Sunday, March 13, 2011

count on me bebeh!

hey uolss. anak ikan mak hayyam sekalian. kehkehkeh. tetiba mood pondan mendampingi diriku. oh tidak! selamat tinggal dunia pondan. akak dah jadi macho mulai saat dan detik ini. akak dah taknak libatkan diri dengan dunia pondan itu lagi. tobat mak nok. oops terlepas lagi. okay, maafkan kekhilafan akak. akak tahu akak sering merapu rapu setiap kali memuqaddimahkan entri akak. maklumlah akak bukan manusia sempurna.


tika malam melabuhkan tirainya, akak nak share dengan adik adik semua dengan sebuah lagu yang cukup bermakna walaupun liriknya sangat direct dan simple. lagu ini akak dedikasikan khas buat sahabat sahabat akak tersayang yang selalu ada waktu akak senang dan susah. bila akak gembira dorang pon gembira. bila akak susah hati, dorang pinjamkan baju buat lap hingus akak ni. memang hebat mereka kan. tak geli langsung dengan hingus akak ni.


euwww, apa ni cerita pasal hingus pulak. geli tauu. i dah lah pembersih. okay, maafkan akak sekali lagi. takdelah melampau kasi baju nak lapkan hingus kan. kasi pinjam bahu untuk akak menangis sudeh. melampau nau cik peah ni haaa. walaupun pada hakikatnya akak ni pemalu nak nangis nangis depan orang ni. maklumlah, akak kan macho orangnya. jatuhlah saham akak dik nun. ngehehe.


apa-apa pon akak sangat hargai semua kawan kawan akak yang selalu ada dengan akak. tanpa mereka siapalah akak ni. tanpa mereka akak takkan jadi sekuat dan setabah ini. terima kasih sahabat. sobs sobs. tetiba jadi sebak serta sayu pulak. nah, dengarlah lagu bruno mars ni. khas untuk uolsss. caaaaaaaayang korang. muah muah muah. *hugs and kisses*





psst, sekarang ni akak dah jadi lebih konfiden drive kereta sendiri. syukur alhamdulillah. amin. :)

Saturday, March 5, 2011

takut takut berani

hideho! happy sabtuday y'all. kepada yang bercuti selamat melazykan diri di rumah dan kepada yang bekerja selamat membusykan diri dengan kerja. tehee! aku cuti so aku balik rumah. nak tahu tak macam mana aku balik rumah? haaa, jeng jeng jeng. ececeh macam misteri lah kononnya. padahal harem Jay!

okay, tak sabar nak cerita ni. tehehe. ingat kan kat entri yang dekat SINI. kan aku ada bagitahu kalau aku dah boleh drive sendiri balik rumah aku nak hebah hebah kan kat korang kan? so, sekarang aku nak membanggakan diri sambil mengembangkan lobang hidung aku nak cerita lah yang aku balik rumah dengan drive sendiri. pehh gila kagum dengan diri sendiri. choi! kicik punya hal lah dey. tak payah nak kecoh macam kau sorang reti drive. tapi ada aku kesah? kihkihkih.

alaa, actually tak boleh nak bangga sangat dengan pencapaian diri aku ni sebab aku balik pun berteman. tu pon dia cuak nak naik dengan aku sebab aku ni tak alert katanya. baiklah, lepas ini aku akan lebih berhati hati dan lebih peka dengan kenderaan sekeliling. cuak tak cuak gak lah kan drive masa jam gila babas. tapi kita kena rileks macam kita dah expert drive. kalau tak memang cium bontot kereta orang lah jawabnya. ye dak.

dah lah tu. tu aje aku nak cerita. balik U nanti aku sorang sorang lah jawabnya. harap diriku tabah menghadapi segala dugaan di jalan dengan jayanya! weee~

pssst, disebabkan ini weekend mari kita layan lazy song from bruno mars. semoga berjaya melazykan diri di rumah macam aku. eh, aku hari hari pun lazy kot. choi!



Tuesday, March 1, 2011

sang burung yang pemurah.

ye, aku tahu aku memang makin malas nak update belog aku ni. kalau dulu seminggu sekali. tak seminggu sekali pun ada la beberapa kali sebulan. tapi sekarang ni? SEBULAN SEKALI! wadehek punya pemalas lah kan. ala, takpe la pun. bukannya blog popular cam orang lain tu kan. yang hari hari pon orang bukak sebab nak baca entri baru dorang.

okaylah, tu je nak bebel. malas nak tulis panjang panjang. takde mood. heh. okbai!





acah mak enon. tipu je. tak kan la pendek benor kan. ekceli nak cerita pasal adik beradik twitter. tau kan twitter tu apa kan walaupun korang tak de twitter? eh, bukan adik beradik pun. takde kena mengena pun. tapi dia lebih kurang macam nuffnang la fungsinya. cuma ia lagi mudah sebab korang hanya perlu share atau kongsi iklan yang diberi dekat facebook ataupun twitter ataupun kat YM status ataupun emailkan ke rakan rakan korang ataupun berblog mengenainya. eh berapa banyak punya ataupun daaaa.

nak tahu apekebendanya tu? inilah dia!


dah ada akaun ChurpChurp? apa? belom? ha kalau belom mai lah ramai ramai join ChurpChurp ni. tak susah. korang cuma perlu sign up dan lepas tu kongsikan iklan iklan yang diberi dekat facebook, twitter bla bla bla. aku dah mention kat atas tadi kan. malas nak repeat. segala ulangan adalah berbayar!!! teheee. kau hengat kau ARTIS nak bayar bayar segala? choi! bila korang dah share dekat laman sosial korang lepastu ada orang berminat dengan iklan yang korang share tu lepastu dorang pon tekan lah link yang diberi. dengan tak semena mena korang pon dapatlah ganjarannya.

pehh, ganjaran tu. bunyi macam dapat puluh puluh, ratus ratus je kan. memanglah boleh dapat puluh puluh dan ratus ratus dengan kelikan sahaja. tapi dengan syarat korang rajin lah nak share iklan yang diberi dan ramai orang kelik dengan penuh berminat. haaaa, tak susah pun kan. apa? leceh nak share share ni? haishhh, memang lah. mana ada orang nak bagi duit free free je kan. at least kena put some effort lah kan. barulah ada hasilnya. bak kata orang, kalau usaha kita baik maka hasilnya pun baik. insyaallah. rezeki tu semua kan datang dari Allah. kita sebagai manusia hanya perlu berusaha.

haaa, sekarang dah rasa berminat nak sign up ChurpChurp account? kelik SINI untuk terus sign up! lepastu boleh ajak kawan kawan yang lain. the more the merrier kan. tehee!

agak agak tak nampak boleh kelik kasi besar punya! memang tak nampak kot!

okay, inilah ghopenye bila korang dah ada account ChurpChurp. nampak kan yang dalam petak merah tu kan. tu jumlah earning korang lepas korang share iklan iklan dorang. hehe. aku tahu aku punya sikit aje. tapi okay apa kan. sikit sikit lama lama jadi bukit lah kan. kan kan kan. so lepasni korang boleh lah dapat extra money dengan cara yang mudah kan. walaupun tak banyak mana. orang tua tua cakap siapa yang tamak akan rugi kan. so tamo tamak tamak, syukur dengan apa yang kita earn tu okay. nak dapat banyak kena doublekan effort lah kan. sukakannya gandakannya!!! :P