Wednesday, September 22, 2010

dup dap dup dap




♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥HEARTBEAT♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Sunday, September 19, 2010

raya sakan kau!

setelah beberapa hari busy beraya plus ketiadaan internet untuk beberapa hari kerana tidak bayar selama 3 bulan menjadi punca blog ini tidak menghapdet sebarang ceritera raya. orang lain semua dah siap hapdet setiap hari raya. aku pulak baru nak hapdet. tak apalah, yang ini pakej cerita untuk seminggu raya punya.

aku rasa banyak banyak raya aku masa zaman dewasa ni, tahun ni lah paling sakan. yela, mana tak nya. hari hari berjalan pergi beraya selama seminggu straight. oh kecuali raya pertama sebab menunggu anak anak buah abah aku datang beraya di rumah.

okay,baca lah sinopsis raya aku untuk seminggu ni ha. harap korang tak pening lah nak baca. kalau rasa pening gak boleh tengok gambar sahaja. haha.

RAYA PERTAMA:






hari first ni tak macam rutin pagi raya sebelum sebelum ni. sepatotnya pagi raya lepas solat terus salam salam atau orang jawa cakap balalan dan terus ambil gambar keluarga. tapi disebabkan pagi raya lagi adik aku dah patah jari gara gara pergi the store beli barang lalu jatuh tangga, acara balalan di tunda selepas solat jumaat. dan masa tu macam kelam kabut sebab anak buah abah nak datang. so gambar family untuk raya kali ni tak ada.


RAYA KEDUA:





pagi pagi raya kedua balik kampung. rumah first semestinya rumah mbah murni. lepastu baru gerak pergi rumah rumah yang lain. yang paling best raya rumah mbokdeh minah lah. dapat rm 50 kau. ciss, padahal sampulnya aje yang rm50 isinya ehem ehem. mana boleh bagitahu. eh, dah habes belajar pon dapat duit raya? mestilah. i kan tak keje lagi. teheee. tak malu kan.


RAYA KETIGA:

ha, raya ketiga ni tak ada gambar. malas nak ambil ambil gambar ni sebab pergi beraya rumah anak anak buah abah. lagipun tak berapa rapat dengan dorang sebab dorang semua dah baya baya abah aku dah.


RAYA KEEMPAT DAN KELIMA:


masa ni pulak mak beriya nak hantar kakak balik JB sebab raya kelima dia dah start kerja. sambil sambil tu pergi pusing beraya rumah makcik makcik a.k.a kakak kakak abah dekat johot nun. so, takdelah bergambar sakan melainkan dalam kerete sahaja. macam biasa kami adik beradik memang pemalu. keh keh keh.


RAYA KEENAM:




asalnya, tak jadi nak join darling darling ni beraya bersama sebab balik dari johor tu dah pukul 12 malam. so macam dah penat. tapi disebabkan rindu membuak buak terhadap mereka, aku gagahi jua diri ini beraya bersama. lagipun aku tak pernah lagi beraya dengan dorang ramai ramai. memang happening sampai pening lah. tahun depan buat cenggini lagi ye! thanks senah kerana sanggup ambil dan hantar aku pulang sampai kau balik dah lewat malam. oh norisah tak dilupakan juga sebab drive balik hantar aku. sayang lah korang. muahhh.


RAYA KETUJUH:



yang ni beraya bersama darlings sambest pulak. hoh, ini lagi sakan. beraya sampai ke banting nun. bapak tak hengat lah jauh dia. tapi disebabkan aku duduk sebelah driver maka ikotkan saja mereka. yang ini pon tak kurang happeningnya sebab lima kereta yang join. anyway thanks raja a.k.a the driver. hahah.

haaaaa, complete sudah cerita untuk seminggu raya. memang pack kan. badan pun naik letih dan lemau. ekceli raya ke sembilan ada lagi ceritanya tapi tak larat lah nak cerita. lagipun itu baraan saudara mara belah mak pulak. gambar pulak masih di dalam camera. ini pon dah cukup panjang aku nak hapdet. mungkin entri aku paling panjang setakat ini. masaklah kau nak membacanya. haha. okaylah, sekian!!! adios bibeh!

* walaupun beraya sakan selama seminggu tetap tak puas sebab si dia balik sekejap sangat. sedih tahu. jumpa sekali aje. amboi, cukuplah tu kan. gatal lebih kau ni cik peah. :P

Wednesday, September 8, 2010

eid mubarak!

panjang umur pakcik ni ye. alhamdulillah.

dengan ini saya selaku penyimpan mohor besar di raja mengisytiharkan bahawa hari raya aidil fitri jatuh terjelepok pada 10 september 2010.

yahhhoooo!! esok hari raya! esok hari raya! eeh, eksaited lebih pulak. lusa baru raya lah dol. haish cik peah dodol anak pak sarip tongkol betol.

hmm, kembang kempis kembang kempis hidung sekejap je habis raya. rasa macam baru semalam je nak sahur untuk puasa pertama. sayu pulak hati ini bila bakal meninggalkan ramadhan yang penuh erti. sayuuu uuuu, hati ini makin sayuuuu. rinduuu uuuu, pada ramadhan yang bakal ditinggalkan. eceh dah macam lagu siti air mata syawal lah pulak.

okay, di kesempatan ini eden ingin mengucapkan dokek orang kampung sekalian SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN. sekiranya diri ini terlanjur kata, terkasar bahasa, tersepak terajang tertumbuk muka, termengumpat termengata gosip segala, tergurau kasar sehingga mengalir air mata, dan segala perlakuan buruk aku yang kebanyakannya memang tak disengaja walaupun mungkin ada yang sengaja tapi terasa seperti tak sengaja, harap di maafi lah ye.

aku tahu sepanjang aku hidup selama 22 tahun ni, banyak dah hati hati yang telah aku sakiti secara tak tersengaja. sumpah aku memang tak sengaja andai korang terasa. memang takde niat dalam hati walau sekelumit zarah pun nak bagi korang sakit hati jiwa dan raga. manusia memang tak pernah sempurna kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah. eh, dah jadi macam syahdu pula. tak kesah lah asalkan korang boleh ampunkan diri yang hina dan banyak cacat celanya ini.

lebih lebih lagi yang makan hati dan terguris sanubari dengan aku selama beberapa tahun kebelakangan ini. memang aku akui kadang kadang aku agak ego untuk melafazkan perkataan maaf walaupun aku tahu sedikit sebanyak kesalahan tu datang dari diri ini. tapi apakan daya ego terlalu tebal menyelubungi hati. dengan ini aku merendahkan ego aku ni untuk meminta maaf seikhlas hati. memang kita tak boleh nak ubah apa yang terjadi dengan perkataan maaf ini tapi kita mungkin boleh ubah masa depan kita kan. walaupun pepatah iban ada mengatakan you can forgive but never forget, tapi kemaafan itu lebih mulia kan. bila kita belajar untuk memaafkan orang, hati kita tenang. bila kita belajar meminta maaf dari orang, jiwa kita jadi aman. jadi, marilah kita saling bermaafan di antara satu sama lain tak kira jantina, warna kulit, ketinggian, kelebaran dan apa apa sahaja asalkan makhluk Allah di muka bumi ini.

wah wah wah. panjang lebar pulak ucapan hari raya aku kali ni. macam nak bagi ceramah pon ada haaa. takpelah, saling ingat mengingatkan antara satu sama lain kan ajaran mulia. terpuji lagi kau. tak gitu joyah? tak gitu bedah? tak gitu senah? hahaha. okaylah, sampai sini sahaja yang termampu untuk jari ini berjoget joget di atas papan kekunci. sehingga bertemu lagi di lain waktu tetapi totap tempat yang sama!!!

Saturday, September 4, 2010

nostalgia si kad raya.

hai hoi hui! apa khabar anda semua?? tiba tiba mood nak hapdet mendadak datang dengan tiba tiba setelah teringat dengan kad kad raya yang pernah diterima suatu ketika dulu. ha, nampak tak perkataan suatu ketika dulu? maksudnya sekarang aku dah tak pernah dapat kad raya. oh ada lah dapat satu tahun lepas daripada najibah. tapi still, tahun ni tak dapat.

haish macam tak seronok kan. kalau dulu masa sekolah, tiap tiap seorang dalam geng wajib hantar kad raya kepada setiap seorang. yang bestnya bila dapat kad raya ni boleh berlagak dengan kakak siapa yang lagi dapat kad raya. lepastu ayat ayat yang ditulis dalam kad raya tu mesti panjang lebar umpama menulis surat. yela sepanjang persahabatan banyak buat salah dan silap.

ha, yang paling tak boleh blah dalam kad raya tu mesti ada duit 1 sen atau 5 sen. kalau yang kaya sikit bagi 10 sen. konon konon tu duit raya untuk si penerima. lepas tu kat hujung hujung kad raya tu mesti ada tulis pantun 2 kerat yang biasanya berbunyi macam ni;

pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.
*ha, yang ni nampak sangat mengharapkan orang balas kad raya kau kan.

pecah kaca pecah tong,
sudah baca harap gantung.
*yang ni pulak biasanya untuk orang yang membalas kad raya tu

bila dah dapat kad raya yang dekat sampul kad raya tu tulis terima kasih posmen, mula lah masing masing sambung sambung kad raya tu lepastu gantung dekat dinding. tak pon kalau ada pokok hiasan dalam rumah mesti stapler kan kad raya tu dekat daun daun pokok tu. barulah nampak suasana raya tu kan dengan tergantungnya kad kad raya disini sana. tapi sekarang kalau pergi beraya mana mana rumah dah tak nampak suasana macam tu. termasuk lah rumah aku disebabkan berkurangnya atau tak dapat langsung kad raya.

tapi, banyak banyak kad raya yang aku pernah dapat dulu aku tak pernah dapat yang ada keluar lagu raya. teringin sangat dulu dulu nak dapat kad raya macam tu tapi apa boleh buat kawan kawan semua sekolah takde duit nak beli kad raya mahal mahal termasuk lah aku. takpelah dah besar ni boleh lah beli kad raya bunyi bunyi untuk diri sendiri. hahaha. gila desperate nak dapat kad raya macam tu. eh, tapi kan sekarang ada lagi ke orang jual kad raya ye? mesti dah tak banyak macam dulu kan? yela sekarang orang lagi suka bagi ucapan raya guna sms dan tagged dekat gambar facebook. lebih jimat dan mudah kan. cumanya perasaan tu dah tak sama dengan perasaan dapat sekeping kad raya.

hoh, panjang lebar pulak aku berceloteh kali ni. yela semua semua yang aku cerita kat atas tu berdasarkan pengalaman sendiri masa zaman muda remaja dolu dolu. rindu pada kenangan yang lalu. apa apa pon, korang semua dah siap ke buat persiapan hari raya? kalau boleh biarlah bersederhana ye. ceh, pandai nasihat orang diri sendiri pon boros. okay sama sama kita berjimat ye kawan kawan. sehingga ketemu lagi di aidilfitri!!!!!

ha, ni la contoh kad raya yang selalu dapat dolu dolu. mesti ada kartun kartun. tapi kad raya ni tak best sebab takde bahagian dalam. heh

i'm getting older.

Alhamdulillah, thanks Allah for giving me chances to live on Your earth, to eat Your food and to breathe Your air for 22 years. i hope that i will be better when i'm getting older. i hope that i'm grown up when i'm growing old. *ekceli kopipes daripada status di facebook sebab malas dah nak fikir ayat*.


haish memang dasar pemalas betol lah aku ni kan. umur dah masuk 22 tahun tapi perangai malas tu tak pernah nak hilang. tak pernah nak transform jadi rajin. kalau lah rajin tu boleh dibeli akan aku beli walau berapa pun harganya. tapi apa kan daya itu semua tiada yang ada hanyalah usaha untuk memperbaiki diri menjadi seorang insan dan hamba kepada Allah yang lebih baik dari hari ini dan semalam.


apa apa pun di harap semoga dengan bertambahnya usia aku ni bertambah jugalah segala amalan kepada Allah dan segala bakti kepada kedua ibu bapa yang banyak berjasa. amiin.

okaylah, disebabkan mata dah berat bagai ada sepuluh biji lori yang menghempapnya maka aku tak nak taip panjang panjang. lagipun macam lah rajin sangat korang nak baca bebelan yang tak ada kena mengena ngan korang panjang lebar kan. aku pon tak suka baca blog panjang panjang bikin mata keranjang. eh, bikin mata juling dan kepala pening lihat tulisan pusing pusing.

disebabkan bulan puasa ni takde siapa nak bagi aku kek, eh cop. memang dah besar gini takde siapa dah nak bagi aku kek dah. ha, tengoklah gambar cheesecake yang memang menjadi favourite aku setiap kali aku teringin nak makan kek. tadaaaaa!!

hmm, tiba tiba rasa ngidam pulak nak makan kek ni. nyummm!

*teringat masa kecik kecik dulu buat birthday party sebab nak dapat hadiah banyak banyak. hahaha. best kan jadi budak kecik.

Wednesday, September 1, 2010

yeay! ♥

oh, gembiranya saya bila dapat tahu tahun ni awak beraya dengan saya. really cant wait for that day! so, lets start counting the days! weeee. ♥♥♥ ehem2. jangan excited sangatlah cik peah okay? kita chillax saje.

ha, alang alang aku ada mood menghapdet blog aku yang telah ku biarkan usang untuk beberapa minggu ini, aku nak mengucapkan selamat hari raya semua walaupun ada lagi seminggu lebih puasa. semoga kurang dari 10 ramdhan ni kita dapat keredhaan Allah yang dicari cari selama ini. amiin!

ekceli ucapan raya ni tak official ye. kalau nak official kenalah tunggu di 1 syawal. okay, semoga berjumpa lagi~