grrrrrrr. geram ni. geram gila. rasa nak marah nak campak laptop semua. haih. sabar sabar. eh jap, sebelum nak cerita kenapa aku geram bagi aku hembus dulu semua habuk habuk yang dah mula melekat dekat blog ni. fuuuuh. fuuuuh. fuuuuh. dah seminggu lebih aku tak hapdet. memang berhabuk lah kan. nasib baik belom bersawang. yela, bila duduk rumah tak tahu nak cerita apa. tak kan nak cerita aku makan, tido, tengok tv tu semua. jatuhlah kredibiliti aku. eceh. macam sekarang aku tak terbagitahu korang pulak apa aku buat bila dah habes belajar ni kan. hehehe.
okay, tapi bukan benda tu aku nak cerita. ni ha, geram pulak aku dengan berukben ni tadi. buat hal pulak dia. suka carik pasal time time macam ni. memang tahap kesabaran aku tak terkawal lah kan. naseb baik aku tak campak laptop ni. cuma aku hentak hentak je dia. ehehe. kesian lah laptop ni jadi mangsa kegeraman aku. eh tapi laptop ni tetap bersalah. dia sangkut sangkut, lembab nak mamfus. mungkin dah banyak sangat virus virus cinta beranak pinak dalam ni kot. nak format malas pulak. nanti terbang seratus dua. membajir!
breathe in, breathe out. hap hap fuuuuhhh. haaa. bila kita rasa marah, kita rasa geram, jangan biarkan perasaan itu membelenggu dan mengawal diri kita. bila kita biar ia mengawal kita, tu yang jadi benda tak elok. keluar lah perkataan perkataan yang tak elok macam vavi la, fundek la semua kan. takmo takmo. tak elok cakap perkataan perkataan camtu. ehe. padahal tadi masa marah baru je sebut. yela, marah ni kan datangnya dari syaitan. so, macam mana nak hilangkan perasaan marah ni? satu je caranya iaitu BERWUDHU. insyaallah lepas itu kita akan lebih rasa tenang dan aman sejahtera. marah pon hilang sebab setan gondol ni pun dah lari kena air wudhu kan. *tapi biasa tak buat pon. cakap je lebat. hehe* jadi, lepas ni sama sama lah kita amalkan ek. aku cakap ni pon untuk mengingatkan diri sendiri jugak. heee.
hmm. rasanya itu aje lah kot. hehe. boring je aku ni kan. tengah marah pon sebok nak kecoh dekat blog. takpelah, kalau boring tak yah baca pon. nanti bajir je masa korang kan. hehe. tapi nak baca terima kasih lah kerana meluangkan masa anda untuk baca entri ini. eh dah dah. in aje cerita untuk kali ini. lain kali agak agak kalau ada cerita best aku hapdet ek. kalau aku tak hapdet maksudnya tengah takde hot story lew tuh. ehehe. :P
2 comments:
ha..tau pon rase nak baling laptop kn??
rasa je. xbaling lagi pon. hehe
Post a Comment