Friday, April 30, 2010

pahit yang manis


malam ni adalah malam terakhir aku akan berada di tempat aku menimba ilmu. hmm, sebelum ni aku rasa happy je nak habes belajar. tapi tetiba malam ni perasaan aku bercambur baur. tak tahu nak cakap sedih ke, sebak ke, terharu ke. eceh. tetibe jadi sentimental pulak lah kan.

tapi seriously walaupun kadang kadang aku tak suka berada dekat sini. lalui detik detik dan saat saat di sini tapi dalam aku tak sedar sebenarnya banyak benda aku belajar dekat sini. banyak benda aku lalui sepanjang tiga tahun di universiti yang sama, kolej kediaman yang sama dan blok yang sama. tak kisah lah manis ke pahit ke.

kadang kadang sebenarnya yang pahit itulah yang manis. eh macam mana pulak pahit boleh jadi manis kan? yela. yang pahit itulah yang mengajar kita erti kehidupan. mengajar kita untuk lebih tabah dan lebih rasional sekiranya benda buruk jadi dekat kita. dan yang manis itu sememangnya sentiasa akan jadi manis. semanis madu semanis gula. tapi kemanisan ni tak kan buat kita kencing manis. heheh. apa pulak dah aku melalut ni kan.

tak tak aku tak melalut. aku cakap betul. apa yang manis dekat sini adalah kawan kawan aku yang sentiasa ada dengan aku. aku beruntung dapat kawan dengan korang walaupun macam macam jugak yang jadi dekat aku sepanjang ni. *eceh macam macam lah sangat* tapi korang still nak kawan dengan aku. al maklum lah perempuan mulut puaka macam aku ni kan. wajibun ada orang tak suka. apa apa pun aku tak kan anggap orang yang tak suka aku tu sebagai masalah sebab aku ada korang kan. walaupun kadang kadang korang banyak terasa dengan kepuakaan mulut aku dan perangai aku yang kadang kadang cam harem je kan. hehe. haih. apa nak jadi lah dengan cik peah sorang ni kan.

oh tak boleh nak cakap banyak lagi. aku dah rasa kehangatan air mata yang bergenang di bibir mata ini. ceh ayat nak drama habes. haha. takdelah. tak bergenang pun. cuma terasa agak sebak di dada. eceh. nak jugak. hahaha.

apa apa pun ain, amy, nurul, jauhar dan tiq, thanks for everything and sorry for my wrong doings. i know sometimes i hurt all of u but deep in my heart i never mean it. haha. macam haper je pulak aku sepiking ni. tak pe lah janji ikhlas. maaf ye kawan kawan semua. semoga ketemu di lain kali, hari dan waktu andainya jodoh kita panjang. nanti masing masing kawen jemput lah aku. al maklum lah masing masing dah ada calon kannn. kalau ada calon lebih lebih boleh pass dekat aku. ceh gatal mghela hang na. gurau jek. ehe.

sebelum aku mengakhiri post aku kali ini, aku nak dedicate kan lagu ini untuk korang semua. love ya all! xoxo

Graduation

And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of that night in June
I didn't know much of love
But it came too soon
And there was me and you
And then we got real blue
Stay at home talking on the telephone
And we would get so excitedand we'd get so scared
Laughing at ourselves thinking life's not fair
And this is how it feels

As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
From whatever
We will still be
Friends Forever

So if we get the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man?
Can Heather find a job that won't interfere with her tan?
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels

La, la, la, la:
Yeah, yeah, yeah
La, la, la, la:
We will still be friends forever

Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there?
Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly


Monday, April 26, 2010

OMG! habes dah? iye ke?

alhamdulillah syukur nikmat Malaysia maju rakyat selamat. ooooo. oooo. oooo. ehem ehem. sedap tak suara aku? ada iras iras siti norhalijah tak? ehehehe. amboi amboi happy je kau ye cik peah mentang mentang lah dah habes exam. eh dah habes exam? maksudnya aku dah habes belajar!! OMG OMG OMG! *sila buat dengan gaya yang penuh dengan gediwks owkayh*

apa bakal aku buat lepas ini? selepas habes VAVI eh salah VIVA dan menjilidkan thesis? leceh pulak nak ada VIVA ni kan. orang lain semua dah lepas. sepatutnya VIVA tu adalah presentation project. tapi fakulti kitorang buat ala ala interview. macam macam betul lah. sepatotnya synchronisekanlah dengan fakulti lain kan. adodoi. tak habes habes merungut aku ni.. dah habes pon nak merungut.

apa perasaan korang kalau aku jadi guru ganti sementara transkripsi degree keluar? tapi gaji spm je pun. tapi tapi macam cuak plak la kan nak jadi cikgu. ajar budak sekolah menengah yang sama besor dengan aku ni. buatnya aku kena buli. adoi mak! takut lah pulak. nak jadi RA dekat sini gaji pon gaji spm. sikit je. lepastu nak kena stay dekat sini. kena keluar belanja makan tempat tinggal sendiri. tak berbaloi. tapi kalau nak pengalaman dalam bidang biotech memang berbaloi baloi lah kan. masalahnya aku macam dah malas pulak nak involve dal bidang biotech. haih hape hape aje. belajo penat penat tak nak jadi biotechnologist pulok. takpelah ada rezeki mana mana pon boleh. kerja jelah selagi puncanya halal. ye dok?

hmm, okaylah. penat pulok nok dok bebel bebel kat sini. nak tido ah. petang petang orang cakap tak elok tidor. nanti mewarisi kegilaan. patotlah perangai aku tak semenggah. ah peduli haper kan. AAK? ehe.

Sunday, April 25, 2010

bahek punyew puunn

ting ting ting ting assalamualaikum haaaaa. ini entri kedua aku bagi salam ye ye ye.

malam malam macam ni memang boring kan. walaupun ada nota yang minta di baca tapi aku tak layankan. malas dah nak hadap dorang. asyik hadap dorang je baik hadap laptop. ceh. padahal 25 jam kot hadap laptop tanpa baca note. nak kaber kemalasan diri ah tu. haktuih. haha.

haaaaa. ini dia. aku ada benda bahek punyew nak share sama lu orang. memang terbahek dari ladang ah orang kata. tak caya? lu tengok lah sendiri pun.


udoh ditengok bideo nye? korang suke part yang mana? aku suke ustaz fadzilah kamtumi. idok paham? ate kome tengok le dulu. hahah. selamat menonton!!

kelakar tak? kelakar kan? cepat cakap kelakar sebelom aku gigit korang. euww apa main gigit gigit ni. jijik lah beybih. hahaha. ketawa syok sendiri. kalau korang rasa kelakar. korang tengokla cerita ni. ada kat astro warna. kalau korang takde astro warna korang tengok kat youtube search chapalrela. memang terbahek lah gandingan dua ekoq ni eh silap dua orang ni. kalau malas gak nak taip youtube sume search, tekan aje LINK ni haaa. baik kan aku memudahkan kerja korang. kalau malas gak idok la teman tau nak cakap apa lagi. haaa. tengok tau!

Thursday, April 22, 2010

monolog bisu

PENATLAHHHHH.

memanjang asyik penat. tidur banyak tak penat pulak. haih. takpe takpe kuatkan semangat untuk menghadapi beberapa paper ni. lepastu dah boleh berehat seminggu. seminggu je? tak boleh lama lama doh. nanti jadi malas nak mencari mata pencarian.

SEMANGAT!!

Tuesday, April 20, 2010

yang terakhir!

assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan ke atas kalian semua.

perggh. sebanyak banyak entri aku walaupun tak banyak mana inilah yang pertama sekali memberikan ucapan salam sejahtera. alhamdulillah. ada perubahan disitu ye. semoga dapat ditingkatkan lagi di entri akan datang. kalau lah lepas ni rajin nak update. ini pon dah macam haper je tahap kemalasan dan ketiadaan mood aku untul menghapdet blog terchenta nih. bukannya apa. aku takot korang boring je asyik baca benda dan kisah yang sama. al maklumlah aku bukannya reti nak berkongsi kongsi pendapat dan maklumat macam blogger lain kan. nak susun ayat pon tak reti. takot korang plak tak paham nanti.

okay, disebabkan semua orang pon dah menulis mengenai final exam yang sedang di hadapi aku pon dengan tak nak kalahnya nak cerita jugak. tapi bukan pasal ketegangan di kala mentelaah nota nota sebab aku memang malas nak mentelaah segala nota bagai. esok nak exam malam tu baru terhegeh hegeh terkedek kedek nak study sedangkan sudah tiada gunanya lagi.

eh2. salah tu. ada guna jugak setadi last minute. sebab bagi aku selagi ada masa walaupun seminit sebelum kertas peperiksaan depan mata, still boleh setadi lagi. mungkin tak banyak input at least ada la 0.01% input yang kita dapat kan. untung sabut timbul. untung batu tenggelam.

tapi korang jangan ikut sangat prinsip aku ni sebab hampeh je nanti. tak akan dapat kemungkinan 95% untuk score dalam exam. itu pasal aku pon jarang nak score. hahaha. eh ini macam tips sebelum menghadapi peperiksaan pulak. takpelah. anggap je ni tips free dari aku. free of charge. jarang aku buat baik ngan orang ni tahu. korang patut berbangga. cehhh.

disebabkan aku masih mempunyai 3 lagi paper sebelum aku terbang bebas bagaikan toothless the night fury, aku kena jugak setadi. kawan aku merangkap kawanbaik aku sejak sekolah cakap baik aku buat betul betul sebab ini adalah peperiksaan aku yang terakhir. so make sure it would be the best paper that i ever had. eceh sepiking london pulak. grammar terabor. tak pe. janji eden torai. yela, kena la buat terbaik supaya tak menyesal di kemudian hari. ye dok.

jadi kepada kengkawan yang sedang menghadapi peperiksaan akhir semester, aku nak ucapkan SEMOGA BERJAYA! lagi lagi yang dah final year. pastikan ini anda berpuas hati dengan peperiksaan yang memang terakhir ni. kan lepas ni dah takde exam macam ni lagi. itupon kalau korang tak sambung setadi lah.

oh ye, saja nak cerita dekat korang yang bapak aku suruh aku jadi guru ganti sementara aku tak dapat sijil aku lagi. dia dah carik kan sekolah. sekolah menengah pulak. mahu tak gigil kepala lutut aku ni. macam sereem je nak aja budak budak besar ni. doakanlah aku ye!