Thursday, June 10, 2010

budak setan yang legend


yo yo yo. apa di atas. apa di atas yaww yaaaw. ini hari gua taknak jadi diva gebuzz sebab gua sudah bertaubat. selamat tinggal dunia pondan. gua sudah berubah menjadi jantan yang gagah lagi perkasa. kelazz kau jantan haa. ooops. maaf. kadang kadang sikap semulajadi kita akan terkeluar walaupun kita cuba sorokkan sedalam dalamnya. betol tak? baik cakap betol sebelum aku hentak lu orang. peh gila ganas ah gua sekarang. kerja nak hentak orang je gua sekarang ni.

ah sudah sudah. inilah akibatnya bila nak dekat sebulan tak hapdet lepastu jadi rajin nak hapdet. wayar sudah putus, fius sudah hancus. ekceli takdelah rajin mana pon. selang sehari baru hapdet. bukan selang sejam dua ke. sebenarnya nak hapdet lagi dari semalam. tapi mood tak marilah. jari malas mahu menari nari di atas keyboard ini lah. so as a result, boleh cek dekat esmp.upm.edu.my. eh eh itu result exam untuk sem lepas lah. apa kau mencarut ni cik peah?

cenggini, al kisah. toyyib. aku dan adik beradikku serta sepupuku pergi menonton wayang bertajuk lagenda budak setan. alah yang orang dok hingaq cakap cerita dia best tu. bagi aku ceritanya tak memuaskan hati aku. sebab aku pernah baca novel dia yang waayyyy better than the film. like seriously? yeah seriously cerita novel yang setebal kamus dewan bahasa tak boleh diadaptasi menjadi sebuah filem. kerana apa saya berkata sedemikian? ini kerana babak yang sepatutnya panjang menjadi pendek dan ciput ciput sahaja. so tak puas. lagi lagi yang membuatkan aku tak puas nak tengok cerita ni sebab dia dok zoom in muka pelakon sorang sorang. dekat gila pulak. naik rimas. aku nak tengok scene yang nampak penuh. taknak nampak muka. maka segala jenis lopak dan bekas bekas jerawat si pelakon jelas terserlah. kesian deme.

tapi apa apa pon aku masih lagi menunggu untuk bahagian kedua. harapnya gaya pengarahannya dan garapan si pengarah lebih berkesan. jadi mr sharad sharan anda boleh berusaha lagi untuk bahagian kedua sekiranya anda masih lagi menjadi pengarahnya. eh apa betul nama direktornya begitu? ah hentam sajalah. ha kepada sesiapa yang cakap best tu memang best cuma mungkin aku lebih suka novelnya berbanding filemnya. setiap orang ada pendapat masing masing kan. okay sekian sahaja dari bilik berita. salam satu malaysia! *kejadah*

*proses penandaan kertas masih belum berjalan. sigh!
*dalam proses untuk mencari novelnya. sesiapa yang ada diharap bermurah hati untuk kasi aku pinjam. eheh


2 comments:

Bazzstary said...

alolo..asek dgr tak besh je..
tbantut niat nk g tgk LBS

*aq ase kn..klw kite yg bc bku ni..ckup duit ckup krew nk wat production..mst gebuzz kn cte tu ikut pe yg diimaginekan..haha

cik peah said...

ekceli bukan tak best ape. setiap scene tu macam pendek sangat. so tak puas.

hahaha. tapi ilmu pengarahan kena ada gak baru mantop!