hai korang. selamat pagi. semoga uols sihat dan bertenaga di pagi hari. kalau tak cukup bertenaga minumlah milo. minum milo anda pasti sihat dan kuat!! yeahhh. semangat pulak pagi pagi camni aku hapdet blog. padahal tak semangat langsung nak kerja. aku rasa cam ada kerja nak buat tapi tak tahu apa yang kena buat. heh. cik peah punya perangai memang camni. kadang kadang aku pon naik lemas dan rimas sampai rasa nak lempang diri ni laju laju kasi otak tu center betol sikit. pastu boleh fikir dengan waras. boleh buat keputusan dengan rasional.
haaa, bila cakap pasal buat keputusan ni, kepala otak aku dah berserabut. you know what, i hate making any decision yang melibatkan masa depan aku. korang pernah tak rasa perasaan macam aku ni? eh, macam korang tau pon ape perasaan aku sekarang ni kan. sekarang ni aku rasa macam, alangkah bestnya jadi undergrad. belajar aje tak payah nak buat keputusan yang berat macam aku ni.
haih kau ni cik peah. keputusan apa yang berat sangat bagi kau tu. ce citer ce citer. ni nak habaq mai lah kat hangpa semua kan. yela, bila dah habis belajar ni kita mesti kena buat keputusan sama ada nak sambung belajar di peringkat seterusnya atau bekerja kan? keputusan ni lah yang aku rasa berat dan azab sangat nak pikir.
ekceli aku dah buat keputusan dah. dah nak dekat sebulan dah. laaaaa, habis tu apa pulak masalah kau ni kan cik peah? ni lah masalah aku. aku rasa tak yakin dengan apa yang aku buat ni. kadang kadang aku rasa menyesal ada. rasa macam tak leh gi ada. senang cerita macam macam la aku pikir semuanya tak kena. nak nak haritu ada orang dari pejabat pendidikan daerah telefon offer untuk jawatan GSTT. aku pulak pergi cakap aku dah sambung belajar. bila aku telefon mak aku cerita pasal tu, mak aku cakap, "laaaa, kenapa cakap kau dah sambung belajar? kalau kau jadi GSTT tu kan nanti senang nak dapat kpli. bal, bla, bla". perbualan terlalu panjang untuk diceritakan. kang mahunya berjela-jela entri aku ni ha.
so, bila mak aku cakap macamtu aku jadi makin tak yakin lah dengan apa yang aku buat sekarang ni kan. lagipon jawatan GSTT tu aku memang dah tahu akan dapat punya. cuma masa tu aku dah terjanji nak jadi RA ni. so rasa macam tak baiklah nak mungkir janji dan aku pulak seorang yang amat lembab bila bab bab nak decide which one is the best for me.
mula mula aku fikir mungkin ini yang terbaik bagi aku, bagi masa depan aku. tapi bila dah decide, perasaan ragu ragu tu makin menebal dalam diri aku. rasa macam, aaaargghh menyesalnya aku buat keputusan ni. kenapalah tak dengar cakap mak bla, bla, bla. adakah perasaan ni datangnya dari syaitan yang direjam yang mahu tengok anak anak adam ni tersungkur di dalam hidupnya? cis bedebah kau syaiton. berani berani bermain api dengan aku kan. erk, apakah aku merepek ni?
memang berat kan nak buat keputusan yang sangat penting dalam hidup kita ni? bila kita rasa macam kita salah buat keputusan, ada aje fikiran fikiran negatif yang bermain main di minda tatkala jiwa gundah gulana. ohhh, sukarnya bagiku berpisah denganmuuuu. eeh ni dah masuk lagu ramlah ram pulak.
hmmm, sudah lah kalau begitu. makin aku membebel makin banyak aku merapu. kesudahannya memang tak akan ada kesudahan itu disebabkan jari ini hanya pandai menaip yang merapu. susah untuk menjadikannya terus kepada tujuan asal. takpelah, ni salah satu terapi aku untuk aku clear up my mind dari anasir anasir negatif yang mencemari minda ku yang suci dalam debu ini. ceh, nak terapi bagai. terapi yang paling berkesan tatkala dilema begini adalah shoping kan? tapi malang sekali untukku yang belom bergaji ini. haaa, ni pon salah satu sebab kenapa aku rasa macam apa aku rasa sekarang ni.
*ohh, untuk pengetahuan GSTT itu adalah singkatan bagi guru sandaran tak terlatih.
ya Allah, please guide me in making the best decision for myself, for my family and for my future. please show me the way. the right and exactly way.
No comments:
Post a Comment