Wednesday, November 17, 2010

salam aidiladha y'all!



okay, dah layan kan lagu raihan kat atas ni? haa, sekarang aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDIADHA. semoga kita dapat menghayati erti pengorbanan disisi islam itu sendiri dan bermuhasabah apakah yang telah kita korbankan untuk agama, negara dan bangsa. renung renungkan dan selamat beramal.

*teringat dulu dulu masa abah korbankan lembu untuk aku, aku rasa lembu aku tu macam comel je dan sayu je tengok lembu tu dikorbankan. kesian. tapi makan gak daging lembu. yang pasti daging lembu yang kita korban kasi kat orang lain. aku makan daging lembu orang lain. aku rasa kesian ngan lembu aku je. heh. pehape je ntah kan.

*hmm, semoga satu hari nanti aku dapat jejakkan kaki aku ke rumah Allah. insyaallah.

Thursday, November 11, 2010

hitam itu mutu keunggulan - Blackberry Torch 9800

hitam manis,
hitam manis,
yang hitam manis,
pandang tak jemu,
pandang tak jemu.

haaa, semua orang pon pernah dengar lagu ni kan. memang hitam itu manis. lebih manis lagi bila hitam itu adalah hitam beri hitam. eh, apa pulak beri hitam tu? alaaaaah, yang budak budak sekarang dok main picit picit tu la. takkan tak tahu kot. oooohhhhhoooi, blackberry kaaa? habaq lah awal awal blackberry. tapi apa kena mengena pulak nak update pasal blackberry kan? aisssh ada kena mengena cik adik, kakak, abang, mokcik, pokcik oi.


sekarang ni celcom tengah bermurah hati untuk memberikan 3 blackberry torch 9800 kepada nuffnangers yang bertuah. 3 bijik woi. siapa nak bagi free free macam tu je. memang tak lah kan. hai, memang beruntunglah badan siapa yang dapat genggam balckberry torch 9800 tu. gila kau tak bertuah, memang handphone bijok cenggini lah yang aku idam idamkan selepas sony ericsson w810i aku buat hal dan makin jahanam.


cuba korang bayangkan tanganku yang gebu lagi montok ini menggenggam blacberry torch 9800. memang kehidupan aku yang lame lagi plain terus bertukar menjadi ceria dan gumbira. CHING!



uuuu...ada style laaaa...



haaa, sekarang nampak apa yang aku nampak? okay, kalau korang tak nampak buat buat ajelah nampak ye. cuba korang tengok betapa besarnya skrin blackberry ni iaitu seluas 3.2 inchi mengalahkan model blacberry yang lain. sangat puas hati untuk melihat. lebih lebih lagi kepada mereka yang sangat gemar untuk online 24jam. *uhuk uhuk aku pon tergolong sekali la ni*. memang puas hati nak online facebook dan menonton video clip kegemaran anda di youtube tanpa perlu mengecil dan membesarkan mata anda pada waktu yang sama. memang sangat jelas terang dan nyata. mata yang rabun pun boleh jadi terang benderang. woohooo! gilemat. memang gile tapi jangan jadi gila.


selain skrin yang luas ia juga menyediakan touch screen seperti iPhone. jadi senang untuk kita touch touch and go. sentuh sentuh tekan. sentuh sentuh tekan. mudahkannnn. wah gituuu. tak perlu susah susah nak skroll facebook's page guna keypad macam model blackberry yang sebelum ni. lahhh, ini aje? uissshhh, mesti la ada lagi. mane boleh ni aje yang buat dia menjadi idaman hati.



sentuh sentuh tekan. yeah. sangat mudah kan.


cuba tengok lagi gambar yang aku dah bagi, nampak kan selain menyediakan touch screen ia juga menyediakan keypad QWERTY. alaa, yang macam keypad laptop dengan desktop korang tu. sama jigak macam model blacberry yang sebelum sebelum ni. kan senang kalau kita taip sms ataupun berfacebook serta bergoogle mencari maklumat penting dengan menggunakan keypad sedemikian. terasa seperti mengakses internet menggunakan laptop dan desktop kan.


maka, tak perlu lagi lah anda nak bersusah susah menekan sesatu keypad sampai sepuluh, lima puluh kali sampai jahanam kan. see, sekarang dah boleh nampak kan speciality nya kalau dibandingkan dengan iPhone yang hanya menyediakan touch screen dan juga model blacberry lain yang menyediakan keypad QWERTY sahaja. jadi memang berbaloi baloi untuk kita mendapatkannya bukan!


okay, sekarang belum cukup yakin lagi blackberry torch 9800 memang berbaloi untuk di miliki dan mampu mengubah hidup anda? mari kita lihat spesifikasinya. aku bagi yang complete punya. KACHING!!





haaa, terbeliak tak terbeliaklah biji mata korang kan setelah tengok full complete sepcification dia. memang aku pon terus terbuntang mata ternganga tak terkata apa. hebat memang hebat! jadi sesiapa yang ada duit lebih lebih tak tahu nak guna apa, marilah beli blackberry torch 9800 yang hitam menawan lagi anggun bergaya ini. lepas berjaya menggenggaminya memang gerenti tak tidur malam seminggu kerana teruja ber'online' menggunakan blackberry torch 9800. *amboi melampau benau ayat*. serius tak rugi punya untuk anda memilikinya.


okay, duit tak cukup nak beli cash sebijik macam ni? takpe, jangan nangis jangan meraung kerana dengan mendaftar pelan celcom exec atau celcom biz, anda mampu memilikinya dengan harga serendah RM 8 pada hari pelancaran blackberry torch 9800 iaitu 29 oktober 2010 pukul 3pm hingga 10pm di Bukit Bintang entrance, Pavilion KL. alamak!! terlepas lah pulak. ahaaa, jangan risau kerana mulai 3 November ini celcom menyediakan pelan pascabayar celcom exec dan celcom biz untuk blackberry torch 9800 yang GilaGempakHebatTakIngatMenawanTertarikMenariklah! tak percaya ke?cuba tengok ni. TING!!


berbaloi-baloi kan. memang berbaloi!


pehh, gila berbaloi dan berpatutan kan. budak sekolah rendah pon mampu memilikinya. aha, memang tipulah kan melainkan bapak budak tu seorang yang kaya raya dan bermurah hati nak membelikan anaknya yang bersekolah rendah sebijik blackberry torch 9800. tapi kalau kita tengok harga bulanan yang di tawarkan memang reasonable dan affordable. sekarang semua orang yang bergaji RM 2000++ sudah boleh menggayakan blackberry torch 9800 yang canggih lagi unggul ditangan anda dengan rasa penuh bangga sambil lubang hidung kembang tak ingat punya.


jadi, apa lagi dapatkannya segera! mesti berbaloi-baloi punya. blackberry torch 9800 FTW!!

*kalau masih tak jelas mengenai pelan pascabayar celcom exec atau celcom biz boleh KLIK SINI.


Wednesday, November 10, 2010

antara dua


hoh, tajuk dah macam lagu farah AF pulak kan. haaa, tapi ni tak seperti apa yang korang fikirkan. bukan nak memilih antara dua boyfriend. buat apa nak banyak banyak boyfriend kan memang bikin kepala pusing yang satu tu pon belom tentu terjaga ada hati nak sampai dua tiga. kau mampu? memang mak tak mampu nok.



oh, dah lari tajuk. eh tak lari lah tajuknya masih sama cuma bendanya yang lain. actually, aku tengah pening ni nak buat pilihan. nak kerja ke nak sambung belajar? peluang untuk dua dua tu dah ada depan mata tapi otak aku ni dah berkarat tak tahu mana nak pilih. kalau ikut hati memang berat nak sambung belajar lagi. otak aku dah berkarat macam dah tak mampu je. tapi kalau kerja pun kena gunakan otak jugak. masih ada cabarannya.



hmmm, memang susah kan bila kita terpaksa buat pilihan dalam masa terdekat ni. harap harap pilihan mana pon aku buat dua dua mendatangkan kebaikan. insyaallah. sesungguhnya Allah Maha mengetahui yang terbaik buat hambaNya. kita sebagai hambaNya hanya perlu lakukan yang terbaik di dalam hidup ni dengan penuh keyakinan. jyeahhhh! *motivate diri sendiri* oh kalau orang lain rasa termotivate pon bagos lah kan. hehe










Sunday, November 7, 2010

weirdo!

eeh, sudah seminggu rupanya saya tidak menghapdet blog ini. haih, memang mak nenek betul lah. sangat tak berdaya nak post anything dekat blog ni. nama je dah setahun lebih. kalau baby dah boleh cakap cakap tak berhenti taww. ini tak, post pon baru seratus lebih. haiyooo. memang tak konsisten aku ni. yelaaaah, bukan ada benda menarik yang nak diceritakan pon kan. nama pon jobless. tak kan nak cerita aktiviti aku dekat rumah pulak. konfem korang muntah rainbow nanti. hehe. okay, as usual mesti ada muqaddimah yang merapu ikan kerapu kan before nak start cerita. apa boleh buat, i'm mak nenek yaww.

ehh sudah sudah. sekarang kita start. ayomat get set go! haaaa. apa yang weirdo ni? apakah? siapakah? aku kah? eh, mestilah bukan aku. aku hanyalah insan normal hidup bersama orang yang normal di persekitaran yang normal. okay, cukup cukup! sebenarnya yang weirdo tu ialah the hijabis girls yang pakai legging. nampak pelik tak? pelik kan? kan kan kan? tak ke? aku je kot yang rasa pelik. eh, tapi serius pelik dowh aku tengok. okaylah siapa siapa yang terbaca post ni yang pakai legging tu sorry kalau terasa. no offense. ni hanyalah pendapat diriku sebagai insan yang kerdil walaupun besar gedabak pada fizikalnya.

kenapa aku cakap pelik? pelik lah kan. pakai tudung dah tutup rambut sekali tiba tiba nampak kaki pulak. i mean, nampak bentuk kaki yang sebenar benarnya. macam tak pakai seluar tu. kan nampak kaki kan. bezanya kalau pakai legging tak nampak kulit kaki je. haaaa, paham tak apa aku nak sampai kan dekat sini? kiranya nanti nampak macam seorang yang bertudung tetapi tidak mengenakan seluar. oppppss. tutup mata jangan tengok. cekci! haha. walaupunlah dorang akan cakap, "ala, tapi aku pakai baju labuh melabuhi punggung ku. mana nampak sangat bentuk kaki pon". okay, memang lah tak nampak sangat tapi still nampak pelik kan? haha. walaupun mereka yang pakai ni seorang yang kurus murus berkulit halus mulus. heh, takde kena mngena dengan kulit muka lah.

haa, cuba tengok kan nampak bentuk kaki sebenar kan? okay, yuna kurus so macam takde hal kan. tapi for me still looks weird. hehe

hmmm, kalau nak ikutkan orang yang pakai skinny jeans pon nampak bentuk kaki. tapi bagi aku bentuk kaki tu tak berapa realistik sekiranya kita pakai legging. ini disebabkan material kain itu sendiri which is legging lebih nipis macam pakai pantyhose. apa apa pon masing masing ada taste dan pendapat masing masing kan. mungkin mereka rasa lebih yakin untuk mengenakan legging. rasa lagi fashionable gittewh. tapi bagi aku is a big NO! eleh, sebab kaki kau gemok kan cikpeah. tu pasal memalu nak pakai gittewh. ehhh, bukan gemok ke kurus ke tapi its not my taste lah pakai legging walaupun bajunya labuh ke lutut. i'm prefer skinny jeans. ehe, mesti ada orang cakap, "ekeleh minah ni. sama je kot legging dengan skinny tuh". haaa, as i said earlier ini cuma pendapat seorang insan kerdil merdil gemok gedempol ni je. tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah tiada. kan kan kan?

okay, sekarang apa korang rasa?? ching!

*aku taknak mengaitkan pasal hukum hakam pakai legging etc sebab aku tahu pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan memang lah tak boleh dipakaikan. cuma sekadar memberi perspektif aku melihat mereka yang bertudung memakai legging. ceh, ayat tak boleh nak skema lagilah pulak.

*last saturday pergi uniqlo with family. malas lah nak update. takde yang menarik sebab harga dia BAEK PUNYE. aku tertipu. ingat stok stok baju jepun korea taiwan yang dijual online tu. ape da.