Thursday, November 11, 2010

hitam itu mutu keunggulan - Blackberry Torch 9800

hitam manis,
hitam manis,
yang hitam manis,
pandang tak jemu,
pandang tak jemu.

haaa, semua orang pon pernah dengar lagu ni kan. memang hitam itu manis. lebih manis lagi bila hitam itu adalah hitam beri hitam. eh, apa pulak beri hitam tu? alaaaaah, yang budak budak sekarang dok main picit picit tu la. takkan tak tahu kot. oooohhhhhoooi, blackberry kaaa? habaq lah awal awal blackberry. tapi apa kena mengena pulak nak update pasal blackberry kan? aisssh ada kena mengena cik adik, kakak, abang, mokcik, pokcik oi.


sekarang ni celcom tengah bermurah hati untuk memberikan 3 blackberry torch 9800 kepada nuffnangers yang bertuah. 3 bijik woi. siapa nak bagi free free macam tu je. memang tak lah kan. hai, memang beruntunglah badan siapa yang dapat genggam balckberry torch 9800 tu. gila kau tak bertuah, memang handphone bijok cenggini lah yang aku idam idamkan selepas sony ericsson w810i aku buat hal dan makin jahanam.


cuba korang bayangkan tanganku yang gebu lagi montok ini menggenggam blacberry torch 9800. memang kehidupan aku yang lame lagi plain terus bertukar menjadi ceria dan gumbira. CHING!



uuuu...ada style laaaa...



haaa, sekarang nampak apa yang aku nampak? okay, kalau korang tak nampak buat buat ajelah nampak ye. cuba korang tengok betapa besarnya skrin blackberry ni iaitu seluas 3.2 inchi mengalahkan model blacberry yang lain. sangat puas hati untuk melihat. lebih lebih lagi kepada mereka yang sangat gemar untuk online 24jam. *uhuk uhuk aku pon tergolong sekali la ni*. memang puas hati nak online facebook dan menonton video clip kegemaran anda di youtube tanpa perlu mengecil dan membesarkan mata anda pada waktu yang sama. memang sangat jelas terang dan nyata. mata yang rabun pun boleh jadi terang benderang. woohooo! gilemat. memang gile tapi jangan jadi gila.


selain skrin yang luas ia juga menyediakan touch screen seperti iPhone. jadi senang untuk kita touch touch and go. sentuh sentuh tekan. sentuh sentuh tekan. mudahkannnn. wah gituuu. tak perlu susah susah nak skroll facebook's page guna keypad macam model blackberry yang sebelum ni. lahhh, ini aje? uissshhh, mesti la ada lagi. mane boleh ni aje yang buat dia menjadi idaman hati.



sentuh sentuh tekan. yeah. sangat mudah kan.


cuba tengok lagi gambar yang aku dah bagi, nampak kan selain menyediakan touch screen ia juga menyediakan keypad QWERTY. alaa, yang macam keypad laptop dengan desktop korang tu. sama jigak macam model blacberry yang sebelum sebelum ni. kan senang kalau kita taip sms ataupun berfacebook serta bergoogle mencari maklumat penting dengan menggunakan keypad sedemikian. terasa seperti mengakses internet menggunakan laptop dan desktop kan.


maka, tak perlu lagi lah anda nak bersusah susah menekan sesatu keypad sampai sepuluh, lima puluh kali sampai jahanam kan. see, sekarang dah boleh nampak kan speciality nya kalau dibandingkan dengan iPhone yang hanya menyediakan touch screen dan juga model blacberry lain yang menyediakan keypad QWERTY sahaja. jadi memang berbaloi baloi untuk kita mendapatkannya bukan!


okay, sekarang belum cukup yakin lagi blackberry torch 9800 memang berbaloi untuk di miliki dan mampu mengubah hidup anda? mari kita lihat spesifikasinya. aku bagi yang complete punya. KACHING!!





haaa, terbeliak tak terbeliaklah biji mata korang kan setelah tengok full complete sepcification dia. memang aku pon terus terbuntang mata ternganga tak terkata apa. hebat memang hebat! jadi sesiapa yang ada duit lebih lebih tak tahu nak guna apa, marilah beli blackberry torch 9800 yang hitam menawan lagi anggun bergaya ini. lepas berjaya menggenggaminya memang gerenti tak tidur malam seminggu kerana teruja ber'online' menggunakan blackberry torch 9800. *amboi melampau benau ayat*. serius tak rugi punya untuk anda memilikinya.


okay, duit tak cukup nak beli cash sebijik macam ni? takpe, jangan nangis jangan meraung kerana dengan mendaftar pelan celcom exec atau celcom biz, anda mampu memilikinya dengan harga serendah RM 8 pada hari pelancaran blackberry torch 9800 iaitu 29 oktober 2010 pukul 3pm hingga 10pm di Bukit Bintang entrance, Pavilion KL. alamak!! terlepas lah pulak. ahaaa, jangan risau kerana mulai 3 November ini celcom menyediakan pelan pascabayar celcom exec dan celcom biz untuk blackberry torch 9800 yang GilaGempakHebatTakIngatMenawanTertarikMenariklah! tak percaya ke?cuba tengok ni. TING!!


berbaloi-baloi kan. memang berbaloi!


pehh, gila berbaloi dan berpatutan kan. budak sekolah rendah pon mampu memilikinya. aha, memang tipulah kan melainkan bapak budak tu seorang yang kaya raya dan bermurah hati nak membelikan anaknya yang bersekolah rendah sebijik blackberry torch 9800. tapi kalau kita tengok harga bulanan yang di tawarkan memang reasonable dan affordable. sekarang semua orang yang bergaji RM 2000++ sudah boleh menggayakan blackberry torch 9800 yang canggih lagi unggul ditangan anda dengan rasa penuh bangga sambil lubang hidung kembang tak ingat punya.


jadi, apa lagi dapatkannya segera! mesti berbaloi-baloi punya. blackberry torch 9800 FTW!!

*kalau masih tak jelas mengenai pelan pascabayar celcom exec atau celcom biz boleh KLIK SINI.


No comments: