Thursday, February 3, 2011

aku rare. aku unik.

hello february!! welcome and be good to me peliss. eheh, boleh lah pulak kau nak suruh bulan februari yang takde nyawa apa entah lagi akal fikiran nak buat baik kat kau. apa kau pikir dia makhluk kah? dia cuma bulan yang bakal berlalu pergi seperti bulan bulan lain tanpa mengira apa yang dah kau lakukan dan hasilkan sepanjang bulan tu.

hah, bila aku pikir pikir balik bulan januari aku berlalu macam tu aje. macam tak produktif. yelah, work progress pon ciput. knowledge yang dapat pon ciput. gaji pon ciput. eh eh, syukur boleh tak? komplen banyak. padahal diri sendiri yang malas tahap gaban bukan cipan. so kengkawan pelis jangan tiru perbuatan ini dimana sahaja anda berada. lebih lebih lagi ketika anda di tempat belajar. bahaya wooohh malas malas ni. nanti hapa pon tak dapat. anbilibebel? bilib it.

actually, i have nothing to rant here, tapi ada la sorang hamba Allah yang kiut miut ni request aku hapdet belog untuk februari yang indah permai ini. pehh, bajet artis pulak kau kan cik peah sekarang ni. bukan main lagi. laaah, memang la. aku bukan main. aku mengarut aje kat belog aku. oh okay, korang mesti tak paham. takpe lupakan.

marilah kita kembali ke tujuan asal. di sebabkan ada orang request, so aku pon dengan rasa bangganya nak habaq mai pasai satu benda yang sekarang ni budak budak sekolah suka sangat buat. ni pon lepaih aku dok tengok satu bidio ni kat belog cik epal. haih, aku pon dak tahulah apa yang bestnya buat benda ni. eeh, tetiba dok cakap utagha ni pehal plak kan. haaa, kalau nak tau kenapa tetiba aku cakap kedah and apa yang budak budak la ni suka buat boleh lah tengok bidio ni.



haaa, dah tengok dah kan? so ada tak sesiapa kat sini macam terasa keww? eeh, dah terikut ikut pulak. janganlah terasa okay. ini cuma pendapat masing masing ajeww. eeh, lagi sekali. cik peah ni memang macam mintak penerajang aje kan. tapi seriously aku pon rasa agak rimas bila mereka mereka ini eja menambah nambah huruf dan menggantikan dengan huruf yang lain.

kalau nak diikutkan secara realiti, macam macam jenis ejaan yang korang boleh jumpa sampai rasa pening-kepala-lalu-mahu-menghantukkan-kepala-dekat-dinding-secara-bertalu-talu tatkala membaca ayat ayat sukahatikauajenakejamacammana ni. yang paling best bila perkataan bahasa melayu diinggeriskan. haaa, mesti tak tercapai dek akalmu kan? nak aku bagitahu ke apa contoh perkataannya? haaa, lu pikirlah sendiri!!! Assalamualaikum. hahahak.

kalau korang nak tahu sangat apa contoh contoh perkataan yang ejaannya gila bapak rare lagi pelik bolehlah start berkawan dengan budak sekolah ataupun follow blog dorang. haishh, budak budak sekarang ni advance gila babas tau. darjah 6 pon dah ada blog. peh gila canggih lah dorang kan. tak macam aku dulu dulu darjah 6 takde internet. petang petang main teng teng kat belakang rumah aje. sobs sobs.

*apa apa pun tak semuanya eja macam gini. ada je yang eja dengan normal. mungkin yang eja lain dari yang lain tu sebab dia taknak sama dengan orang lain kot. nak diri jadi rare dan unik gitu.


4 comments:

Sevenelevenisme said...

t'sembur air liur sbb ketawa t'bahak2

cik peah said...

ahaha, chilllepakrelax la braii.

BazzRianne said...

best ar video editing die..stylo kan?

cik peah said...

haha, tau xpe. tapi ni dia ikot style RWJ. ray william johnson kot. sebijik. pe2 pon dia style ah. hehe