okay, i know i'm a bit late. eh bukan a bit pon. tapi memang dah lambat. semua orang dah heboh dekat blog dan facebook masing masing tapi aku baru nak heboh. takpe bak kata orang tua biar lambat asal selamat. nak tahu ke apa yang aku nak hebohkan ni? eh tak payah lah. malu pulak aku. ceh gedik gila. okay okay i tahu uols semua dah tak sabar kan nak tahu.
TADAAAAA!!
alamak macam tak jelas. takpe boleh kelik untuk besar punye!!
lahh. ini je? apa kobondo lah ni kan? cuba korang tengok betol betol. yang dekat bawah sekali nun. yang dalam kotak sebelah tulisan tadaaa tu. haaaa. CATATAN: DIKURNIAKAN IJAZAH. alhamdulillah. setelah hampir 3tahun aku menuntut dalam bidang aku akhirnya aku berjaya mendapat segulung ijazah. terima kasih mak dan abah yang dah banyak berjasa sehingga aku berada di tahap ini. tak lupa juga kepada sahabat handai yang banyak membantu dan sentiasa disisi tak kira senang dan susah. wah wah wah dah macam speech orang menang award pulak.
sebelum aku belah ni ada pesanan dari penaja yang berbunyi begini walaupun tak keluar bunyi tapi korang baca kuat kuat kompom keluarlah bunyi nya. ha macam ni. bukan niat di hati hendak bongkak lagi angkuh dengan ijazah yang dikurniakan cuma sebagai inspirasi kepada mereka yang masih menuntut untuk belajar bersungguh sungguh sehingga berjaya menggenggamnya. tak kira lah walau apa yang dilakukan mestilah lakukan ia sehingga mencapai kejayaan. bak kata pujangga dari cik peah, tak bermakna berjaya memegang segulung ijazah berjaya didalam hidup kerana ia merupakan titik tolak untuk kita terus berusaha mencapai kejayaan demi kejayaan. jyeahhh! semoga berjaya kawan kawan!
*sebenarnya takde kerja. tu pasal hapdet entri cenggini.
** aku tahu perenggan yang terakhir tu memang poyo. tapi apa boleh buat. aku memang poyo. hahaha.
No comments:
Post a Comment