Friday, December 31, 2010

make 2011 better!

haih, cepat betul masa berlalu kan. macam baru semalam je update pasal azam tahun 2010. nampaknya ada gak la yang tercapai dan ada yang tak. biasalah. mana mana orang pon mesti ada tertangguh azam masing masing. jadi seperti biasa bring forward lah kan. nak tahu ke azam aku yang dah tercapai dan yang belom? ehh, tak payah lah tak penting pon kan. tak masuk exam uolss.

hmm, nampaknya umur aku pon makin meningkat tapi aku tak rasa pon aku makin tua. motip? takde motipnya pon. cuma aku rasa diri aku ni belum matang macam sepatutnya. entah bila nak jadi matang pon tak tahulah. so, azam aku tahun 2011 adalah untuk mematangkan diri dan fokus pada kerjaya dan pengajian aku. aku dah taknak benda benda yang tak penting mengganggu fikiran aku. soal jodoh or whatsoever aku serahkan kepada Allah kerana memang itu urusan Dia. urusan kita menambahkan amal ibadah dan memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik disisi Allah.

aissh, bunyi macam patah hati heart broken gitu kan. hahah. adalah sikit kot. tapi it's nothing. i believe it was a part of life process. mungkin untuk mematangkan diri aku yang tak pernah matang kan. tak pon mungkin nak betulkan persepsi aku terhadap sesuatu yang selama ini aku tak pernah sedar. apa apa pun i'm so grateful indeed. so a big thank for that.

macam firman Allah ni:
…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216

aku dah tanamkan dalam diri aku bahawa setiap yang berlaku ada sebab yang tertentu dan tersembunyi kemanisan daripada kenangan pahit yang kita lalui tanpa kita sedari. lagipon perancangan Allah itu adalah yang terbaik kan. jadi, jangan pernah kita sesalkan dengan apa yang terjadi dan jangan kita tanamkan perasaan benci dan dendam dalam hati sebab at the end of the day kita sendiri yang sakit hati kan. orang lain tak rugi apa apa tapi kita yang rugi sebab sentiasa hidup dalam kebencian. its not good for your health tau. kang tak memasal dapat hipertension. wuuu. kita masih muda. kesihatan itu satu rezeki tau. so stay healthy bebeh!

okay, itu aja untuk update kali ni. semoga tahun 2011 ini lebih baik daripada tahun yang sebelumnya. insyaallah. dan jadikan perkara yang lepas itu sebagai pengajaran untuk masa akan datang. okay? adios. selamat tahun baru kawan kawan!!!

Monday, December 20, 2010

redah belasah aje.

hai, assalamualaikum uolsss. wahh bagi salam gittewh. curluz kau cik peah. hehe. lama dah rasanya aku tak mengarut dekat dalam blog ni kan. kalau ada post pon entri kopi-cicah-biskut-dan-pes aje. alasannya mestilah takde mood nak mengarut kan. ekceli, dari petang tadi terasa nak hapdet tapi separuh jalan menaip, eh separuh lah sangat satu baris pon tak sampai terus takde idea nak hapdet pasal apa.

tetiba tadi sebelum nak solat maghrib tergerak hatilah pulak nak tengok gambar gambar lama dalam handphone. maklumlah handphone dah berusia 3tahun lebih. elok lagi cuma dah buruk dah. entah bila nak rosak entah. memang taknak kasi aku can nak tukar baru lah tu. takpe takpe selagi masih boleh pakai kita lenjan sampai ke titisan nyawa terakhir handphone tu kan. oh, lari tajuk pulak. alkisah, tengok gamba gamba tu sekali terasa sebak macam sedih bercampur terharu gitu. yela, tengok tengok, belek belek, muka aku yang sekarang ini masih seperti muka aku berusia 19tahun dahulu.

wahhh, motip nak cakap macam tu? mestilah nak bagitahu muka aku masih nampak muda. babyface gitu. hahaha. sorilah uolss buat taik telinga korang geli geli sampai nak terkeluar pulak kan. tapi serius doh, semalam masa pergi merisik girlfriend abang aku, nenek girlfriend dia ni boleh tanya, " ni sekolah lagi ke?". aku dengan tersipu sipu siput pon jawablah. "eh, taklah. dah habis belajar dah". wahh, kembang lobang idong aku ni ha, nenek tu ingat aku budak sekolah. memang terbukti wajahku tidak dimamah usia. ahahak. ayat kau tak nak kalah. nak va va voom aje kan cik peah.

heh, tengok tu. cik peah ni dah mula buat hal kan. bila mood nak hapdet datang entah apa yang dikarutnya. asal nak cerita benda lain tapi lain yang ditaip. huh, redah ajelah. korang baca ajelah hapdet aku yang takde motip ni kan.

eh, apa pulak takde motipnya. ni haaa, motip aku bagitahu aku tengok gamba gamba dulu sebab terasa masa 3 tahun tu cepat sangat berlalu. terasa macam aku ni dah makin tua tapi dari segi minda dan hati masih tak matang lagi. masih kebudak budakan lagi. masih macam dulu. sedih kan? sepatutnya dalam usia aku yang 22 tahun ni aku dah makin matang dan amalan aku pon makin bertambah serta skil masak atau skil surirumah aku makin bertambah.

sepatutnya memang molek sangat kalau usia macam aku ni jadi bini orang sebab dah boleh layan suami dan jaga suami dengan baik. tapi aku tak macam tu. mak aku dah bebel bebel. setiap kali mak aku bebel pasal sikap buruk aku yang the one and only that really very damn terrible malas ni mesti aku sengih macam kerang busuk pastu buat muka. pastu apa yang dia cakap semua tak masuk dalam telinga. macam angin yang menyapa pipi sepoi sepoi bahasa gitu. gila teruk perangai aku ni. semoga dengan berakhirnya tahun 2010 lagi 2 minggu ni, sikap buruk aku pun bakal berakhir. insyaallah.

aku nak mulakan tahun 2011 dengan azam dan semangat yang baru walaupun azam setiap tahun tak pernah dicapai. eh macam setiap tahun pun aku ada azam kan? haha. whatever lah. tapi aku nak pastikan 2011 aku lebih baik daripada tahun sebelum sebelumnya walaupun tahun 2010 ni agak mengecewakan hatiku dan memberi secalit kenangan pahit tapi itulah yang akan bakar semangat aku untuk aku terus menjadikan tahun tahun berikutnya penuh dengan kenangan manis. jyeahhh! wahh gitu lah cik peah. semangat waja serta membara! grrr!

okay, tetiba dah takde oidea nak menaip lagi. sampai sini ajelah. kalau ada pon macam terlalu private untuk dikongsi. biarlah disimpan didalam hati agar tiada sesiapa terguris hati. yang penting, apapun yang terjadi aku takkan salahkan sesiapa sebab benda dah jadi dan Allah tahu apa yang terbaik untuk diri ini. wallahua'lam.

ni milo. kucing aku. haha. gambar memang takde kena mengena dengan entri aku ye. harap maklum.

*tajuk entri macam takde kena mengena kan? tapi apa boleh buat memang post kali ni aku redah belasah aje. haaa, kenalah tu kan?

Tuesday, December 14, 2010

cinta, dicintai, menyintai

amaran daripada pihak tak kuasa mak noks: entri ini adalah entri kopipes. kalau nak baca korang boleh baca. kalau macam terasa malas nak baca tapi macam nak tahu apa isi dia boleh baca part yang kau suka. kalau memang tak minat nak baca boleh gerakkan tetikus anda ke penjuru belah kanan atas sekali dan tekan tanda x. sekian terima kasih :)

1. To My Friends Who
Are………..SINGLE

Love is like a butterfly. The more you
chase it, the more it eludes you. But
if you just let it fly, it will come
to you when you least expect it. Love
can make you happy but often it hurts,
but love’s only special when you give
it to someone who is really worth it.
So take your time and choose the best.

2. To My Friends Who
Are…………NOT SO SINGLE

Love isn’t about becoming somebody
else’s "perfect person." It’s about
finding someone who helps you become
the best person you can be.

3. To My Friends Who
Are…………PLAYBOY/GIRL TYPE

Never say "I love you" if you don’t
care. Never talk about feelings if
they aren’t there. Never touch a life
if you mean to break a heart. Never
look in the eye when all you do is
lie. The cruelest thing a guy can do
to a girl is to let her fall in love
when he doesn’t intend to catch her
fall and it works both ways…

4.To My Friends Who
Are…………MARRIED

Love is not about "it’s your fault",
but "I’m sorry." Not "where are you",
but "I’m right here." Not "how could
you", but "I understand." Not "I wish
you were", but "I’m thankful you are."

5. To My Friends Who
Are…………ENGAGED

The true measure of compatibility is
not the years spent together but how
good you are for each other.

6. To My Friends Who
Are…………HEARTBROKEN

Heartbreaks last as long as you want
and cut as deep as you allow them to
go. The challenge is not how to
survive heartbreaks but to learn from
them.

7.To My Friends Who
Are…………NAIVE

How to be in love: Fall but don’t
stumble, be consistent but not too
persistent, share and never be unfair,
understand and try not to demand, and
get hurt but never keep the pain.

8. To My Friends Who
Are …………POSSESSIVE

It breaks your heart to see the one
you love happy with someone else but
it’s more painful to know that the one
you love is unhappy with you.

9. To My Friends Who
Are …………AFRAID TO CONFESS

Love hurts when you break up with
someone. It hurts even more when
someone breaks up with you. But love
hurts the most when the person you
love has no idea how you feel.

10. To My Friends Who
Are …………STILL HOLDING ON

A sad thing about life is when you
meet someone and fall in love, only to
find out in the end that it was never
meant to be and that you have wasted
years on someone who wasn’t worth it.
If he isn’t worth it now he’s not
going to be worth it a year or 10
years from now. Let go…..


TO ALL MY FRIENDS…….

My wish for you is a man/women whose
love is honest, strong, mature,
Never-changing, uplifting, protective,
encouraging, rewarding and unselfish

*oh lupa mahu beri credit. entri ini saya kopipes dari belog ini ye. KELIK PELIS.

haaa, dah baca kan? ni mana yang baca sampai abeslah ye. renung-renungkan dan selamat beramal. tapi apa apa pon pastikan kita letakkan Allah sebagai yang pertama untuk dicintai kerana hanya cinta kepadaNya yang kekal abadi. macam nasyid yang biasa kita dengar ataupun yang tak pernah dengar mesti pernah baca kata pujangga yang berbunyi macam ni kan;

cintakan bunga, bunga akan layu, cintakan manusia, manusia akan mati, cintakan rasul, cinta hakiki, cintakan Allah, kekal abadi.

Saturday, December 11, 2010

forgive to forget

hmm, memang betol apa orang cakap. bila kita mula memaafkan seseorang yang pernah menganiaya, menyakiti kita, kita akan rasa lebih tenang tanpa ada rasa sedih dan seterusnya boleh melupakan kesakitan akibat perbuatan seseorang itu. tapi untuk melupakan apa yang dah terjadi memang susah kan..? boleh dikatakan mustahil. betol tak? tapi apa apa pon kita boleh jadikan ia sebagai satu pengajaran agar kita lebih berhati-hati dan berwaspada. jangan sampai paranoid sudah lah ye. bak kata orang orang yang fasih berbahasa inggeris;
past is past. if you want happiness dont walk together with the past. it maybe unforgettable but the reality is PAST IS JUST A LESSON. just look back but never bring it back.
jadi marilah sama sama kita memaafkan orang yang pernah melukakan hati kita agar hidup kita tak diselubungi kesedihan dan kekecewaan. eceh. dah macam pakar motivasi pulak dah aku ni. hehe.

okay, itu sahaja nak kongsi untuk kali ini. pendek je. tapi penuh bermakna kan? :P

Thursday, December 9, 2010

Ya Allah, jika aku jatuh cinta..


segalanya telah ku serahkan kepadaMu. hanya Engkau yang maha mengetahui segala sesuatu.