Monday, July 19, 2010

maaf sayang T^T

maaf kerana membiarkan kau bersendiri tanpa teman disisi. maaf kerana semakin jarang meluangkan masa denganmu walhal diri ini terlalu banyak masa luang yang terbuang. tetapi tidak seminit mahu sesaat pun digunakan untuk bersamamu. bukan aku tak mahu. tetapi diri ini tiada hati untuk mendekati mu. bukan membencimu bahkan kaulah yang paling ku sayang. yang paling bermakna dalam hidupku.

aku bukanlah seorang yang dilahirkan bijak secara semulajadi untuk memahamimu. aku perlukan bantuan untuk mengenali serta memahami setiap sisi dirimu. justeru aku memerlukan wang untuk melakukan demikian. sedangkan aku tiada sumber pendapatan sekarang. maaf sekali lagi kerana aku tak bisa memahami mu dalam waktu terdekat ini.akan tetapi, aku berjanji untuk mencari pekerjaan demi mu sayang. sementelah itu kau akan ku fahami secara totalnya dan kita akan sering meluangkan masa bersama setelah itu. oh gitar ku sayang!


memperkenalkan sayangku. inilah dia MR ANJOBEES yang pernah aku pukul canang satu blog dulu. dia lah boifren yang aku sayang tapi malangnya aku jarang luangkan masa dengan dia. niat dihati nak masuk kelas gitar. tapi fulus tak ada. makanya aku biarkan dia bersendirian tanpa diusik dekat penjuru bilik aku. bunyi macam aku abaikan dia kan? memang pon. apa boleh buat nak belajar guna cd dengan youtube tak feel pulak. ceh alasan aku yang pemalas je ni. tapi apa apa pon aku takkan biarkan dia bersendirian lagi. bila aku dah terer main gitar boleh lah korang request lagu apa aje dekat aku ek. *beranganlah kau cikpeah*.

Thursday, July 15, 2010

gila nostalgia beb!

pejam celik pejam celik. oh aku dah nak masuk 22 tahun lah. baru rasa macam semalam tengok cerita sailormoon dengan kakak sambil berebut nak jadi sailormoon. konon konon nak jadi watak utama yang bercinta dengan tuxedo mask yang hensem. masa tu rasa nak ada boyfriend macam tuxedo mask yang sangat gagah perkasa. tapi disebabkan aku adik aku mesti beralah. terpaksa lah pilih sailor venus. eh yeke nama dia camtu? entah lah. aku pon ingat ingat lupa.

hah, disebabkan aku ni jobless :( aku ada cari lagu opening untuk cerita sailormoon. memang layan ah lagu ni. aku dulu kecik kecik siap hafal lagi lagu ni. korang mana yang kecik kecik layan sailormoon pon mesti rindu nak dengar lagu dia kan. jom layan. zaaaassssss. ceh macam melodi plak.




best kan lagu dia. hehe.

*macam ni lah jadi nya bila duduk rumah tak ada kerja lain yang nak dibuat. haha.

Friday, July 9, 2010

superwoman ke superteacher?

apa jadi kalau semua cikgu pergi mengajar pakai kostum?

assalamualaikum dan salam satu malaysia. eceh. tetiba jadi patriotik nak ucapkan salam satu malaysia. so apa yang korang kena jawab bila orang bagi salam satu malaysia? jawab salam satu malaysia jugalah. hah. paham? tapi seriously kelakar bila dengar orang bagi salam satu malaysia. macam dekat sekolah yang aku ajar ni. bila time perhimpunan, guru yang bertugas bagi ucapan mesti ada salam satu malaysia dan bebudak dok jawab salam satu malaysia. sounds funny right? tapi apa boleh buat dah itu menjadi dasar kerajaan kita hari ni kan. ikut kan ajelah.

ekceli aku bukan nak cerita pasal salam satu malaysia ni semua. aku cuma nak cerita pengalaman aku mengajar selama tiga minggu lebih ni. sepatutnya empat minggu setengah. tapi rezeki tak lama dalam arena perguruan ini, maka saya diberhentikan. T^T yup. saya sangat sedih tahu. baru minat nak timbul tapi telah diberhentikan dengan alasan PPD tak cukup wang nak bayar gajiku yang tak seberapa ni. gila pathetic.

okay, abaikan pasal pemberhentian aku. now aku nak cerita apa yang aku dapat sepanjang tiga minggu jadi guru ni. dulu, masa kita jadi pelajar banyak benda yang kita merungut bila cikgu marah kita, cikgu bebel bebel dekat kita. sekarang bila aku pulak yang jadi cikgu baru aku paham kenapa dorang buat macam tu. dulu, masa kita jadi pelajar kita mesti mengeluh kalau cikgu yang ajar kita tu gila boring dan sangat membosankan. sekarang bila aku yang jadi cikgu, baru aku tahu agak susah nak mengajar dan nak bagi dorang berminat dengan apa yang aku ajar. dulu, masa kita jadi pelajar kita tak peduli pon apa yang cikgu kita ajar dekat depan. kita sebok berborak dan main dengan kawan kita. sekarang bila aku jadi cikgu baru aku tahu macam mana rasa bila anak murid kita tak endahkan apa yang kita ajar. kadang kadang aku biarkan aje dorang yang malas nak belajar tuh. gila sakit tekak asyik nak menjerit suruh dorang dengar apa aku ajar.

walau apa pon, aku dah rasa seronok mengajar walaupun sebelum ni mati mati aku taknak jadi cikgu sebab gila tak minat nak ajar orang dan aku rasa . memang kadang kadang aku ada rasa malas nak masuk kelas nak mengajar. tapi bila dah masuk kelas, dah start mengajar rasa malas tu terus hilang dan lenyap apatah lagi bila anak murid aku respon dengan apa yang aku ajar.

sekarang, aku dah jadi penanam anggur semula setelah diberhentikan secara mengejut isnin lepas. gila terkilan sebab aku dah plan nak bergambar dengan anak murid aku semua sebelum aku berhenti pada tarikh yang sepatutnya. ni tak sempat pon nak say good bye dekat anak murid aku. terkilan beb!

hoh, dah macam panjang berjela lah pulak entri aku kali ni. ke sama je dengan sebelum sebelum ni ek? hahaha, lantak lah situ. yang penting aku rasa aku macam nak mengajar lagi. so apa lagi apply kpli or dpli yok!!



Saturday, July 3, 2010

mari cuba!


okay, tell me what you see? kalimah Allah macam dalam picture tu kan? so, bersyukurlah dengan nikmat kurnia yang telah Allah berikan kepada kita dengan menggunakannya sebaik mungkin. jangan guna mata untuk tengok cerita blue je. sampai mata pon boleh tukar jadi biru. itu namanya kufur nikmat. astaghfirullahalazim. nauzubillah. semoga kita sentiasa memperbaiki segala amalan kita kepada yang lebih baik. amiin.

*credit to one of my facebook friend that shared this at her wall.

Friday, July 2, 2010

siapa lompat dapat hadiah!! waka waka

TADAAA!! terkejut ke tetiba aku post dua entri satu masa dan ada picture orang lompat lompat ni? haaa. jangan terkejut punn. aku cuma masuk contest lompat lompatan punye punn. terima kasih lah pada senah yang menyudikan dirinya untuk mengetag aku dalam contest ini. macam tahu tahu saja punn aku memang suka masuk contest yang melibatkan picture picture ni. tapi ini tak bermaksud yang aku gila bergambar hokayy. hah, celita banyak tiada bergunanya punn. marilah aku tonjolkan gambar yang mempunyai diriku lompat melompat.

ting tang ting tang! ini dia ha!

hadoi blurr pulak. nak besarkan ape lagi klik sajelah!

ha picture ni dekat stadium bukit jalil. ni pintu vvip ni weh. bukan senang senang boleh masuk sini. eceh. padahal entrance vvip je kot. macam ada orang nak heran pon. okay, aku pertaruhkan picture ni sebab inilah lompatan terbaik aku setakat ini. heheh.

seterusnya,diri ini mahu mengetag....jeng jeng jeng. kita tengok siapa yang kena!!!
aen
nurul
amy
jauhar

buat jangan tak buat. kalau nak letak picture ramai ramai pastikan muka aki ada. cess. gila glamour pulak aku. glamour ke? nah ini dia link nya. kepada mereka yang tak tertag pon masih berpeluang menyertainya. jadi jangan risau okayh!