Monday, July 19, 2010

maaf sayang T^T

maaf kerana membiarkan kau bersendiri tanpa teman disisi. maaf kerana semakin jarang meluangkan masa denganmu walhal diri ini terlalu banyak masa luang yang terbuang. tetapi tidak seminit mahu sesaat pun digunakan untuk bersamamu. bukan aku tak mahu. tetapi diri ini tiada hati untuk mendekati mu. bukan membencimu bahkan kaulah yang paling ku sayang. yang paling bermakna dalam hidupku.

aku bukanlah seorang yang dilahirkan bijak secara semulajadi untuk memahamimu. aku perlukan bantuan untuk mengenali serta memahami setiap sisi dirimu. justeru aku memerlukan wang untuk melakukan demikian. sedangkan aku tiada sumber pendapatan sekarang. maaf sekali lagi kerana aku tak bisa memahami mu dalam waktu terdekat ini.akan tetapi, aku berjanji untuk mencari pekerjaan demi mu sayang. sementelah itu kau akan ku fahami secara totalnya dan kita akan sering meluangkan masa bersama setelah itu. oh gitar ku sayang!


memperkenalkan sayangku. inilah dia MR ANJOBEES yang pernah aku pukul canang satu blog dulu. dia lah boifren yang aku sayang tapi malangnya aku jarang luangkan masa dengan dia. niat dihati nak masuk kelas gitar. tapi fulus tak ada. makanya aku biarkan dia bersendirian tanpa diusik dekat penjuru bilik aku. bunyi macam aku abaikan dia kan? memang pon. apa boleh buat nak belajar guna cd dengan youtube tak feel pulak. ceh alasan aku yang pemalas je ni. tapi apa apa pon aku takkan biarkan dia bersendirian lagi. bila aku dah terer main gitar boleh lah korang request lagu apa aje dekat aku ek. *beranganlah kau cikpeah*.

2 comments:

Nurfasihah Ali said...

hahahaha...ak nk request lgu yuna..cpt2..=)

cik peah said...

hahaha. nanti tunggu aku terer baru boleh request lagu. :P