Wednesday, January 19, 2011

aku anak orang kaya??


hai uolss. apa khabar anak anak ikan mak hayyam semua? cukup makan tak? dua tiga minggu sejak-dua-menjak-duduk-dekat-universiti-terchenta-yang-memang-rasa-sayang-nak-tinggalkan-sebab-tu-duduk-dekat-sini-balik memang bertambah tambah 'SEHAT' lah aku ni. bukan sehat yang kesihatan anda terjamin dengan makan vitamin kami yang diimport khas dari zimbabwe. bukan bukan. tapi sehat sebab banyak makan. lepastu makan nak sedap sedap. sehinggakan diri terasa seperti anak orang kaya yang hanya nak makan makanan yang mahal mahal sampai nasi yang dekat kafe tu nampak seperti murahan gitu. wahhh, melampau betul perumpaan kau kan sampai orang yang baca ni konfem tak paham apa yang kau cuba sampaikan. MAKE IT SIMPLE AND STRAIGHT TO THE POINT PLEASEEE!

okay okay, eden torai tanpa mengeluarkan perkataan yang merapu meraban. cenggini ceritanya, semenjak aku duduk balik dekat universiti aku ni dengan tujuan sambung belajar (doa doa lah kuat semangat nak sambung dengan penuh keyakinan ye), aku dah menghabiskan beberapa ratus dengan jayanya tanpa sebarang keraguan sedangkan duit itu hasil keringat kedua ibu bapaku. cisss, anak durhaka aku ni. ehhh, takdelah sampai derhaka kan. cuma terhabiskan je. yela, sepatutnya hari-hari aku duduk dekat lab ni buat keje dengan tekunnya dan kalau takde buat keje pon membaca journal dengan tekunnya. tapi aku dah terkeluar jenjalan bersama rakan-rakan. bila dah keluar jenjalan ni paham-paham lah kan. duit mesti habis punya walaupun ada cubaan nak menahan nafsu serakah daripada menggunakan duit duit tersebut untuk menggemokkan badan.

aishhhh, aku memang seorang yang boros dan sukar untuk mengawal hawa nafsuku yang satu itu. bajet macam kaya lah kan nak belanja sakan padahal bukan sesenang itu nak mendapatkan wang ringgit. kena berusaha bermati-matian. so, bear in mind cik peah. after this no more joli-joli abeskan duit mak bagi. okay? pomish tau! hakhak. geli jew nak pomish pomish ni. padahal berjanji dengan diri sendiri. bukan berjanji dengan boipreng pon nak cakap cenggitu manja-manja, geli-geli. ohhh, so not me okkay. cisss.

ha, okaylah. tu aje pon yang nak diceritakan. takde apa yang menarik lagi tertarik untuk korang baca. cuma bebelan dan rapuan aku untuk memastikan blog yang macam segan nak hidup mati tak mahu ni bercahaya seperti sediakala. amboi cahaya celah mana ntah. eh dahlah. okbai!

hmm, best giler kan kalau dapat duit banyak macamni. ish3, sila bersyukur dengan apa yang ada okkay!

4 comments:

Bazzstary said...

hehe..jgn giv up berblogging,besh je bace bebelan ko.
x pon nk bg becahaya lg pekata ko post ko main gitar ke piano ke mcm si najwalatif tu.
sbbnye aq tgk muke korg cam iras2 laa bile senyum..hee
http://najwalatifs.blogspot.com/

cik peah said...

hahaha. pulak dah. celah mana la iras iras time aku senyum ni? dia comel lagi kot. lagipon aku belom pandai main gitar. entah bila nak pandai pon aku xtau. haha

Eja Razif said...

suka bau duit.

cik peah said...

sedap kan bau duit? lagi2 yang baru keluar dari bank. haha