Wednesday, August 4, 2010

pakcik scanner

hari ini sudah 4 haribulan ogos. ini bermakna sudah hampir sebulan aku menganggur semula. memang sangat bosan duduk dekat rumah tanpa melakukan aktiviti apa apa. aku fikir itu hari nak hapdet pasal lawatan sambil belajar ke genting bersama anak murid sekolah yang aku ajar dulu. ye, aku tahu walaupun aku ajar dekat situ sekejap sahaja tapi masih nak menyibuk ikut trip kan. tapi bukan salah aku. kakak aku dah siap bayar untuk aku. so buat muka tebal join sahaja.

oh kembali kepada point yang pertama, aku nak hapdet tapi internet dirumah tidak mengizinkan plus mood tiada untuk hapdet pepagi buta. tapi kesimpulannya memang best pergi ke sana walaupun tak banyak main sebab trip sekolah dah balik aku dan kakak masih tak balik sebab tak puas main. hah, memang suka hati aje. tapi aku pedulik hape. bayar mahal kot. walaupun kakak aku yang bayar. heh.

okay, habis cerita pasal genting. aku nak cerita pasal pakcik yang mampu membaca karakter seseorang dalam beberapa minit sahaja. memang gila kan. sebab apa yang dia baca memang betul dan tepat. mesti korang tertanya siapa pakcik ni kan? pakcik ini adalah rakan bisnes sepupu kepada sepupu aku. aku hanya menemani sepupu aku ni jaga butik sepupu dia. dan pakcik ni datang nak tengok perjalanan butik dia. mula mula bincang pasal butik kemudian boleh pulak dia baca karakter dan perangai aku dan sepupu aku. tapi dia baca sepupu aku lebih lah sebab dia macam berniat nak tekel sepupu aku. hahaha. nasib lah dia. memang gifted kan. kalau lah aku boleh baca karakter orang, orang yang pertama sekali aku nak baca mestilah karakter boyfriend aku. oppss ada boyfriend ke? hahaha. yela baru kita tahu macam mana nak handle dia kab kalau dah tahu perangai sebenar dia. hehe. berangan lebih lah aku.

ha, itu sahaja untuk kali ini. ayat pon dah macam harem. hape hape ntah lah. mesti bosan je. lantak lah situ. hahah. chow chin chow!!!

No comments: