Sunday, November 7, 2010

weirdo!

eeh, sudah seminggu rupanya saya tidak menghapdet blog ini. haih, memang mak nenek betul lah. sangat tak berdaya nak post anything dekat blog ni. nama je dah setahun lebih. kalau baby dah boleh cakap cakap tak berhenti taww. ini tak, post pon baru seratus lebih. haiyooo. memang tak konsisten aku ni. yelaaaah, bukan ada benda menarik yang nak diceritakan pon kan. nama pon jobless. tak kan nak cerita aktiviti aku dekat rumah pulak. konfem korang muntah rainbow nanti. hehe. okay, as usual mesti ada muqaddimah yang merapu ikan kerapu kan before nak start cerita. apa boleh buat, i'm mak nenek yaww.

ehh sudah sudah. sekarang kita start. ayomat get set go! haaaa. apa yang weirdo ni? apakah? siapakah? aku kah? eh, mestilah bukan aku. aku hanyalah insan normal hidup bersama orang yang normal di persekitaran yang normal. okay, cukup cukup! sebenarnya yang weirdo tu ialah the hijabis girls yang pakai legging. nampak pelik tak? pelik kan? kan kan kan? tak ke? aku je kot yang rasa pelik. eh, tapi serius pelik dowh aku tengok. okaylah siapa siapa yang terbaca post ni yang pakai legging tu sorry kalau terasa. no offense. ni hanyalah pendapat diriku sebagai insan yang kerdil walaupun besar gedabak pada fizikalnya.

kenapa aku cakap pelik? pelik lah kan. pakai tudung dah tutup rambut sekali tiba tiba nampak kaki pulak. i mean, nampak bentuk kaki yang sebenar benarnya. macam tak pakai seluar tu. kan nampak kaki kan. bezanya kalau pakai legging tak nampak kulit kaki je. haaaa, paham tak apa aku nak sampai kan dekat sini? kiranya nanti nampak macam seorang yang bertudung tetapi tidak mengenakan seluar. oppppss. tutup mata jangan tengok. cekci! haha. walaupunlah dorang akan cakap, "ala, tapi aku pakai baju labuh melabuhi punggung ku. mana nampak sangat bentuk kaki pon". okay, memang lah tak nampak sangat tapi still nampak pelik kan? haha. walaupun mereka yang pakai ni seorang yang kurus murus berkulit halus mulus. heh, takde kena mngena dengan kulit muka lah.

haa, cuba tengok kan nampak bentuk kaki sebenar kan? okay, yuna kurus so macam takde hal kan. tapi for me still looks weird. hehe

hmmm, kalau nak ikutkan orang yang pakai skinny jeans pon nampak bentuk kaki. tapi bagi aku bentuk kaki tu tak berapa realistik sekiranya kita pakai legging. ini disebabkan material kain itu sendiri which is legging lebih nipis macam pakai pantyhose. apa apa pon masing masing ada taste dan pendapat masing masing kan. mungkin mereka rasa lebih yakin untuk mengenakan legging. rasa lagi fashionable gittewh. tapi bagi aku is a big NO! eleh, sebab kaki kau gemok kan cikpeah. tu pasal memalu nak pakai gittewh. ehhh, bukan gemok ke kurus ke tapi its not my taste lah pakai legging walaupun bajunya labuh ke lutut. i'm prefer skinny jeans. ehe, mesti ada orang cakap, "ekeleh minah ni. sama je kot legging dengan skinny tuh". haaa, as i said earlier ini cuma pendapat seorang insan kerdil merdil gemok gedempol ni je. tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah tiada. kan kan kan?

okay, sekarang apa korang rasa?? ching!

*aku taknak mengaitkan pasal hukum hakam pakai legging etc sebab aku tahu pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan memang lah tak boleh dipakaikan. cuma sekadar memberi perspektif aku melihat mereka yang bertudung memakai legging. ceh, ayat tak boleh nak skema lagilah pulak.

*last saturday pergi uniqlo with family. malas lah nak update. takde yang menarik sebab harga dia BAEK PUNYE. aku tertipu. ingat stok stok baju jepun korea taiwan yang dijual online tu. ape da.


3 comments:

nurulhuda said...

aku pon tak suka pki lengging kcuali kalau dlm blik,hihihi.
tp aku pong pki jeans yg agk ketat jgk.haish ble tah nk insapppp

cik peah said...

ahah. macam aku cakap keans ketat pon dia nampak macam pakai seluar. kalau legging macam pakai stokin. haaa. xpe2. nanti kita insap sesame.

FarizDanialz said...

haha enrty ni boleh masuk kat group 'dilarang legging' kat facebook..

nanti i tolong promote blog u ha3