Tuesday, July 27, 2010

9 bulan 12 hari

apa perasaan kita kalau nampak tapak kaki macam ni kat perut kita masa pregnant ek?

9 bulan 12 hari. kalau orang mengandung biasanya 9 bulan 10 hari dah melahirkan anak. kadang kadang ada yang lambat sehari dua, sebulan dua dan ada yang tercepat sehari dua, sebulan dua. haih. cakap pasal pregnant pulak. walaupun keinginan untuk mempunyai baby sangat kuat semenjak dari dulu tetapi tak bermaksud aku nak pregnant. im not ready yet for that.

okay, ekceli entry ni tak ada kaitan dengan pregnant dan baby semua tu. 9 bulan 12 hari adalah usia blog aku pada pukul 6.28 pagi, 27 Julai 2010. heh. rasa macam lama nak tunggu 9 bulan. eh silap. sebenarnya kejap aje. pejam celik pejam celik dah 9 bulan. pejam celik pejam celik dah habis belajar. pejam celik pejam celik aku masih duduk dekat rumah tak bekerja. pejam celik pejam celik mintak mintaklah aku dapat kerja. hahah. tapi kan kalau 4 tahun tu rasa sekejap ke lama? haih macam tak sabar pulak nak tunggu dan lihat apa akan jadi 4 tahun akan datang. hope that everything went well. amiin. ♥

No comments: