yeahh! hidup cikpeah! boleh jadi YB kan? hahahaktuih lah. celah mana ntah nak jadi YB nya. langsung tak layak. punah hancur luluh lah negara yang dipimpin nanti. eh, sejak bila pulak YB memimpin negara ni. hadoi, memang fail. jadi marilah kita membaca demi mempertingkatkan pengetahuan kita. jangan reti nak baca novel cintan cintun lepas tu berangan dan mendambakan kisah cinta tu macam dalam novel. memang tak lah kan. fantasi aje semua itu. bangkitlah wahai kawan kawan ku!! haha, naik syeikh dah aku ni. tak boleh dibiarkan. sudah lah sampai di sini sahaja. ok chow!
*kepala pening dan pusing bila benda yang dibaca tak boleh nak dipaham dan ditelan. omoooo~
No comments:
Post a Comment