Monday, May 16, 2011

selamat hari guru!

assalamualaikum! sebelum tu aku aku nak vacuum habuk habuk dan segala sawang mawang yang ada dekat blog aku ni. pehh, lama gila aku tak hapdet weh. nak dekat 2 bulan kot. last post pun 13 mac. haaa, berapa lama aku tak hapdet? ce kira ce kira sebab aku malas nak kira. hakhak.

okay, harini gua malas nak cakap banyak sebab dalam otak gua ni banyak benda gua kena setel dalam minggu ni. gua hapdet pun sebab harini hari guru. eh, apa kena mengena pulak kan. mestilah ada sebab aku nak wish semua yang bergelar guru SELAMAT HARI GURU termasuk abahku yang tercinta yang pernah bergelar guru dan mendidik anak bangsa. untuk pengetahuan korang, harini jugak birthday abah aku. SELAMAT HARI LAHIR ABAH!! adik sayang abah. terima kasih atas segalanya. hamboi adik kau. nampak nau manja. eh, gua tak manja lah. mak abah aku yang nak panggil. so aku redha ajelah. kehkeh.

kat bawah ni ada lagu guru Malaysia iaitu lagu favourite aku setiap kali hari guru. sedap woo lagu ni. korang pon mesti tahu kan lagu ni dinyanyikan oleh cikgu-cikgi setiap kali hari guru. kira ni macam janji dorang untuk anak bangsa la. dan mereka telah berjaya mendidik setiap dari rakyat Malaysia walupun ada gak yang tak jadi orang tapi itu bukan salah guru atau ibubapa. itu salah diri sendiri yang taknak jadi orang dan rela jadi beruk dan sebagainya.



lagu yang lagi satu ini pulak lagu favourite aku masa kecik kecik sekolah tadika. memang gua layan habis lah. so, buat guru guru yang berjaya mendidik diri ini dari tadika sehingga sekarang, dengarkanlah. lagu ini buat kalian. ceh, macam dorang baca blog aku pun kan. blog aku pun dorang tak tahu. takpelah, buat kawan kawan yang bergelar guru tu layankanlah lagu ni ye. aku pun pernah gak jadi cikgu. memang tak semudah yang kita sangka. lagi lagi bila perangai remaja zaman sekarang ni yang lagi advance dari kita dulu dulu. memang tak menang tangan nak handle. cuma perlukan kesabaran yang tinggi serta keikhlasan hati. semoga korang ikhlas dalam mendidik anak anak bangsa menjadi orang yang berguna. insyaallah kerja keras korang akan terbayar suatu hari nanti. aku dapat bayangkan perasaan cikgu cikgu yang berjaya mendidik anak murid dorang sehingga berjaya. memang puas hati.


nampaknya aku dah tak tahu nak bebel apa lagi. ekceli banyak je nak bebel tapi maklumlah otak ni bebal sikit nak susun ayat. nanti kang korang tak paham pulak apa aku bebelkan kan. okay, chioww!

1 comment: