Saturday, September 4, 2010

i'm getting older.

Alhamdulillah, thanks Allah for giving me chances to live on Your earth, to eat Your food and to breathe Your air for 22 years. i hope that i will be better when i'm getting older. i hope that i'm grown up when i'm growing old. *ekceli kopipes daripada status di facebook sebab malas dah nak fikir ayat*.


haish memang dasar pemalas betol lah aku ni kan. umur dah masuk 22 tahun tapi perangai malas tu tak pernah nak hilang. tak pernah nak transform jadi rajin. kalau lah rajin tu boleh dibeli akan aku beli walau berapa pun harganya. tapi apa kan daya itu semua tiada yang ada hanyalah usaha untuk memperbaiki diri menjadi seorang insan dan hamba kepada Allah yang lebih baik dari hari ini dan semalam.


apa apa pun di harap semoga dengan bertambahnya usia aku ni bertambah jugalah segala amalan kepada Allah dan segala bakti kepada kedua ibu bapa yang banyak berjasa. amiin.

okaylah, disebabkan mata dah berat bagai ada sepuluh biji lori yang menghempapnya maka aku tak nak taip panjang panjang. lagipun macam lah rajin sangat korang nak baca bebelan yang tak ada kena mengena ngan korang panjang lebar kan. aku pon tak suka baca blog panjang panjang bikin mata keranjang. eh, bikin mata juling dan kepala pening lihat tulisan pusing pusing.

disebabkan bulan puasa ni takde siapa nak bagi aku kek, eh cop. memang dah besar gini takde siapa dah nak bagi aku kek dah. ha, tengoklah gambar cheesecake yang memang menjadi favourite aku setiap kali aku teringin nak makan kek. tadaaaaa!!

hmm, tiba tiba rasa ngidam pulak nak makan kek ni. nyummm!

*teringat masa kecik kecik dulu buat birthday party sebab nak dapat hadiah banyak banyak. hahaha. best kan jadi budak kecik.

Wednesday, September 1, 2010

yeay! ♥

oh, gembiranya saya bila dapat tahu tahun ni awak beraya dengan saya. really cant wait for that day! so, lets start counting the days! weeee. ♥♥♥ ehem2. jangan excited sangatlah cik peah okay? kita chillax saje.

ha, alang alang aku ada mood menghapdet blog aku yang telah ku biarkan usang untuk beberapa minggu ini, aku nak mengucapkan selamat hari raya semua walaupun ada lagi seminggu lebih puasa. semoga kurang dari 10 ramdhan ni kita dapat keredhaan Allah yang dicari cari selama ini. amiin!

ekceli ucapan raya ni tak official ye. kalau nak official kenalah tunggu di 1 syawal. okay, semoga berjumpa lagi~

Sunday, August 15, 2010

penyakit hati


nak marah tak guna.
nak maki lagi jadi dosa.
bila kecoh kau kepoh.
bila diam kau geram.

senang bila tengok orang bengang?
memang itu sifat semulajadi kau kah?

ah, jangan kau haraplah.
sedikit pon aku tak goyang.
sedikit pon aku tak heran.

kau usiklah emosi aku.
kau jentiklah hati aku.
aku akan tetap begitu.

tak berperasaan.
malah lagi suka melayan kau yang meroyan.
makin galak lah aku gelak.
kelakar. kau memang kelakar.
bikin kami tertawa sampai keluar air mata.
HAHAHAHAHAHAHAHAHA!

sudah sudah lah dengan sifat kau itu.
jelak lagi muak anak tekak aku.

aku doakan satu hari nanti kau sedar.
sebenarnya kau hanya memperbodohkan diri kau.
kau hanya mempalitkan tahi ke muka kau.
busuk. memang busuk.
BUSUK HATI.

nauzubillahiminzalik.....

*sempena bulan mulia ni marilah sama sama baiki diri agar menjadi lebih baik dari semalam. amiin.


Tuesday, August 10, 2010

marhaban ya ramadhan

sekejap saja masa berlalu kan. sedar sedar kita dah masuk bulan ramadhan yang mulia. marhaban ya ramadhan karim. alhamdulillah Allah telah panjangkan umur kita untuk bertemu ramadhan. jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan melipat gandakan amalan kita dan seterusnya istiqamah.

jangan masa bulan ramadhan je rajin solat, rajin mengaji, rajin solat awal waktu, berpakaian sopan. tapi tup tup bila habis ramadhan start syawal semua amalan hilang. solat entah ke mana aurat pon entah ke mana. tapi actually benda benda macam ni biasa kot jadi. time ramadhan bukan main baik alim warak. habis ramadhan keluar semua perangai setan. yela setan semua pon dah bebas pulak kan. takmo takmo.

eheh, yang menaip ni pon dua kali lima aje. cakap tak serupa bikin. takpe takpe. sekadar mengingatkan diri sendiri dan kawan kawan. tak salahkan. okay, selamat berpuasa kepada semua kawan kawan! semoga penuh lah amalan kita di bulan yang mulia dan bulan bulan yang seterusnya. amiin!




* bercadang nak bekerja lepas raya. boleh ke? hehe. gila pemalas aku ni. tu lah dah terbiasa duduk dekat rumah. haih.

Wednesday, August 4, 2010

pakcik scanner

hari ini sudah 4 haribulan ogos. ini bermakna sudah hampir sebulan aku menganggur semula. memang sangat bosan duduk dekat rumah tanpa melakukan aktiviti apa apa. aku fikir itu hari nak hapdet pasal lawatan sambil belajar ke genting bersama anak murid sekolah yang aku ajar dulu. ye, aku tahu walaupun aku ajar dekat situ sekejap sahaja tapi masih nak menyibuk ikut trip kan. tapi bukan salah aku. kakak aku dah siap bayar untuk aku. so buat muka tebal join sahaja.

oh kembali kepada point yang pertama, aku nak hapdet tapi internet dirumah tidak mengizinkan plus mood tiada untuk hapdet pepagi buta. tapi kesimpulannya memang best pergi ke sana walaupun tak banyak main sebab trip sekolah dah balik aku dan kakak masih tak balik sebab tak puas main. hah, memang suka hati aje. tapi aku pedulik hape. bayar mahal kot. walaupun kakak aku yang bayar. heh.

okay, habis cerita pasal genting. aku nak cerita pasal pakcik yang mampu membaca karakter seseorang dalam beberapa minit sahaja. memang gila kan. sebab apa yang dia baca memang betul dan tepat. mesti korang tertanya siapa pakcik ni kan? pakcik ini adalah rakan bisnes sepupu kepada sepupu aku. aku hanya menemani sepupu aku ni jaga butik sepupu dia. dan pakcik ni datang nak tengok perjalanan butik dia. mula mula bincang pasal butik kemudian boleh pulak dia baca karakter dan perangai aku dan sepupu aku. tapi dia baca sepupu aku lebih lah sebab dia macam berniat nak tekel sepupu aku. hahaha. nasib lah dia. memang gifted kan. kalau lah aku boleh baca karakter orang, orang yang pertama sekali aku nak baca mestilah karakter boyfriend aku. oppss ada boyfriend ke? hahaha. yela baru kita tahu macam mana nak handle dia kab kalau dah tahu perangai sebenar dia. hehe. berangan lebih lah aku.

ha, itu sahaja untuk kali ini. ayat pon dah macam harem. hape hape ntah lah. mesti bosan je. lantak lah situ. hahah. chow chin chow!!!