Tuesday, July 27, 2010

9 bulan 12 hari

apa perasaan kita kalau nampak tapak kaki macam ni kat perut kita masa pregnant ek?

9 bulan 12 hari. kalau orang mengandung biasanya 9 bulan 10 hari dah melahirkan anak. kadang kadang ada yang lambat sehari dua, sebulan dua dan ada yang tercepat sehari dua, sebulan dua. haih. cakap pasal pregnant pulak. walaupun keinginan untuk mempunyai baby sangat kuat semenjak dari dulu tetapi tak bermaksud aku nak pregnant. im not ready yet for that.

okay, ekceli entry ni tak ada kaitan dengan pregnant dan baby semua tu. 9 bulan 12 hari adalah usia blog aku pada pukul 6.28 pagi, 27 Julai 2010. heh. rasa macam lama nak tunggu 9 bulan. eh silap. sebenarnya kejap aje. pejam celik pejam celik dah 9 bulan. pejam celik pejam celik dah habis belajar. pejam celik pejam celik aku masih duduk dekat rumah tak bekerja. pejam celik pejam celik mintak mintaklah aku dapat kerja. hahah. tapi kan kalau 4 tahun tu rasa sekejap ke lama? haih macam tak sabar pulak nak tunggu dan lihat apa akan jadi 4 tahun akan datang. hope that everything went well. amiin. ♥

Friday, July 23, 2010

i just met you (♥_♥)

tiba-tiba macam suka dekat gambar ni. smart kan? hehe. ♥

Tuesday, July 20, 2010

Dini's 4th giveaway


che ahmad hoi hoi hoi. semalam aku dah join contest ray bon. ini hari aku nak join giveaway pulak memandangkan aku tak pernah join apa apa giveaway. mana lah tahu nasib aku baik dan ada rezeki nak dapat kan. ehehehe. mengharap pulak. takpe takpe. aku join sesaja meluangkan masa. okay sudah sudah menceceh. cakap banyak pon tak guna. siapa nak join boleh tekan banner di atas atau DISINI.

sekarang aku nak tag tiga orang dari korang. dan mereka yang bertuah adalah!!!!

tahniah buat mereka yang ditag tetapi bagi mereka yang tak tertag tapi nak join boleh juga. tiada halangan. bagi yang dah ditag nak buat boleh taknak buat pon tak apa. tiada paksaan tiada kerahan tenaga. hehehe. okay selamat mencuba!!!!

Monday, July 19, 2010

contest aku dan raybon



disebabkan aku seorang penganggur yang terlalu banyak masa terluang yang hendak dibuang, aku pon merajinkan diri ini yang pemalas untuk bloghopping. so, terjumpa satu blog yang buat contest. tuan empunya blog ini bernama caer. maka,dengan berbesar hati dan lobang idong aku pon join lah contest ini dengan mempertaruhkan gambar tersebut yang diambil ketika aku praktikal somewhere in subang. hohh time tengah praktikal memang menyempat aku nak snap gambar. gila tak ada kerja sedangkan masa tu memang tengah buat kerja.


tu diaaaa!

boleh klik supaya jadi besar punyaaaa!!

okay sekarang 2orang yang bertuah di tag oleh ku adalah:
aenzam
amelia

untuk maklumat lanjutnya mengenai contest ini anda di alu alukan untuk menekan LINK INI.
kalau rasa nak lagi best tekan dekat banner kat atas tu pon boleh.

*walaupun setiap kali aku masuk contest tak pernah bernasib baik tapi aku tetap tak peduli. kot kot kali ini ada rezeki kan. heheh. macam mintak simpati tak ayat ini? oh sama sekali itu bukan niat aku. :P

maaf sayang T^T

maaf kerana membiarkan kau bersendiri tanpa teman disisi. maaf kerana semakin jarang meluangkan masa denganmu walhal diri ini terlalu banyak masa luang yang terbuang. tetapi tidak seminit mahu sesaat pun digunakan untuk bersamamu. bukan aku tak mahu. tetapi diri ini tiada hati untuk mendekati mu. bukan membencimu bahkan kaulah yang paling ku sayang. yang paling bermakna dalam hidupku.

aku bukanlah seorang yang dilahirkan bijak secara semulajadi untuk memahamimu. aku perlukan bantuan untuk mengenali serta memahami setiap sisi dirimu. justeru aku memerlukan wang untuk melakukan demikian. sedangkan aku tiada sumber pendapatan sekarang. maaf sekali lagi kerana aku tak bisa memahami mu dalam waktu terdekat ini.akan tetapi, aku berjanji untuk mencari pekerjaan demi mu sayang. sementelah itu kau akan ku fahami secara totalnya dan kita akan sering meluangkan masa bersama setelah itu. oh gitar ku sayang!


memperkenalkan sayangku. inilah dia MR ANJOBEES yang pernah aku pukul canang satu blog dulu. dia lah boifren yang aku sayang tapi malangnya aku jarang luangkan masa dengan dia. niat dihati nak masuk kelas gitar. tapi fulus tak ada. makanya aku biarkan dia bersendirian tanpa diusik dekat penjuru bilik aku. bunyi macam aku abaikan dia kan? memang pon. apa boleh buat nak belajar guna cd dengan youtube tak feel pulak. ceh alasan aku yang pemalas je ni. tapi apa apa pon aku takkan biarkan dia bersendirian lagi. bila aku dah terer main gitar boleh lah korang request lagu apa aje dekat aku ek. *beranganlah kau cikpeah*.