jam menunjukkan pukul 1.25 PM tatkala aku menaip bait bait ayat ini. motif? takde motif saje je nak bagitahu aku update blog masa orang lain tengah lunch hour. motif nak bagitahu? eh, aku punya suka la kan nak bagitahu ape benda pon. choi!
eh, lupa. assalamualaikum. haaa, jawab jawab. tak jawab dosa masuk api merakaaa. padan muka. hahah. gelak syok sendiri. okay okay, harini nak cerita ni. tapi cam segan lah. kang orang ingat aku berlagak. tapi tak berlagak pun cuma nak bagitahu je. nak cerita je. tak salahkan. lagipon orang lain dah lama dah buat benda ni. aku ni je ha yang baru la takut takut berani nak buat. pehh, apa benda ntah orang lain dah biasa buat tapi aku tak ni? ehehe. ni nak cerita la ni.
cuba baca dulu tajuk entri aku tu. haaa, aku indie. so ape hal dengan indie tu cik peah? kau join indie band ke hape? jadi vokalis kumpulan apa? sedap pulak suara kau nak nyanyi nyanyi ni kan. semestinya lah tak sedap. ni takde kaitan dengan indie band apa kejadah tu semua. okay, perkataan indie tu shortform untuk apa? untuk independent laaa. lahai, apa kena mengena dengan independant pulak kan?
haaa, ni nak dok habaq mai ni. kalau sebelum sebelum ni family ngan kawan kawan rapat aku tau yang aku ni cukup penakut nak drive sendiri. lagi lagi kereta manual. memang tak ah aku nak pegang stereng kan. nak pergi kedai depan pun sanggup ajak kakak aku. memang aku ni cukup menyusahkan lah. harap je dah dapat lesen 5 tahun lamanya. tapi hampeh. mak aku selalu cakap kat orang aku ni lesen buat gantung kat leher. tak pun frame cantik cantik gantung dekat dinding. pehhh, memang sentap hati mak nok la kan. tapi gua rilek je sengih sengih sebab dah biasa sangat dengar ayat ayat cinta macam tu keluar dari mulut family aku.
kalau kawan kawan aku ajak lepak gi chill mana mana yang susah nak dapatkan perkhidmatan KTM yang sangat efisien, *tangan ke bahu mata ke atas* mesti aku tak dapat nak join. yela, takde transport katakan. ceh, alasan gila doh. ada je kereta kat rumah tapi aku penakut yang amat nak drive kereta. lepastu kalau dorang nak gak jumpa aku, dorang ameklah aku dekat rumah. almaklumlah aku orang penting. tak ada aku dorang tak hepi. ni dorang yang cakap bukan aku. hahaha. kalau dorang baca ni konfem kena maki. maaf lah kawan kawan kalau selama ini aku menyusahkan korang amek aku. tapi aku tau korang tak kesah punya kann. ni leb korang manyak manyak ni. hikhik.
so, sekarang ni kau nak cakap kau dah pandai terer tebabom drive kereta manual la ye cik peah? yeahhh! tepat sekali. berita gumbira ini lah yang hendak ku khabarkan kepada pembaca semua. banyaklah sangat yang nak membaca blog picisan aku ni. eeh, actually takdelah terer tebabom apa. cuma dah boleh lah bawak kereta sendiri dekat dalam kawasan tempat aku kerja dan belajar ni. nak bawak ke highway belom sampai tahap tu lagi la kan. tapi soon bebeh. soon.
i'll make sure less than two weeks aku boleh balik rumah sendiri dengan drive kereta manual tu. doakanlah ye kawan kawan. aku dah tak sanggup nak susahkan parents aku amek dan hantar aku. kesia wooh. sepatutnya aku meringankan beban dorang bila dah besar besar gini. i'm 23 kot. dah boleh kawen sangat dah. insaf insaf.
buat mereka mereka yang dah banyak aku susahkan disebabkan perangai aku yang satu ni harap diampuni dan terima kasih banyak banyak tak terhingga. kerana kalian telah berkorban demi insan yang kerdil lagi hina dina ini. sobs sobs.
okay cukup sampai situ je sesi tangisan terharu dari cik peah ye. sehingga kita berjumpa lagi di lain waktu tetapi tempat totap sama ye dik nun. nanti kalau akak dah berjaya balik rumah sendiri akan akak hebahkan pada sekalian rakyat jelata blog mak-nenek-wannabe ni.
ni la kereta suzuki swift. cantik kan? tapi bukan aku punya. aku pakai kereta manual je. swift ada manual lah pulak kan. sah sah lah auto. (gambar ehsan google)
*dah habis dah! eeh, sebelum korang tutup tab ni korang pergilah dekat nuffnang akak tu. kelik kelik lah sekali sekala kan. akak pon teringin nak cash out nuffnang akak yang ada berapa sen aje tu. bantulah akak menambahkan pendapatan akak. maklumlah gaji sikit je cukup cukup makan. ehe. terima kasih ye dik nun. caaaaayaaang diaaa!! :P